Showing posts with label PANDUAN. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN. Show all posts

09 December 2014

PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK

Panduan, Tips Keibu bapaan, Panduan memberi nama, Panduan memberi nama anak, panggilan nama anak, baby comel, Anak, Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab, Ebook Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab, memberi dan memilih nama anak, siapakah yang lebih berhak memberi nama anak?, Haram, Berhati-hati, berhati-hati dengan pemilihan nama anak dari buku-buku, panggillah nama anak dengan nama penuhnya, Sewajarnya biarlah nama diberi tidak menyukarkan anak-anak dan orang ramai mahupun guru semasa menulis nama di dalam buku kehadiran kelak, masa yang sesuai menamakan anak, Tips Keibu bapaan

As salam. Bila hamil, antara yang perkara penting untuk difikirkan ialah memberi dan memilih nama anak. Penting nama anak yang sesuai diberikan kerana nama ini menjadi panggilan kepada anak-anak kita sepanjang hayatnya. Nama anak juga melambangkan apakah harapan ibu bapa pada anak-anak mereka. Oleh itu, ada pihak yang telah menyediakan "PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK" melalui pelbagai cara. Anda boleh beli bukunya atau google sahaja. 

08 April 2014

26 January 2014

PANDUAN BILA MENDENGAR KEMATIAN

Assalamu'alaikum

Dalam beberapa minggu yang lalu, saya menerima 5 berita kematian.

Memang amat menyedihkan hati kerana ada di antara berita kematian itu adalah salah seorangnya sahabat saya. Beliau telah pergi meninggalkan alam fana ini di saat sedang membuat persiapan terakhir sebagai seorang pelajar UTMSpace iaitu semasa sedang praktikum.

Kali terakhir saya bertemu beliau tahun lalu,selepas hari Raya Haji. Selepas selesai kuliah, saya lepak-lepak sebentar dihadapan dewan Kuliah DK6. Ketika itu cafe tidak dibuka. Melihat saya yang sedang sarat dan sedang kelaparan, beliau lantas menghidang makanan jamuan yang beliau bawa untuk rakan sekelasnya. Sungguh, saat ini, saya memang mengingatinya. Namun, apakandaya, Allah lebih menyayangi, tidak mahu membiarkan beliau menderita sakit terlalu lama setelah koma selama hampir 5 hari. 

Beliau memang seorang yang sangat-sangat baik. Beliau sering memberi kata-kata motivasi buat saya disaat saya dilanda sedikit ujian dunia. Walaupun kami tidaklah terlalu rapat namun, beliau tetap mengelus bahu saya menasihati saya agar bersabar. Tidak saya sangka, itulah saat terakhir saya bertemu beliau. Lantaran kedukaan ini, beberapa hari dunia blogging saya kaku seketika.

Saya tidak berkesempatan menziarahi beliau sewaktu beliau berada di Hospital Selayang. Memang saya rasa ralat namun, tugas saya di sekolah dan tanggungjawab saya untuk menghantar anak-anak ke sekolah membuatkan saya tidak dapat menziarahi beliau. 

Hari beliau pergi meninggalkan alam yang fana ini, saya baru selesai berprogram Sambutan Maulidur Rasul anjuran Masjid Al-Akram. Menangis dan pilu saya rasakan seperti menangis dan pilunya hati saya sewaktu arwah emak saya pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya. 
Menurut rakan-rakan yang pergi meziarah sahabat saya. Memang wajahnya bersih semasa hari beliau pergi menuju destinasi.

"Portfolio ROS menuju penghujung....destinasi!!!???" Inilah ayat terakhirnya ditimeline facebooknya. Whassap dari group se DPI S2(klik) saya. Sesungguhnya pembaca semua. Mati itu pasti. Cuma kita tidak tahu bagaimana sahaja. 

Moga beliau tenang di sana di atas kebaikan-kebaikan beliau yang rajin bersedekah menjamu rakan-rakan setiap penghujung semester.

Sedikit "Panduan Bila Mendengar Kematian" yang ingin saya kongsikan dengan anda, dari pensyarah saya Ustaz Nikmohdzaim Ab Rahim.

Seringkali bila kita mendengar orang meninggal, maka akan ada orang yg mengatakan, "Marilah kita sama-sama menyedekahkan al-Fatihah kepada arwah" ataupun membacakan al-Quran disisi mayat. Bagi yang bermazhab Syafie, anda perlu tahu, adakah itu yang diajarkan oleh Imam Syafie?

Mari kita lihat apa pandangan Mazhab Syafie tentang masalah ini:

Menurut Imam An-Nawawi Asy-Syafi’i rahimahullah berkaitan amalan membaca Al-Qur’an untuk dihadiahkan kepada si mati, beliau telah menjelaskan tentang pendapat jumhur ulamak dalam mazhab Syafi’i iaitu kata beliau:

وَأَمَّا قِرَاءَة الْقُرْآن فَالْمَشْهُور مِنْ مَذْهَب الشَّافِعِيّ أَنَّهُ لا يَصِلُ ثَوَابُهَا إِلَى الْمَيِّت وَقَالَ بَعْض أَصْحَابه : يَصِل ثَوَابهَا إِلَى الْمَيِّت

“Dan adapun pembacaan Al-Qur’an, maka yang masyhur dari mazhab Syafi’i bahawa ianya tidak sampai kepada mayat sedangkan sebahagian sahabatnya mengatakan: Pahalanya sampai kepada mayat.” (Syarah An-Nawawi ‘ala Muslim, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah, 1/25)
Firman Allah Ta'ala:



وَأَنْ لَيْسَ لِلإِنْسَانِ إِلاَّ مَا سَعَى


Maksudnya: “Dan bahawasanya seseorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” (Surah An-Najm: 39)



Antara lain, pendapat dari Al-Hafiz Imam Ibnu Katsir rahimahullah tentang Panduan Bila Mendengar Kematian, beliau berkata:


ومن وهذه الآية الكريمة استنبط الشافعي رحمه الله، ومن اتبعه أن القراءة لا يصل إهداء ثوابها إلى الموتى؛ لأنه ليس من عملهم ولا كسبهم؛ ولهذا لم يندب إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم أمته ولا حثهم عليه، ولا أرشدهم إليه بنص



Maksudnya “Dan melalui ayat yang mulia ini, Imam Asy-Syafi’i rahimahullah dan para pengikutnya mengistinbatkan hukum bahawa pahala bacaan (Al-Qur’an) yang dihadiahkan kepada orang mati tidak sampai kepadanya kerana bukan dari amal mereka dan bukan usaha mereka (orang mati). Oleh kerana itu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah mensunnahkan umatnya dan menganjurkan mereka melakukan perkara tersebut, serta tidak pula menunjukkan kepadanya (menghadiahkan bacaan kepada orang mati) walaupun dengan satu nas (dalil).” (Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah, 7/465)

Al-Haitami rahimahullah yang merupakan ulama dalam mazhab Syafi’i juga berkata dalam kitabnya Al-Fatawa Al-Kubra Al-Fiqhiyah:


الميت لا يقرأ عليه مبني على ما اطلقه المتقدمون من أن القراءة لا تصل إلى الميت لأن ثوابها للقارئ والثواب المرتب على عمل لا ينقل عن عامل ذلك العمل. قال الله تعالى: وَأَنْ لَيْسَ لِلإِنْسَانِ إِلاَّ مَا سَعَى


“Si mati tidak boleh dibacakan apa pun berdasarkan keterangan yang mutlak dari ulama mutaqaddimin (terdahulu) bahawa bacaan (yang pahalanya dikirimkan kepada si mati) adalah tidak dapat sampai kepadanya, sebab pahala bacaan itu adalah untuk pembacanya sahaja. Sedangkan hasil amalan tidak dapat dipindahkan dari amil (yang mengamalkan) perbuatan itu berdasarkan firman Allah (yang bermaksud): 

“Dan bahawasanya seseorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” (Al-Fatawa Al-Kubra Al-Fiqhiyah, juz 2, halaman 9; dinukil dari buku Membela Sunnah Nabawiyah, Jahabersa, halaman 61).


Moga Panduan Bila Mendengar Kematian ini dapat bersama kita amalkan. Tiada lagi seruan "Al-Fatihah untuk arwah" kedengaran lagi. Apa lagi Panduan Bila Mendengar Kematian yang anda ketahui? Mari berkongsi dengan saya...


"Kadangkala kita rasa kita kuat, tapi sebenarnya tidak... Kadangkala kita perlukan sokongan, tetapi adakalanya sokongan membawa rebah. Kadangkala kata-kata yang diungkap menjadikan kita hilang semangat. Jom pulihkan semangat dengan bergantung harap kpdNYA" Ieta Mat Sa'ad

Dengarkan dan bacalah bait-bait syahdu, mencuit hati ini. Moga keinsafan menyelubungi hati nurani kita semua. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin...



"Ustaz ni cakap bila ada jer sesuatu kematian orang2 kita nih selalu jer sebut 'Al-Fatihah' instead of 'Innalillah wa Innailaihirajiuun'. Bila sebut 'Al-fatihah' x dapat apa2 pon, 'Al-Fatihah' hanyalah nama surah didalam Al-Quran. Tetapi kalau kita menyebut 'Innalillah wa Innailaihirajiuun' automatik kita sudah mendoakan si mati." Sumber

29 November 2013

10 PUNCA PAGEVIEW BLOG MERUDUM

As salam. Terdapat beberapa 10 punca pageview blog merudum. Namun itu bukanlah penyebab seorang blogger hilang semangat untuk terus menulis, melahirkan idea, pendapat dan bercerita apa sahaja yang berada dalam kotak pemikirannya.

10 August 2013

PANDUAN MENERIMA HOAX ATAU SPAM

As salam.
Entri ini adalah entri auto publish. Pernahkah anda menerima mesej di facebook atau emel HOAX? Saya pernah menerima HOAX. Memang saya tidak tahu itu adalah HOAX sehingga 1 hari saya terbaca komen dari sifu blog saya iaitu +HASRUL HASSAN. Beliau memberi komen ke atas status HOAX saya yang saya paparkan di dalam facebook. Tiba-tiba tergerak hati saya ingin mengetahui maksud HOAX. Inilah hasilnya....

03 August 2013

JAGA EMOSI KETIKA RAMADHAN

As salam.

Terkejut saya bila mendapat emel dari Jutawan Internet saudara Irfan Khairi. Beliau telah menasihati saya Ieta, jaga emosi ketika Ramadhan. Terima kasih tak terhingga kerana mengingatkan saya walaupun ianya mungkin hanyalah secara automatik setelah saya tanpa senghaja telah subscribe email darinya. Saya suka kata-kata yang membina semangat buat saya. Namapun Jutawan. Jadi mana mungkin ayatnya tidak bermanfaat.

19 July 2013

POLIGAMI ITU HUKUM ALLAH

As salam.


Terkini, isu Ashraf Muslim Kahwin Dua hangat dibualkan dimerata tempat. Hinggakan, ditempat saya bekerja pun, perkara ini dibualkan juga. Walaupun isteri beliau Noor Dayana tidak redha dengan apa yang telah dilakukan oleh Ashraf Muslim yang telah bernikah buat kali kedua di Thailand, perkara itu telahpun berlaku dan beliau harus tabah dan meneruskan kehidupannya sebaik mungkin. Saya tidak ingin mengulas lanjut tentang isu Ashraf Muslim Kahwin Dua tu. Cuma sekadar berkongsi pendapat dan realiti yang berlaku dihadapan mata saya sendiri.

25 June 2013

JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIAN

25/6/2013 : Artikel JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIAN dikongsikan.

14/10/2026 : Kemaskini.


JEREBU, masalah jerebu, punca punca jerebu, kesan jerebu, kronologi jerebu, isu semasa, JEREBU, PUNCA JEREBU, KESAN JEREBU, AKIBAT JEREBU, KRONOLOGI JERBU, PENYELESAIAN MASALAH JEREBU, JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIAN, Indeks Pencemaran Udara,  Nilai IPU,        Kualiti udara, SEBAB DAN PUNCA JEREBU, BENTUK JEREBU, pembakaran terbuka, gejala akibat pendedahan kepada jerebu, perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah akibat jerebu, maksud jerebu, Justice for Puteri Nur Cahaya,  Blogger Kesedara Awam


24/6/2013 : Saya dapat mesej dari Guru Besar, sekolah ditutup arahan KPM dan Jabatan selaras dengan sekolah kebangsaan. Selepas maghrib tadi, Guru Besar mesej lagi "Utk makluman, esok semua SRA & KAFA masih tutup. Penutupan sekolah di jawi adalah selaras dgn sklh keb. Bg SRA yg ada PT, PT tetap hadir bertugas sprti biasa. GB/Ketua guru perlulah juga buat pemantauan keadaan sklh. Mhn pjgkan info kpd smua rkn2 di Zon. Terima kasih".


Ada gak yang konfius jerebu ke jelebu. Hehe... teringat kat cik yaya. Tergelak baca komen-komen dalam fbnya tadi.

Biasalah kan, saya suka cari dari encik google ataupun encik wikipedia. Nak cari dalam buku sains, buku sains kat rumah ni dah masuk dalam store... Jom baca...



APA DIA JEREBU?

Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji.  Ia juga dianggap fenomena udara kering.

BAGAIMANA JEREBU BERLAKU?

Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut (sejenis pencemaran udara berat). 

Jerebu juga terhasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara.

DARI MANA SUMBER JEREBU?

Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. 

BENTUK JEREBU

Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali sebagai "jerebu basah."

PENCEMARAN UDARA

Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU        Kualiti udara
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak sihat
201 - 300
Sangat tidak sihat
301 - 400
Berbahaya
401 - 500
Sangat berbahaya
Lebih 501
Darurat

LAGI SEBAB DAN PUNCA JEREBU

Jerebu sering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang agak kering. Apabila keadaan cuaca menghalang penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia memekat dan membentuk tabir rendah yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan penglihatan dan mungkin menjadi ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran industri pula boleh menyebabkan jerebu tebal, yang dikenali sebagai asbut.

Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 di Asia Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan , tetapi pencemaran masih merupakan masalah pada hari ini. Di bawah perjanjian itu sekretariat ASEAN menjadi tuan rumah penyelarasan dan unit sokongan. 

MASALAH KESIHATAN AKIBAT JEREBU

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah akibat jerebu ialah:

  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
  • Makan madu 2 sudu setiap hari, guna sudu plastik.

KESAN JEREBU

  1. Pemandangan jerebu dari udara juga teruk.
  2. Kuala Lumpur ketika jerebu melanda memang menyukarkan pandangan kita. Maka wajarlah sekolah banyak yang diarahkan tutup seketika.
  3. KLCC ketika jerebu melanda. Ibarat berada di luar negara yang sejuk cuacanya.
  4. Perbatasan angin sejuk, dikaitkan dengan asbut, di Laut Kuning. Perbatasan angin sejuk, ketika bergerak ke selatan, menyerap asbut dari timur China membentuk "perbatasan asbut".
  5. Jerebu menimbulkan isu dalam penggambaran bumi ("terrestrial photography"), di mana penembusan sejumlah besar atmosfera tebal mungkin perlu bagi mengambil gambar subjek jarak jauh. Ini menghasilkan kesan pandangan seperti kehilangan perbandingan ("kontras") pada subjek, akibat dari kesan penyelerakan cahaya melalui partikal jerebu. 
  6. Disebabkan ini, warna matahari terbit dan terbenam kelihatan kelam pada hari berjerubu, dan bintang mungkin kabur pada waktu malam. Dalam sesetengah kes, kemerosotan akibat jerebu amat teruk sehinggakan pada waktu matahari terbenam, matahari hilang sama sekali sebelum mencecah ufuk. 


KRONOLOGI JEREBU DI ASIA TENGGARA

Jerebu merupakan satu masalah BESAR di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal. Akibat jerebu teruk pada September 1997, 7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada 2002.



Ramai yang menuding jari menyalahkan sana dan sini bila berlaku jerebu teruk sehingga menjejaskan kehidupan. Pasti ada sesuatu yang Allah mahu berikan peringatan kepada kita selaku hambanya. Memanglah dari sudut saintifik seperti yang dijelaskan di atas, ia berpunca dari pembakaran terbuka dan sebagainya namun itu adalah kuasa Allah. 

HIKMAH

Banyak hikmah atau kebaikan tersembunyi disebalik berlakunya bencana jerebu ini. Antara kebaikannya :

1. Guru yang belajar setiap weekend, sudah pasti dapat menyiapkan Ringkasan Pengajaran Harian (RPH) di rumah pada hari cuti seperti hari ini atau menanda Kad Kemajuan murid.

2. Dapat berehat sebentar dari suasana terkejar-kejar untuk punch card setiap hari.

3. Ibu bapa yang bercuti dapat memperuntukkan masa yang berkualiti dengan anak-anak.

4. Bagi blogger, boleh fikirkan cara untuk update blog dan buat banyak-banyak entri auto publish.

Teringat saya, semasa sekolah menengah dulu, seorang ustaz berkata tanda akhir zaman ialah keluarnya asap. Saya terjumpa di SINI hadis itu. Ada bukunya dalam storage. Malam-malam ni, tak rajin saya nak menggelidahnya. Jom baca 

Sepuluh Tanda-tanda Kiamat yang Besar

Ertinya :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".(Hadis Riwayat Muslim)

Keterangan

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1.   Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3.  Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4.  Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5.   Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6.    Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7.    Gempa bumi di Timur.
8.    Gempa bumi di Barat.
9.    Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10.Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: 

"Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya".

SARANAN :

  1. Minumlah air banyak-banyak.
  2. Makan madu 2 sudu setiap hari.

Inshaa Allah sihat kembali mana yang sakit-sakit. Usah mengeluh. Melontarkan keluhan melalui laman-laman sosial bukanlah dapat menyembuhkan penyakit yang sedang dihidapi. Sebaiknya, mohonlah keampunan dari Allah S.W.T. Sesungguhnya, sakit itu nikmat. Bersyukur masih diberi Allah rasa sakit. Itu tandanya, Allah sayangkan kita. Allah masih memerhati kita melalui kesakitan yang diberi akibat dari jerebu atau apa sahaja. Allah nak uji kita adakah kita bersabar dengan ujian yang diberi atau sebaliknya. Jika kita bersabar, ganjaran pahala berganda kita dapat. Jika tidak, makin turunlah keimanan kita. Wal'iyazu Billah.



29/8/2016 : Jerebu berlaku lagi. Beta kongsikan :


Suasana jerebu bermula 14/9/2015 sehingga ke hari ini memeritkan tekak dan memedihkan mata saya. Jerebu boleh menjejaskan kesihatan kerana ia melibatkan masalah sistem pernafasan yang boleh membawa maut. Oleh yang demikian kita semua harus mengambil langkah berjaga-jaga. Apabila arahan tutup sekolah dikeluarkan, maka sewajarnyalah kita menjaga diri sendiri dan ahli keluarga kita dengan pelbagai cara yang boleh. Asap menutup sekitar laluan Jelatek ke Ampang pada 29/8/2016. Pedih mata dan hidung wo... Alhamdulillah kali ini jerebu tak teruk. Sekolah berjalan seperti biasa. Cuma anak² ke sekolah bawa air masak dan pakai mask.


12 PANDUAN MENGHADAPI JEREBU
Sebagai panduan, boleh ikuti panduan berikut,
  1. Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap.
  2. Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar.
  3. Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal.
  4. Sentiasa basuh bahagian yang terdedah dengan kerap mandi.
  5. Selalu minum air masak dengan banyak.
  6. Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan.
  7. Makan madu 2 sudu setiap hari, guna sudu plastik. 
  8. JANGAN biarkan anak-anak bermain di luar, jika perlu juga keluar pastikan memakai topeng (N95).
  9. Amalkan minum air kelapa muda yang fresh tanpa gula. Perahkan sedikit lemon ke dalam air kelapa. Air kelapa dan lemon ada antiseptik yang boleh membuang racun.
  10. Makan vitamin c untuk meningkatkan antibodi.
  11. Mandikan anak-anak kecil dengan air garam bukit jika mereka tidak suka minum air kelapa apatah lagi lemon. Air masak lagilah susah jadi, paling senang mandikan anak2 dengan air garam bukit setiap petang. Garam pun ada antiseptik semulajadi dan boleh mengeluarkan toksid dalam badan. Amalan mandi garam juga boleh meningkatkan sistem immune dalam badan dan memberi kesan relaks kepada tubuh dan minda.
  12. Banyakkan berdoa semoga kita diberi kekuatan menghadapi jerebu ini.

Isu semasa, Jerebu, Info Jerebu, 12 PANDUAN MENGHADAPI JEREBU, khasiat air kelapa, khasiat buah lemon, khasiat air garam bukit, cara meningkatkan sistem immune dalam badan, info kesihatan, BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU), STATUS, TAHAP PENCEMARAN, LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN KESIHATAN, APAKAH ISI KANDUNGAN JEREBU, DOA KETIKA CUACA BURUK, DOA KETIKA JEREBU
Jerebu menutup pemandangan Masjid Negara. Pinjam gambar dari gang whatsapp.

INFO JEREBU

0-50 (Baik).
Tahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum.
* Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan.
* Orang ramai  dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat.

51-100 (Sederhana).
Tahap pencemaran sederhana dan lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum.
* Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan.
* Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat.

101-200 (Tidak sihat).
Tahap pencemaran boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi.
* Golongan berisiko tinggi dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti di luar rumah.
* Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.
* Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang LASAK di luar rumah.

201-300 (Sangat tidak menyihatkan)

Tahap pencemaran tinggi yang menjejaskan kesihatan orang ramai dan boleh memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko tinggi.

* Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan aktiviti Lasak di luar rumah.
* Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.
* Golongan berisiko tinggi digesa supaya berada di dalam rumah atau bangunan dan mengurangkan aktiviti fizikal.
* Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
* Mereka yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk berjumpa doktor.
* Bilik Gerakan Peringkat Kebangsaan dibuka pada waktu pejabat atau atas arahan Jawatankuasa Pemandu (Kesihatan).
* Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa minum banyak air. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.


APAKAH ISI KANDUNGAN JEREBU? Sumber

Jerebu mengandungi bahan kimia asing halus yang terbakar. Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen di dalam sel melalui sistem pernafasan yang terancam. Jangan lupa minum air kelapa dan limau nipis sahaja ketika bencana ini. Air kelapa mengandungi oksigen larut mudah menembusi sel. Limau nipis adalah vitamin C asli yang dapat menyerap asid sebelum sempat bertukar menjadi gas yang lebih merbahaya.


DOA KETIKA CUACA BURUK (JEREBU).
اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ، وَخَيْرِ مَا فِيهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيحِ، وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِهِ 
Maksudnya : 
"Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya. Dan kami memohon dengan Mu agar dijauhkan dari keburukan angin dan cuaca ini dan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya". Hadith Nabi riwayat Imam Muslim, Tirmizi, Ibnu Abi Syaibah.


SAMBUNGAN

7/10/2026 : Beta kongsikan di Facebook beta


Urusan E-Kasih bayaran oleh My Kasih, ke sunway mall. Driver grab cakap ada syarikat di Malaysia pun turut terlibat dalam pembakaran di Indonesia. INGAT KESIHATAN DAN KESELAMATAN NI MAINAN? Beta tanya je.


Ruang komen memang untuk friendlist yang sudah tidak pernah komen. Ibarat kata, facebook beta memang sendu hanya sesekali sahaja meriah views 


Hari yang sama, beta ikut facebook page YB Fadhlina Sidek  untuk dapatkan info jerebu sahaja dan mudah berikan pendapat. Itu pun jika YB baca.


Untuk makluman, beta mantan ahli politik PAS dan almarhum Ayahanda beta bekas JKKKK. Letak jawatan setelah diminta beri rasuah untuk mendapatkan kunci rumah yang dibelinya.


11/10/2026 : YB Fadhlina Sidek kongsi gambar dan caption tentang jerebu seperti berikut :


Tengah hari tadi saya mengadakan perbincangan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung situasi jerebu semasa.


Keutamaan kita adalah memastikan keselamatan dan kesihatan anak-anak terus terpelihara. Pada masa yang sama, kita tidak mahu mereka kehilangan masa pembelajaran akibat penutupan sekolah yang berpanjangan.


Insya-Allah, pihak NADMA akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat bagi memperjelas penyelarasan tindakan dan prosedur berkaitan pengurusan jerebu selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.


Menguruskan jerebu memerlukan tanggungjawab bersama. Setiap agensi mempunyai peranan masing-masing, begitu juga ibu bapa dan masyarakat.


Kita mahu keputusan yang dibuat mengambil kira kesihatan dan kelangsungan pendidikan anak-anak secara seimbang.


#MADANIBekerja


Beta komen jujur.


Untuk maklumat Puan YB Fadhlina Sidek , di kawasan Hulu Kelang, Keramat dan Setiawangsa hingga ke Srinramai dan Wangsa Maju, jerebu on and off teruk tak teruk.


Anak-anak ada yang periksa. Ada yang cuti semester. Oleh itu, janganlah buat kerja tak semenggah kelam kabut, sekejap arah tutup, sekejap arah buka. 


Nampak sangat tak cermat kerjanya tu. Seperti saya pernah komen sebelum ni. Kesian parents yang jauh dari asrama dengan kos pengangkutan yang membebankan rakyat. 


Kena ambil kira semua tu. Bukan semua parents kaya raya senang lenang duduk dalam aircond seperti ahli parlimen sekalian.


Jerebu ni saya pun pernah buat artikel blog sangat lama dah. Bukan perkara baru jerebu ni. Takkanlah Ishak Puan dan Puan YB sendiri baru hendak fikirkan apa perlu dibuat dan baru hendak merancang?


Bersatulah wahai umat Islam. Berpadulah tenaga menentang kemungkaran sekalipun hanya dengan berdoa di dalam hati. Usahlah bertelagah sesama sendiri hanya kerana perkara-perkara yang lebih membawa kepada kehancuran ummat Islam. Jauhilah sikap hasad dan dengki. Semuanya tidak membawa kesatuan ummah. Wallahua'lam bis sowab. Moga yang sedikit ini, membantu di akhirat apabila sudah tiada kelak. Maaf, terlampau panjang. Terima kasih sudi membaca.

13/10/2026 : Kemaskini artikel jerebu baru sedar. Guru Besar jenis tulis shortform hatinya hitam percayakan fitnah, membiarkan cyberbully dan fitnah terhadap beta yang kronik slipped disc L4 L5.

Moga artikel JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIAN ini bermanfaat buat kita semua.

TUKANG KONGSI NAMA PENA & GELARAN : 

Puteri Nur Cahaya  Gemala Sakti | Cikgu Ieta | YM Tuanku Raden Nik Nur Inayah Deraoh Remaniyyah Thoyyibiyyah Uhudiyyah Mursyidiyyah Mu'tashim Billah Alwaniyyah.

PENDIDIKAN :

1. 1- 4 Thanawi (Pondok tradisional & moden). Fardhu ain & kitab Arab.
2. Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) - Komputer & Pengurusan.
3. SPM & MUET calon persendirian Sains Kepujian.
4. UTM Space - Sains Pengajian serta (Pendidikan) Islam.

KERJAYA

1. 30/3/2021 – Kini : Blogger kronologi dan kesedaran awam. 
2. 1/3/2022 – Kini : Suri rumah sepenuh masa.

MANTAN :

1. 1993 : Guru PASTI & JAIS (Letak jawatan fokus perniagaan).
2. 1993 - 2002 : Ketua, bendahari, setiausaha muslimat PAS cawangan, AJK DMP kawasan dan setiausaha Unit Amal Nisak Wak Banat peringkat negeri Selangor.
3. 1998 : Penolong Guru Besar sekolah swasta (Letak jawatan sambung belajar).
4. 8/6/2006 - 2019 : Penulis Lifestyle Blogger.
5. 2007 - 2017 : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DGA24 Kontrak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan kerana kronik slipped disc L4 L5.
6. 2015 - 2022 : Motivator, Speaker Social Media Digital Marketing Coach. (Hentikan atas saranan suami untuk fokus urusan persekolahan anak-anak).

KEMAHIRAN :

1989 : Menjalankan perniagaan offline.
2021 : Tahun ke tiga puluh dua (32) menjalankan perniagaan online dan lapan (8) tahun membantu usahawan di bahagian pemasaran, pentadbiran, pengurusan media sosial dan solusi masalah berkaitan aqidah melalui program keusahawanan di samping motivasi pelajar.

HOBI & PRINSIP :

Kongsi mutiara kata, tips kesihatan, fakta aqidah & sejarah. Tidak buat personal branding, tidak lapar gift, tidak batak like, tidak kemaruk follower & komen ditutup, tidak layan toksik cybertrooper murahan lapar perhatian.  Anti ajaran sesat termasuk perkara syirik, sihir, pukau, mistik dan tahyul.

PENAFIAN :

Bukan ahli silat dan bukan perawat.

PERJUANGAN :

2000 - 2026 : Dua puluh enam (26) tahun berhadapan dengan kumpulan penyebar ajaran sesat kronik halusinasi dan scammer penunggang agama professional samseng, mafia (gangster) pelampau.

Kini saksi hidup kezaliman scammer licik di Malaysia melibatkan :
1. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
2. JMC, anggota RELA & ahli kumpulan komuniti Blok C di residensi.
3. Polis samseng tidak beretika.
4. YDP PIBG KSIB samseng tidak beretika.
5. Kumpulan silat, pemain tekpi Johor, anggota RELA Ampang, kumpulan self-help / perawat (dukun ilmu hitam, ahli sihir, peritual) tradisional & moden yang berprofesion tinggi, golongan professional penyebar dan pengamal ajaran sesat pelampau, serta mengaku jin.leluhur. sebagai moyang.
6. NGO tidak berdaftar / berdaftar ROS scammer aqidah, menyebarkan ajaran sesat serta memanipulasi agama, salasilah, sejarah Raja-Raja Melayu nasab keturunan ahlul bayt Nusantara nasab keturunan, menyebarkan fitnah dan menyamakan moyang sebagai jin.leluhur.

Laporan polis bongkar sc*mmer, ajaran sesat dan jenayah.cyb3rbully melibatkan NGO berprofession tinggi sehingga 27/8/2025 di pin post muka buku. Laporan polis selepas itu akan dikompailkan untuk tindakan peguam. Artikel blog.


RINGKASAN KETURUNAN & JENAYAH CYB3RBULLY

1987 : Dari sekolah rendah beta sudah pun bertudung. Marhum Bonda dan Ayahanda menghantar beta bersekolah menengah pondok menetap dengan Nenda dan tokwan keempat. Almarhumah Nenda maklumkan pernah berkahwin dengan Raja Bugis. Setiap hari sebelum tidur, Nenda galakkan membaca surah Al-Mulk, Ar-Rahman dan Al-Waqi'ah sehingga beta lancar.

8/8/2020 - 15/9/2020 : Berkaitan Sultan Melaka, Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang, beta diritual, difitnah oleh AmirShahmiMdAli .dukun.peritual. dan sekutu-sekutunya puak.silat.perawat. pengamal IlmuHitam dan ahli.sihir, penunggang agama dan sejarah. 

3/8/2021 : Adinda almarhumah Bonda beta memaklumkan Nenda berketurunan Raja Arab Banjar, Baginda Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ dan berkahwin dengan Tok Arab.

6/8/2021 : Bermula perbualan sewaktu keliru dan gambar beta dimanipulasi, aqidah, pendidikan, kerjaya, kesihatan minda dan fizikal, nasab, keluarga keturunan difitnah, dicerca, dicaci, maki,hamun, carut dan dijadikan bahan senda gurau melalui facebook masing-masing oleh kumpulan ajaran sesat pelampau berkomplot mengaibkan maruah, nasab keturunan beta melalui facebook masing-masing.

3/9/2021 : Tengku Asmadi Tengku Mohamad (DTA / DTAAT) ugut saman kali kedua (2), fitnah beta memfitnah dirinya sebagai jesuit, menuduh "cerita wayang ni pun ada orang percaya", tag murid-muridnya Muhd Nuur Fahmy Nuur Masailan (Capt / Coach Fahmy Adam) dan Amir Shahmi Md Ali berkolaborasi dengan Muhd Arifin Rizkin (Muhd Arifin), diketuai Juliana Hussein (Lyana Bajana), didalangi Muhamad Anis Hassan (Haniz Zerstoren), Tengku Azrul Hamdi Tuan Zolkapeli (Jalak Lenteng), Atma Sari, Lily Heldin, Syazrul Fazly (Li), Muhammad Anuar Ibrahim (Cikgu Nuar) jenayah cyb3rbully body face niqab shaming, cyb3rw4r 4tt4ck, fitnah besar-besaran terhadap aqidah, kesihatan minda jiwa, mental dan fizikal, keselamatan ruh,nyawa,semangat, pendidikan, kerjaya, keluarga keturunan beta (fitnah bela jin,ada.saka.keturunan, pendamping, kuncu-kuncu d4j4l dan pelbagai fitnah tidak masuk akal Islam) serta menghasut ramai pulau beta.

9/11/2023 : Oleh itu, beta terus mengisytiharkan beta Nasab Ahlul Bayt, cicit Raja Bugis dan Raja Arab Banjar.

1/3/2025 : Beta mula mengkaji moyang almarhum Ayahanda dan mengkaji sejarah dan salasilah moyang para sultan dan raja. Terkait keturunan marhum ayahanda dan bonda dengan Raja & Sultan : Arab Banjar, Bugis (Jambi), Champa, Chermin, Chaola, Chahola, Chayya, Cahaya, Jembal, Champa, Reman (Patani), Majapahit, Demak, Langkasuka Maritim Sriwijaya, Melaka, Nusantara sebelum dinamakan Malaya. Beta mula bongkar pemalsuan sejarah. Bukti didokumentasikan melalui penulisan dan rakaman video.

3/6/2025 : Isytiharkan cicit Iskandar Zulqarnaen, Merong Mahawangsa, Hang Tuah, Raja Jembal, Raja Bugis, Raja Arab Banjar, PuteriSaadong dll.

17/9/2025 : Setelah mendapat rajah salasilah Mahsuri berdasarkan waris keenam dan membuat kiraan generasi, beta mengisytiharkan : Melayu kacukan. Nasab Ahlul Bayt generasi ke-57 jalur Sayyidina Hassan dan Hussain, dan cicit Mahsuri generasi ke-7. 

23/7/2026 : Paksu, adinda almarhumah bonda maklumkan nama tok Arab suami Nenda dan dimana kuburnya. 

Rujukan penuh salasilah disimpan dalam artikel blog rahsia. 




Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....