SUSAH KE JADI STUDENT PART TIME ATAU PJJ?

SUSAH KE JADI STUDENT PART TIME  ATAU PJJ?

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

 KISAH GURU, PANDUAN, PENGALAMAN, cara menguruskan masa sebagai pelajar sambilan, pelajar Pengajian Jarak Jauh, Part time study, SUSAH KE JADI STUDENT PART TIME / PJJ?, bagaimana boleh menjadi student PJJ di UTM, Universiti idaman, Universiti Teknologi Malaysia, Diploma Pendidikan, Diploma Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam), Diploma Komputer & Pengurusan, College University of Information Technology COSMOPOINT, list down, pengurusan masa, happy sewaktu belajar, classmate semua otak gila-gila, bijak manage masa, cara blogger sambilan yang dah bekeluarga macam aku bersosial dan belajar
Permintaan rakan blogger untuk saya kongsikan pengalaman sebagai student part time.
Rentetan dari perkongsian tentang part time study dalam entri Miss Zahirah, terasa nak berkongsi pengalaman  bagaimana boleh menjadi student PJJ di Universiti Teknologi Malaysia hingga sekarang ni.

Sebenarnya, UTM merupakan Universiti idamanku dari kecil lagi. Memang tak sangka dapat juga menjejakkan kaki untuk belajar di sini. Kebetulan pula pihak Jabatan telah mengarahkan supaya guru yang belum mempunyai Diploma Pendidikan supaya mengambilnya, maka tahun 2011 termetrailah sudah diri ini sebagai Mahasiswa PJJ dalam bidang Diploma Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) walaupun sudah memiliki Diploma Komputer & Pengurusan dari College University of Information Technology COSMOPOINT terlebih dahulu sebelum menjadi guru. Kiranya, membuat keputusan belajar ni, atas arahan Jabatan lah kiranya...  Demi masa depan, sekurang-kurangnya, dapat juga menambahkan ilmu. Redah je... hehe... Diam tak diam, semester ni sudah semester ke 5. Tinggal lagi 2 semester sahaja lagi... Ada rezqi, In Shaa Allah sambung lagi ke peringkat tertinggi :)

Menjadi pelajar Pengajian Jarak Jauh (PJJ) atau Part time study ni tak susah, senang je sebenarnya. Cuma kena pandai bahagi masa. Selalunya list down samaada melalui facebook atau di akhir entri blog takpun di dalam diary management, apa yang perlu dibuat untuk esok hari, amat membantu dalam pengurusan masa ni. Kerana telah berumahtangga, suamilah yang sudah tentunya banyak memberi sokongan & dorongan. Waktu sibuk belajar  ni, suami memang banyak memberi sokongan padu buatku. Contohnya, sewaktu ke kelas untuk belajar, suami lah yang akan uruskan anak-anak yang berumur 8, 5, 4 & 2 tahun (22/2/2015, 10, 8, 7, 6 & 2 tahun). Terima kasih tak terhingga buat suami tersayang :)

Waktu dalam kelas, memang waktu yang amat menyeronokkan sebab : classmate semua otak gila-gila. haha... Memang release tension. Kesakitan dan kepenatan yang ada pun hilang sebab selalu gelak-gelak masa sedang belajar, ditambah pula dengan pensyarah-pensyarah yang suka buat kelakar waktu mengajar. Tak kering gusi dibuatnya walau ada juga pensyarah yang strict kami tetap happy sewaktu belajar. 

Ada masalah? Ada... tapi semua dapat diselesaikan jika bijak menguruskannya.
  1. Penat. Memang penat... sbb mana nak handle waktu kalutnya nk siapkan assignment, mana nak handle anak-anak dan mana lagi nak handle kerja sebagai guru. Pasti ada salah 1 yg terlewat disiapkan ataupun terlupa nak siapkan takpun, keciciran.  Mana nak blogging lagi... hehe... Tu sendiri kena manage tau... Sebab itu,  pentingnya pengurusan masa yang bijak... :) 
  2. Waktu nak siapkan assignment, berebut komputer dengan anak-anak dan sering tidak cukup tidur adalah perkara biasa. Sebab tu buat assignment kena pandai set masa. Masa bila siapkan assignment? Biasanya, waktu anak-anak leka dengan mainan mereka ataupun waktu mereka sedang leka menonton tv takpun, masa mereka semua sudah tidur. Tapi, selalunya buat assignment tak kira masa pun... main redah je... Kerja kalau ditangguh, semakin banyak. Jadi, siapkan yang mana satu dulu bergantung pada keperluan dan jangan lupa... rujuk list down yang telah dibuat :)
  3. Terkadang tu, masalah bila buat tugasan berkumpulan. Cari isi bersama, bahagian slide power point, memang kerjaku. Kalo ahli group hantar isi kepada editor lambat, lambatlah siapkan slide. Pernah dalam masa 3 hari menyiapkan slide yang 39 40 page (sikit je tu...) sebab lambat dapat isi. Tapi, kalo dah jadi student part time ni... alah tegal dek biasa dah... Kebetulan aku memang minat bab2 grafik ni... selalu slide presentation yang ku buat, mmg lecturer salute dan puji kaw2... punya... (takde la nak bangga... cuma nak cerita je... Maaf ye...)
Ada masa ke dengan keluarga ataupun nak bersosial dan bersantai?
Bab ni juga kena pandai uruskan. Contoh :
  1. Macam hari ni, sempat juga bersama suami dan anak-anak ke Aquaria dan ronda-ronda di KLCC sampai letih dan tak larat dah nak berjalan. 
  2. Kenduri-kendara pun sempat juga pergi. Takmo kena sindir atau dibebel oleh pensyarah (yang mana strict la), pergi ke kenduri awal dari kebiasaan.
  3. Membeli belah pakaian sekolah anak-anak pun dah siap... 
  4. Nak pergi ke oversea atau melancong? Boleh je... Baru-baru ni, kawanku yang juga dah bersuami tapi belum punya anak, baru balik dari China. Boleh pun... Cumanya, agak-agakla kan... jikalau macam aku ni, anak-anak kecil-kecil lagi... kalau rasa payah.... jalan-jalan dipersekitaran berhampiran pun, boleh juga... 2 orang yang kecil tu, tinggalkan sekejap di rumah pengasuh. Janji dapat quality time macam dalam entri yang pernah ku buat ni.
  5. Nak jumpa kawan-kawan pun boleh... Jumpalah waktu lunch hour hari bekerja. Takpun, berhubung dengan lain-lain cara. Fb ke, twitter ke dan lain-lain laman sosial pun boleh juga....
  6. Yang paling best... sempat lagi berblogging... 
Bila masa baca buku untuk exam?
Bila-bila masa yang terluang. Selalunya dekat-dekat nak exam baru baca buku sebab baca awal-awal selalu terlupa. Selalunya juga, study group last minute juga banyak membantu waktu nak exam. Selalu jugakla esok nak exam malam ni baru buat nota ringkas yang cuma diringkaskan ayatnya sahaja. Maklumla, aku ni memang tak pandai buat nota ringkas.... Tapi ada gak rakan sekuliah yang ambil nota tu untuk buat rujukan. Bolehlah kan... Dari tak study langsung.... Hehe....

Biasanya pensyarah tidak kedekut bagi markah lulus kepada pelajar part time tapi, atas daya usaha pelajar jugakla kan... Sesungguhnya belajar sambil bekerja apatah lagi jika dah bekeluarga, lebih mudah lulus daripada masa dulu-dulu. Sebab dulu masa belajar, tak berapa matang lagi....

SUSAH KE JADI STUDENT PART TIME ATAU PJJ? Tak susah jika kita bijak manage masa. Inilah cara blogger sambilan yang dah bekeluarga macam aku bersosial dan belajar... Sekian, terima kasih kerana sudi membaca kisah SUSAH KE JADI STUDENT PART TIME / PJJ? dan  jangan lupa komen tau.... :)
Nota : LIFE IS EASY, WHEN YOU MAKE IT EASY.... :)

41 comments:

  1. hehehe.. trima kasih kak..
    btul sgt2 ape yg akak tulis ni..
    penat tu mmg ade, tp utk jgka msa pnjg mmg berbaloi.. tido pkl 2-3 pgi sbb study, baca bku last minit time test n exam dh jdi prkra biasa.. mula2 mmg malas tmbh lgi penat tp dsbbkn tnggungjwb cekalkan hati..msk kelas mmg x tension sbb classmate semua gile2 mcm yg akak ckp.. rsa mcm dh knal lama pdhal bru 1st time jdi classmate.. dgn lecturer jgn ckp la.. byk bercerita dri mngajar... hihihi.. tp semua lect bercerita tntg pnglman keje dorg.. so jdi tertarik nk dgr.. dari mngantuk jdi bulat trus mata... hihihi.. 1 lgi msa bersosial x dilupakan.. prnh je time nk exam, miss ble pgi jalan2 ngn family.. x slh sbb bgi miss klu trlalu fkirkan sgt psl buku mmg xkan abis.. hehehe... rsanya ckp la smpi sni.. cam dh pnjg sgt sya komen ni.. ;b
    sekian... wassalamm...

    ReplyDelete
  2. Memang salute sgt pada sapa yg buat PJJ tu..

    ReplyDelete
  3. Miss & SM : bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Lagi berliku jalannya, lagi tu lah thrillnya sgt menyeronokkan :)

    ReplyDelete
  4. sama2 lah macam saya...sebenarnya study part time x penat kalu kita tahu bagikan masa...
    Kekadang otak saya nie saya kena bagi kan kepada 3 bahagia, 1-suami 2-student 3-pekerja
    sebab aper2 pn pilihan adalah di tangan kita ... bukan senang mahu senang, dan bukan susah mahu susah...heheh..cuma perkongsian kita sesama2 saya 27 nie ada final exam doakan saya k...subjek last tu..

    ReplyDelete
  5. Owh ambik SPACE juga ye. Kos SPI kan? saya baru je grad SPH. Emmm.. memang buat PJJ satu pengalaman yang sangat mahal.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum .. akak ... Saya baru plan nak sambung sarjana muda perakaunan this september.. Banyak saya nak tanya dengan akak. Boleh tak akak add saya di fb? Nanti saya approve. terima kasih akak.. Terimakasih banyak-banyak.. itupun kalau akak berkesempatan lah ya.. saya tak memaksa. saya cuma berharap dapat sedikit ilmu dan pengalaman daripada pakar yang dah melalui kehidupan belajar melalui PJJ..

    FB : am_irasy10@yahoo.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat belajar... Terima kasih sudi mendapatkan panduan dari akak. akak pun masih belajar dan terus belajar. Belajar dari pengalaman... ^__^

      Delete
    2. Semua di atas senang bila life partner menyokong.
      Bila si dia meragam walaupun segala dah disediakan n dipenuhi, jadilah kita graduate sekadar graduate.
      Dan hari hari mrnghitung nak habiskn study cepat..

      Delete
    3. Setuju. Apa pun, boleh slow talk dan boleh bawa berbincang. Namun bg yg dh berkeluarga, mmg bnyk halangan dan dugaan perlu ditempuhi. Terlalu banyak...Coretan ini hanya sekelumit sahaja tanpa kisah pahit maungnya :) Trm kasih ya sudi komen

      Delete
  7. Akak ,sy ni baru diploma semester 4. Sem depan last . Sy rasa nak sgt buat pjj sbb sem depan sy nk kahwin.. lagipun sy tk berapa nk ada smgt nk belajar full time. Sy cepat cemuih bak kata org kedah. Okay tak klau sy buat pjj utk semester akhir ni.. sy dah tak kisah cepat ke lmbat habis . Asal sy ada smgt nk mnuntut ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah... Maaf ya lewat menjawab. Saya tak perasan soalan saudari ni.

      Silakan ya Cik sambung sahaja PJJ. Alang² belajar, biar diteruskan ya. Namun, jika sudah berumahtangga, dapatkan keizinan dari suami dahulu ya.

      Oh ya, paksaan biasanya akan menjadi perkara yang membuahkan kebahagiaan demi masa hadapan. Fikirkan masa hadapan ya ^__^

      Delete
  8. Brape tahun buat pjj ni kak? Pinjaman boleh buat ke?

    ReplyDelete
  9. salam akk, sy ni pelajar lepasan diploma and bercadang utk ambil pjj for degree di utm .. rmi yg kata xpyh ambil pjj akn stress and xsempat utk belajar sbb kerja. tp bg sy .. kalo kita boleh bahagi kn masa in sya allah boleh.. akk rasa okay x kalau sy teruskn niat sy utk smbng degree pjj ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Cik Nor Huda. Keputusan yang bijak ambil degree di UTM. Abaikan sahaja kata² orang ya. Kerana hasilnya nanti, kita yang miliki. Minta dari Allah agar dipermudahkan urusannya ya ^__^

      Oh ya, pengesahan dan keizinan dari majikan perlu dan amat penting supaya bila time exam, mudah nak minta pelepasan exam. Selamat berjaya ya Cik Nor Huda… Terima kasih bertanya ^__^

      Delete
    2. assalammualaikum kak...saya bercadang mahu buat pjj.boleh tolong bagi tips untuk masalah berikut :
      1.kewangan (perbelanjaan setiap minggu kerana kelas hanya sabtu dan ahad saja )
      2.masa sebab isnin hingga jumaat saya bekerja
      3.jarak
      - jarak dari tempat saya tinggal dengan tempat pjj ialah 550km (yg bakal di tempuh setiap minggu selama 10 semester )
      tolong bg tips kak

      Delete
  10. Salam, sy hbis diploma bulan 4 tahun lepas. Lama juga sy kerja n now terasa nk buat pjj. Ramai cakap pjj tu susah n ramai cakap sy ni bukam serious orgnya dan tough nk buat pjj. Tp kalau bersama semangat yg ada, tak salah bukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sahabat. Semangat adalah salah 1 kunci kejayaan. Teruskan sahaja niat murni sahabat tu ya. Pedulikan apa kata orang yang melemahkan semangat sahabat. Good luck ^__^

      Delete
  11. Pjj ijazah kat utm dalam BI ke..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika subjek B.I maka dalam B.I tapi pensyarah tak zalim. Dia akan ajar ikut kemampuan dan tahap pemikiran pelajarnya Cik Nur Adibah. Terima kasih sudi bertanya ya ^__^

      Delete
    2. Jika subjek B.I maka dalam B.I tapi pensyarah tak zalim. Dia akan ajar ikut kemampuan dan tahap pemikiran pelajarnya Cik Nur Adibah. Terima kasih sudi bertanya ya ^__^

      Delete
  12. Mula-mula masuk utm diploma pjj memanglah takut. Takut tak sempatlah , otak dah bekulah , tapi bila dah lama sikit ada dlm utm ni seronoklah pulak berlajar ni. Rupanya banyak benda yg kita tak tahu.terima kasih pd semua member sekelas utm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun. Suka-duka sebagai student PJJ adalah pengalaman mahal yang takde kat tempat lainkan Hairi? Terima kasih ya sudi singgah dan komen :)

      Delete
  13. Assalammualaikum..
    Sy nk tnya pendapat skit, sy gred diploma elektronik communications pd 2013 skrg ni sy dh berkerja hmpir 3 thn
    Weekly mmg cty, mmg angan2 nk buat pjj, dekat mane sesuai utk buat pjj engineering , sy stay area klang
    Ingin kongsi pendapat boleh email sy
    Kakigoreng85@yahoo.com
    Jgn kecam email sy��������
    Terima kasih

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, kak, saya nk tye, bulan 7 ni saya akan grad utk diploma cosmopoint, after that saya ingat nak smbung pjj
    Utm, boleh ke ? Belajar pada weekend je ke ? Lagi 1, nak tanya, saya belum ada kerja bole mohon ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. Cikgu bizi banyak di sekolah.

      Boleh je sambung di UTM asalkan ber wang dan ada kemahuan dan minat. Adik boleh tengok portal UTMSpace ya.

      Daftar belajar dahulu baru boleh tengok jadual. Biasa student jarak jauh atau part time memang belajar pada weekend.

      Boleh try apply kerja sambilan di mana² jika adik nak belajar full time. Atau boleh je kerja sambil belajar. Maksudnya, jadi pelajar part time.

      Sila nyatakan nama atau e-mail adik ya next time bila komen… Moga membantu. Terima kasih bertanya ^__^

      Delete
  15. Baca ni teringat kisah kita, part time juga.. buat assignment pernah tido kat fakulti.. huhu..

    ReplyDelete
  16. kalau saya sich ada susah dan senang dalam melakukan pekerjaan Parttime blogger ini ... tapi yg penting kita senang melakukannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar tu. Belajar memang best. Teruskan belajar. Tiada apa pun yang susah. Janji hati cekal. Saya pun masih lagi study sekarang ni di MDEC. 😊

      Delete
  17. Salam kak. Sya memang ada memohon utk pjj di utm. Bg kos elektrik elektronik. Sya bekerja pada hari ahad smpy khamis. Jdi sya risau tentang waktu kelas yg di jalan kn dan nota2 pembelajaran sya blh dapatkn dimana???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya baru baca ni. Jangan risau. Pensyarah semua baik. Nota sentiasa dikemaskini. Boleh minta pelepasan dari majikan ya. 😊

      Delete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. Kelas selalu Hari minggu je akak?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA.

  BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA . (Kongsi di facebook pada 30/3/2021 . Kemaskini ke blog 21/1...