Jumpa artikel ni dlm fb kawan...rajin? baca la
Ada kaum wanita berkata“susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :
1-Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2-Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3-Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
4-Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
5-Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
6-Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
7-Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.
PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…?
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan
berharga…maknanya..Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai
serta disimpan di tempat yang selamat dan terbaik. Sudah pasti intan
permata tidak akan dibiarkan berselerak, bukan? Itulah bandingannya
antara seorang muslimah dengan perrmpuan jalanan.
Satu:Wanita
perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3
kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Dua:Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta
itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada
suaminya.Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan
menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.
Tiga:Wanita
perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat
dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah
di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.
Empat:Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4
wanita ini:Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara
perempuannya.
Lima:Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4
orang lelaki ini:Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara,
lelakinya.
Enam:Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga
melalui pintu mana pun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :Solat
5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga
kehormatannya.
Tujuh:Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah
tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya
kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi
berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaAllah…demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?Bagaimana……?
Masih merasa tidak adil?masih tak nak jaga aurat??
Sedarilah insan istimewa yang bernama wanita,bahawa kelembutan bukan
kelemahan,bukan jua penghinaan dari Tuhan,bahkan sebagai hiasan
kecantikan,,Allah Maha Adil
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.
Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.
Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com