Showing posts with label LUCU. Show all posts
Showing posts with label LUCU. Show all posts

10 September 2013

EXAM BAHASA KELATE

As salam. Saya copy paste dari rakan fb saya. Nak alter ayat memanglah tak pakar... Baca ni pun dah menggeletek hati saya nak tergelak mengekek-ngekek sambil menyiapkan assignment ni... Entri suka-suka hati ni dibuat pada jam 12 tengah malam tapi lambat dipublishkan. Sebenarnya kan... Dah 2 entri tanpa sebarang komen... Harap pageview je yang banyak. Pasti entri tu tak manthop... takpe2... Meh jawab exam ni. SELAMAT MENEKA MANA YANG BETUL....(ACU TRA TEST TEKO MANO HOK BETUL).

05 August 2013

REMOTE TV DAN HANDPHONE

As salam.

Sebuah kisah ketika di awal-awal perkahwinan saya. Ketika itu, saya dan encik usben baru-baru menetap di rumah sewa sendiri. "REMOTE TV DAN HANDPHONE"

01 July 2013

MENGGELIKAN HATIKU

As salam dan sejahtera semua.


Semua ni dari fb anak-anak saudara sebelah suami saya. Mereka ni memang selalu menghiburkan hati saya. Nak siapkan assignment Ulum Hadith, bila dah buka fb... hah, layan....

07 March 2013

TALIBESEN

As salam,

Nak berkongsi cerita masa kecil-kecil dahulu. Bagi saya ianya amat lucu tapi tak tahulah bagi pembaca.

Masa kecil dahulu, pernah abah tinggalkan saya seketika duduk dengan arwah emaknya. Seperti biasa jika di rumah, ada hiburan untuk diri saya. Juga ramai rakan-rakan sebaya bermain bersama-sama.

Satu petang, entah apa kena entah dengan saya... bosan dah menjelma agaknya... Menghentak-hentak kaki saya nak tengok tv. Masa tu di kampung, mana ada kisah sangat dengan tv.

"Nak talibesen... Nak talibesen..." menangis-nangis saya semahu-mahunya sambil menghentak-hentakkan kaki.

Tiba-tiba, saya lihat arwah nenek saya ambil tali dan sebuah besen (gambar dari google je...)

   

Saya terdiam seketika dan hanya melihat kelakuan arwah nenek. Diamlah sekejap. Saya lihat arwah nenek menebuk besen dan menyimpulkan tali ke lubang di besen tu. 

Akhirnya "Nah, talibesen!!!".  Sambil menggantung TALIBESEN tu di tengah-tengah ruang tamu.

Hahaha.... Memang arwah nenekku Tok Teh terbaik...! (Al-Fatihah untuk beliau) 

Bila dah beranak pinak ni, sesekali teringatkan kisah ni, pasti saya tergelak.

Lucu ke? Maafla tak pandai nak bercerita... huhu

13 February 2013

OPAH GANYANG KAU...

اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ

Dalam lucu, ada ilmu





20 August 2012

PAK PANDIR KE KEBUN

Seperti biasa, Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan dan bekalan untuk suami tersayang.

"Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.

Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya unuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.

Mak Andeh hairan Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya "Kenapa Bang?"

Pak Pandir pun menjawab "Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah? Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."

Diambil dari Buletin "Berita LGMPC Bilangan 1-2012- Laman Lawak Sikit."

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....