Showing posts with label PERISTIWA. Show all posts
Showing posts with label PERISTIWA. Show all posts

08 January 2013

LAHIRNYA MEMBAWA JUTAAN BAHAGIA


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

4/1/2013 - Abdul Latiff pada hari pertama dilahirkan. Anakku yang ke 5. Alhamdulillah... Penantian membuahkan kebahagiaan. Sebab tu lah  lama tak ber update blog ini... hehe... 
anak20533.jpg anak20534.jpg anak20535.jpg 
Hari ke dua... 
anak20536.jpg Anak20538.jpg
Hari seterusnya, tak payah lah gambar lagi ya... nanti sarat plak blog ni dengan gambar je....

Memandangkan hari ini adalah hari ke 4 cahayamataku ini dilahirkan, Abdul Latiff pun sedang lena... maka dengan penuh rindunya terhadap blogku ini, entri khas ku taipkan untuk pembaca dan pengikut setiaku yang baru mencecah ke 150 orang sehingga 1.52 petang ini.
Hari ni hari ke 4 Abdul Latiff dilahirkan. Dah 2 malam dia asyik meragam je. Dah 2 hari juga nurse dari klinik datang melawat. Dah 2 hari juga siap berurut. Semalam macam nak demam rasanya. Maklumla kan, lama tak berurut... Hari ni, ok sikit dah. Semalam, nurse cek temprature temprature Abdul Latiff 37.7 celcius. Suami bawa dia ke klinik dekat dengan rumah. Alhamdulillah demam dah tiada....
Kesian suami, makan pun tak lalu. Penat... Ye la, uruskan 3 org anak bersekolah, masak untukku lagi. Ambil anak yang 2 orang dari rumah pengasuh. Mana tak penat. Kalau tinggal kat rumah ni, alamat, meranalah badanku. Huhu... badan baru nak sihatlah katakan... (Arwah emak meninggal bulan 6 tahun lalu, tidak, balik kerja, arwah emak datang rumah masak. Huhu... rindu dengan masakan arwah emak. Al-Fatihah untuknya). Mungkin esok lusa, dah boleh perlahan-lahan masak sendiri kot... Sekarang pun, perlahan-lahan buat kerja rumah sikit-sikit yang termampu.
O ya, semalam, encik suami ke JPN uruskan pendaftaran dan surat beranak Abdul Latiff, kemudian beliau bergegas pula ke klinik maklumkan kelahiran pehtu hantar pula MC dan surat doktroku ke sekolah. Penatnya... Kesian suamiku. Memang suamiku amat bijak menguruskan segala-galanya bilakala isterinya ini tak berdaya. Sayang sangat-sangat dengan suamiku, cinta hatiku. Terima kasih suamiku tersayang. Kaulah segala-galanya bagiku. Anak-anak adalah kebahagiaan kita bersama. Moga kelahiran yang membawa jutaan kebahagiaan ini berkekalan ke akhir hayat. Amin....
Pss... Lama tak berblogwalking ke blog blogger lain dek hal ehwal kelahiran. Kunjungan pun tak sempat nak berbalas. Maaf juga jika penulisan tak berapa berkualiti. Entri ini sekadar pembuka bicara setelah lama meninggalkan dunia blog. Dalam keadaan sebegini, tak berani nak duduk depan PC lama-lama :)

21 November 2012

Ya Allah... Selamatkanlah saudara-saudara Islamku di Ghaza

Ya Allah... Selamatkanlah saudara-saudara Islamku di Ghaza

Ku menitiskan air mata 
Lantaran melihat betapa sengsara
Umat Islam di bumi Ghaza
Ku tak berdaya membantu mereka
Hanya doaku hulurkan sebagai senjata
Membantu perjuangan mereka
Yang tak pernah-pernah leka
Berjuang untuk negara
Menuntut keamanan yang tak pernah tiba
Apakah kita hanya mampu melihat semata?
Tanpa melakukan apa-apa?
Bersyukur kita di bumi Malaysia
Walau parti politik bercakaran sesama mereka
Walau pelbagai kebobrokan berlaku di negara kita
Walau buang anak di sini sana menjadi berita utama
Walau jenayah dibanteras namun tetap berleluasa
Walau budaya Gangnam kini bermaharajalela
Walau kemasukan budaya barat menerjah Malaysia
Walau sewajarnya, kitalah yang patut menerima atau menolaknya
Bersyukur kita masih tidak menjadi seperti di Ghaza
Yang saban hari dibom di sini sana
Tangisan bayi dan wanita
Darah berlinangan di mana-mana
Kematian saban hari di sana
Syahidnya mereka sudah tentu milik mereka
Pilu ku melihatnya
Ya Allah... Selamatkanlah saudara-saudara Islamku di Ghaza






31 October 2012

Syukur...

Salam,
Hari ini, rakan blog masih 9 orang. Tak kisahlah tu, janji aku setia menaip dalam blog aku ni. Sebab memang aku minat...

Kepada semua yang sudi menjengah blogku, ribuan terima kasih ku ucapkan... Anda memang hebat sudi memberi komen membina kepada penulisan saya & sudi menjadi rakan blog saya. Terima kasih sekali lagi.

Minggu ni minggu kalut... Kalut tanda kertas periksa bahasa arab darjah 4 & darjah 1, 6set x 2kelas, 2set khat darjah 1&4 dan 1set al-quran darjah 1. Nak habiskan syafawi lagi n siapkan buku cenderahati program Khatan Al-Quran & Hari Anugerah Cemerlang tahun ini yang bakal berlangsung pada 8/11/2012 nanti.... Bz2... Memang bz....

الحمدلله, siang tadi dapat siapkan menanda kertas objektif untuk seramai 340 orang murid (Kertas objektif subjek Bahasa Arab darjah 4=143 orang, darjah 1=170 orang & kertas objektif Al-quran darjah 1=27orang). Now, sudah mula menanda kertas subjektif untuk 2 kelas dahulu. Esok dan seterusnya, insyaallah akan cuba sedaya upaya menyiapkan hingga selesai kesemuanya.... sebelum 5/11/2012 sebab kalut nak siapkan buku cenderahati pula.

Cumanya.... kertas Khat tu la... malas sangat aku nak menandanya sebab aku ni kalau bab tulisan, memang aku cerewet... memang payah murid aku nak dapat A sebab tulisan mereka kebanyakannya tidak mengikut format penulisan Khat yang ditetapkan oleh skema... Skemakah aku...? He3... tak juga... Tengoklah bagaimana nak ku buat nanti... Senang je tu...

Oh ya, configure HTML dalam blog aku dah ok...tadi dah cuba masukkan widget الحمدلله dah boleh dah. Nantilah bila2 ada masa, aku kan cuba lagi meneruskan untuk buat sitemap blog aku ni...

Akhirul Kalam...
Kata2 ini ku petik dari wall facebook adikku. Renungilah ya.... dan selamat beramal...
"Ilmu yang bermanfaat,ibarat kawan yg setia.Sentiasa disisi bila diperlukan".
Kita akn merasa diri terlalu kecil bila org mempertikaikan kerja2 kita.Oleh itu,berusaha utk meningkatkan prestasi adalah lg baik dari terus menerus menghentam atau terasa hati bila ditegur. Bukankah kita belajar dari kesilapan? Tuntutlah ilmu walaupun sezarah. Banyak manfaat..Senyum selalu dan open minded..
 

Salam ceria buat semua...

09 September 2012

KiSaH PaRkInG

Sebenarnya... minggu ini, aku dilanda kesakitan perut menggila dari hari Isnin hingga hari ini. Selasa pagi aku tidak dapat hadir bekerja, cirit birit. Petang je dapat ke sekolah. Khamis, aku MC sebab cirit birit hingga lembik. So, hari ni...8/9/2012, pagi gi sekolah sbb ada sek ganti. Prestasi kerja kena jaga beb...
Selepas selesai mendengar bacaan dalam solat 4 orang murid perempuan, aku suruh mereka ambil wudhuk pula. Than selepas rehat, memandangkan semua murid yang hadir (ada la dalam 1 kelas dalam 4/5 orang je yg hadir hari ni...) aku ngan murid-murid lelakiku yang 5 orang je tu, menstaplekan lukisan bendera-bendera Malaysia yang murid-murid kelasku warnakan semasa Jamuan Hari Raya pada hari Rabu tu. Habis je sesi pagi, terus gi belajar di UTM. Subjek yang aku minat...Qawa'id Lughatul 'Arabiyyah. Ada la lebih kurang dari 11.30 hingga 12.45 tengahari je. Sebab lepas solat zohor, gi semula ke sekolah untuk sesi sebelah petang pulak.
Dari UTM, aku ikut shortcut, melalui MINDEF ke sekolahku bekerja. Sekali askar yg menjaga banyak pertanyaan da... Alhamdulillah sempat juga sampai sebelum 2.30petang.
Sesi petang pun murid tak berapa ramai (lupa da hari ni nak snap gambar...) sebab kelam kabut. Aku mengajar setengah jam je hari ni. Itupun, just bagi murid-murid tahun 1 yang tak berapa ramai tu lembaran ulangkaji je...الحمدلله mereka semua dapat menjawab dengan baik...
5.30 macam biasa, balik le... Sampai je kat kawasan parking aku, ada plak keta ntah sape ntah parking... Menyirapnya darahku ini...Masih bersabar, aku block je la keta tu... Malas la aku nak bunyikkan hon, aku dahla kurang kesihatan... so, ikut je la kata suamiku, park je dpn keta tu. Udah itu dpn parkingku...
Malam, tiba2 sedang aku yg keletihan kesakitan perut tidur, ada org ketuk pintu. Bercakap ngan suami sowh alih keta sbb dia nak keluar. Tak lama tu, ada sorang budak pompuan ketuk lagi pintu sowh alih keta. Aku cakap "Sabar la! Sape suruh parking kat tpt org?" Budak tu bukan anak pemilik keta tu pun...haha... camane aku tau plak tu bukan anak pemilik keta tu? Aku tanya la tadi... "Awak anak org keta tu ke?" pehtu aku gelak je ngan budak tu. Aku yg sakit perut pun turunla...Lambat aku turun, saje je nak bagi dia pengajaran...
Sampai kat bawah, sorang pompuan kurus tidak bertudung, sdg berpeluk tubuh sambil memandang tepat ke arah aku. Marahlah tu kowt konon...sbb aku lambat turun... Walhal depa yg kacau parking aku, sapa suruh...? Aku langsung tak pandang... Sebab dari atas sblom turun td, mmg aku dah membebel. Jadi, aku takut akut ni menggila plak marah kat dorg tu. Aku terus ke keretaku dan sound dengan nada yg tegas tapi lembut (sabar lah katakan, kan...) "Awak tau tak? awak dah menyusahkan saya! Saya ni tak larat tau tak? tak sihat" Pehtu, lelaki tu minta maaf berkali-kali dari aku. Kataku lagi "Belajar beradab...kalau datang kat tpt org, jgn sesuka hati parking kat tpt orang...Ini parking saya, saya dahlah tak sihat, awak menyusahkan saya..." Aku pun memulakan tazkirah pendek aku...hehe...Aku cakap..."Jadikan ini pengajaran. Jangan sesuka hati parking kat tpt org...Belajar beradab..." Lelaki tu diam...je. Tapi...pompuan tu plak naik menyinga...macam2 dia sembur aku. Agaknya sbb aku ni pada dia membebel kowt...maka dia kata "Ish, org tua ni..." Dia kata "Kan kita dah minta maaf...ktorang tak tau sape pnya parking ni" Aku pun menambah tazkirah penyedap halwa telinganya...mengulang lagi ayat tadi... Pompuan tu membebel dgn menyinganya. Aku sambil masuk dlm keta & menghidupkan enjin bercakap lagi..."Kalau saya, saya rela park jauh2 daripada park kat tpt org! Belajar lah beradab kat tpt org..." Aku ulang lagi apa yg aku cakap dah tadi. Tiba2 pompuan tu e2 macam nak dtg kat aku. Lelaki tu dok tarik tgn pompuan tu  dan berkata "dahlah tu.... Pompuan tu cakap " You yg kurang ajar! Cabut jelah tudung tu!" Huish... dahlah tak bertudung, nak suruh aku plak cabut tudung hanya semata2 aku mengajar dia adab2 memarking di tpt orang? Aku guna nada lembut tu... Dia plak yg lebey2 menjadi singa... " Aku cakap pada suaminya, "Lepasni, tolong...la jgn buat lagi, jadikan apa yg berlaku harini, pengajaran" Achewwah.... kelakarlah plak... 
Lastly, dah mmg keletihan dek asyik memerut je dari hari Isnin haritu, aku cakap "Dahlah, blahla...." Haha.... Aku menang sebab berjaya tidak menaikkan tanganku kepada si pompuan yg kurang adab itu sekaligus, aku telah mengajarnya cara beradab. Biar dia marah giler kat aku...takpe...janji aku dah ajar dia dgn kata nada lembutku tetapi berdesing telinganya mendengar. Mudah2an menjadi pengajaran kepadanya, kalau dah salah, janganlah ego....dan jangan sesekali terjerit2 di khalayak awam mempertahankan kesilapan yang telah kamu lakukan. 
Akhir sekali... JANGAN SESUKA HATI PARKING KAT TEMPAT ORANG HA.... Tidak, kena pengajaran macam yg aku buat tu... haha... (Aku tak kisah ar, pompuan tu nk sowh aku cabut tudung even dia tak bertudung...yg penting, aku nak kasi pengajaran peradaban padanya). 
ADA AKU KISAH...?

24 August 2012

APA YANG AKU BUAT SEPANJANG CUTI RAYA NI?

17/8/2012 (Jumaat)
Hantar abah & mek ke KL Central, dorang nak p Kelantan nak tengok adik bongsu bersalin anak ke 2.

18/8/2012 (Sabtu)
Masak rendang... 
Lepas Isyak, aku sekeluarga p rumah mertua. Takbir kat sana.

19/8/2012 (Ahad)
Suami ajak g ziarah kubur arwah emak selepas solat raya di Cheras Baru (F31). Kat kubur, ada jiran abah plak meninggal... Ada la jiran2 yg kenal aku menegur sapa aku... Than, g rumah mertua. Malam, g rumah abg Jeh di Kajang....

20/8/2012 (Isnin)
G rumah kak Jah, kak Jah ajak makan tengahari di rumahnya.

21/8/2012 (Selasa)
Selepas suami mandikan ayah, kami sekeluarga g rumah makcik Zizah. Than, g rumah maklong di Kundang. Hari ni, birthday Nur Fatihah (4tahun). Beli kek, makan kek di rumah kak Jah...

22/8/2012 (Rabu)
Selepas suami mandikan ayah, hantar suami ke ofis jap, on kan server yg down kat ofisnya than kami p rumah makcaq di Taman Medan, P.J.

O ye... malam ni, 9.17 pagi, lahirlah anak ke 2 adik bongsuku. Ni ha gambarnya.... Comelkan3...? 

 


Bersama emaknya

Bersama emak & ayahnya (adik ipag aku...)


23/8/2012 (Khamis)
Pagi kurang sihat, suami je p pasar Keramat beli bahan2 laksa. Makan2 laksa di rumah mertua. 6petang, g rumah abg Ali di Setiawangsa.

24/8/2012 (Jumaat)
Suami dah mula kerja... malas gak rasa nak g tanda buku murid2 di sekolah... Breakfast ngan Akmal & Adilah d luar je la... Nak masuk dapur, xlalu bau dapur... O ya, lepas bf, aku bawa anak aku yg 2 org ni ke rumah Kak Ah kat area rumah ak je... (Hari ni, anak ak 2 org ni, dpt duit raya sorang RM3...ngeh3...) Balik rumah, terus update blog... malas nak kuar... jap g nak g amik suami seperti biasa....

28 June 2012

PEMERGIAN MENYEDIHKAN

Hari ini genap 10 hari pemergian emakku tercinta ke rahmatullah... Sememangnya pemergian emakku amat mendukacitakanku. Saban hari aku menangis sebenarnya bila teringatkan emak. Tapi... kehidupan & pekerjaan serta tanggungjawab terhadap anak2, suami  & kerjaku perlu kuteruskan. 
Hari2 ku teringatkan emak diwaktu terjaga dari tidur lena & ku menangis sendirian. Ku merindui emak & sesekali ku merindui juga arwah adikku Ibrahim dan arwah adikku Muhammad Sidek yang tidak sempat ku tatap wajahnya setelah 15 hari dia lahir kedunia walau namanya aku yang beri.
Ingat lagi, saat akhir sebelum pemergian arwah adikku yang ke 3, Ibrahim kerapkali pukul 3 pagi beliau menalifonku semata2 ingin berbual denganku. Tapi... aku yg sedang diulit lena jarang mahu berbual dengannya dengan panjang lebar. Sedih sangat2...
Emak, hanya sempat ku berbakti sedikit sangat sebelum beliau koma pada hari Rabu 12/6/2012. Hari Selasa, hari terakhir aku berbakti padanya, aku hanya sempat lap2kan muka & tangan emak yang demam dan tak larat. Aku hanya sempat menyuapkan buah2an dan memberi emak minum air milo yang emak suka. Itulah hari terakhir aku berbakti untuk arwah emakku... Memang sangat2 menyedihkan...
Aku memang tidak menyangka sama sekali pada hari Rabu, hari yang aku tidak dapat datang menjaga emakku walaupun sekejap dek muntah yang teruk kerana alahan, merupakan hari terakhir emak membuka matanya...
Segalanya hanya tinggal kenangan... Al-Fatihah untuk arwah emakku & ke 2 dua adikku. Aku rindukan mereka...

05 June 2012

APE EK YG AK WAT HARI NI...?

Pagi, pening kepala dari smlm...so, bangun gak la...mandi n bawa Adilah(8)  n Akmal (5) g makan kat kedai sbb xlalu n nak muntah je manjang makan kat umah. Than p skul, siapkan kerja2 di skul smpi jam 1 lebih sikit, solat. Than, g Carrefour lunch kat sana n membeli & membelah sikit di c2...jam 5 lebih, g amik en. suami kat putra Jelatek......... than balik, kepala fusing2 n muntah2 sume yg dh mamam tadi... makan mangga n tidur lps solat maghrib. Sdg syok2 tidur, Nur Fatihah(4) kacau... nak tidur dh xbleh, so, bangun la...study subjek hub. etnik.... sampai skrg.... nak peksa wei.......... Riso3....

28 May 2012

CORETAN RINGKAS SEMPENA SUKANEKA SEMPENA HARI GURU DI SEKOLAH

  • Dari 16 haribulan hari tu sampai 24/5/2012, hadiah sesaje.... Beginilah saban tahun bila hari guru. Tidak kuharap, tidak ku pinta tetapi murid-murid dah beri, maka ku terima seadanya. Terharu rasanya. Alhamdulillah... (Kalo tak garang, sure penuh bonet keta). He2... 
  • Bersukan itu bagus... Puas hati dapat bersukan petang itu dengan murid-murid darjah 1. Seperti biasa "Usah diharap sebarang ganjaran. Laksanakan segalanya mengikut arahan". Akhirnya, aku di gelar "Guru paling komited" dan mendapat tempat pertama dalam acara lari bawa bola pingpong bersama murid kelas darjah 1. Ok lah tu... He2... Berbaloi... Memang berbaloi... 
  • Sesi pertukaran hadiah berlangsung selepas sesi pagi pada 25/5/2012. Yea2...dpt handbag. Yea2...boleh la aku tukar guna handbag lepas ni...
  • Syoknya jadi guru...

26 January 2012

JALAN-JALAN, CARI BUKU...(SILA ULANG 3 KALI YA...)


Salam... 
Dah dinihari....mata tidak boleh lena...Tiba2 rasa nak menaip diblog menyala2....Maka tanpa on9 fb, aku pun memulakan menaip....dari jam 12.40 tghmlm. Tadi print slip gaji bulan Januari dulu.
hArI iNi kan...pagi setelah mandi pukul 6 pagi, kepeningan melanda membuatkan aku kembali tidur. Sempatlah masak air & panaskan apa2 yg patut b4 tidur utk meredakan kepeningan melanda itu...Tak taulah pasai apa ntah....dah 2,3,4 hari ni asyik pening gila....je. Asal pening je tidur le jawabnya, bangun tidur tu barulah reda...Kelam kabut aku bangun n mandi sekali lagi. Panas naw rasanya cuaca hari ini. 
Ingatkan Akmal tak sekolah harini. Rupa2nya, pengasuh dia kol tanya baru aku tau tadikanya sekolah, tak cuti seperti sekolah Adilah puteriku yg sulung & sekolah aku sendiri cuti hingga hari Jumaat ini. (Esok aku pastikan Akmal ku hantar ke tadikanya! Chewwah...semangat waja ni...hehe...)
Oleh kerana Adilah lambatnye bangun...maka, jam 11 lebih baru aku bawa Adilah & Akmal g Perodua untuk melihat perkembangan fizikal Myvi yg kurindui di Perodua AU2. Sampai di sana, Juru Nilai Kos Insuran Claim aku bawa aku ke Myviku. Terubatlah kerinduan menyalaku seketika....(Macam org bercintalah plak...rindu...) Ye lah, dah 8bulan hari2 pandu, tiba2 ter 'eksiden' sebulan lebih xnampak, rindu le... Keretaku telah direpair hadapannya. Tinggal nak pasang enjin, pasang body n cermin sahaja lagi. Dah siap diorang test drive, baru aku boleh ambil. Mungkin pertengahan bulan 2 siap. Sod ba ro...jela... Dah siap melihat2 Myviku, aku pun nak balik...En. Halim kata"Rajin2la datang jenguk2 kereta ya?" tergelak aku dengar perkataannya tu. 
Dah nak balik, Adilah menuntut janjiku nak bawa dia ke kedai buku di Jalan TAR, K.L. Maka kami bertiga pun, pergilah membeli buku....Puas dari 1 kedai ke 1 kedai aku JALAN-JALAN, CARI BUKU2 tu. Akhirnya, di Pustaka Mukmin terjumpa buku Psikologi Pendidikan. Alhamdulillah...bolehlah aku menambahkan slide power point utk presentation subjek Psiko 23/2 bulan hadapan. Assignment ni berkumpulan. So, aku & kawan2 aku buatla part tugasan masing2. Aku bahagian power point je.
Best giler melihat buku2 di Pustaka Mukmin ni. Rasa nak borong semuanya je. Tapi takut tak terlarat membacanya. So, inilah dia buku2 aku beli pada 25/1/2012...
"Sorry, xdapat upload dari fon. Lenkali lah ye aku cuba upload..."
Yang bawah sekali tu, buku Adilah & Majalah Ana Muslim. Beli juga buku & gunting untuk Akmal, tak taulah dia letak kat mana. Mungkin dah simpan dalam beg dia. Semuanya berjumlah RM155.60 menggunakan baucer buku RM150. rm5.60 tambah duit la...sayang nak guna sekeping lagi BAKI baucer RM50 tu....
O ya, semasa dihadapan Pustaka Mukmin, dalam waktu nak balik, ada seorang perempuan bertudung labuh berbaju kurung. Katanya "Saya Kristian, dah 5 tahun memeluk Islam" sambil menghulurkan & memasukkan pamplet rumah kebajikan kepadaku ke dalam plastik bukuku, untuk mengutip derma. Aku pun bertanya "Kalau saya nak derma, saya derma di alamat n no. fon di pamplet ni ke?" dia jawab "Nak derma, derma di sini"sambil menunjuk ke arah dirinya. Berkali2 aku tanya. Tetap itu juga jawapannya. Aku tanya lagi "Boleh saya kol no. fon di pamplet ni?"Dengan nada & wajah yg macam marah, dia merampas pamplet yg dia dah bagi kat aku yg aku dah simpan dalam plastik berisi buku2 yg aku beli. Aku bukanlah nak berkira bab derma2 ni tapi, aku xyakin nak derma kat pompuan tu. Dahlah paksa aku ambil pamplet dia, ingat bagi terus. Than bila aku cakap nak kol, terus marah n rampas balik pamplet tu? Secara logiknya, kalau dia betul2 jujur, mesti dia biarkan je pamplet tu kat aku. Haish...zaman sekarang ni...ramai betul manusia macam pompuan tu. Bertopengkan pakaian konon Islam tapi penipu. (Aku dah terkena, sbb tu lebih berhati2)
B4 balik, aku ajak 2 org anakku makan dulu, Ada lagi pompuan tu kat dpn KFC deret Minerva tu...Dah berapa ramai la org terkantoi dgn dia agaknya...Ish3.... Pada akulah kan, kalo betul2 nak derma/bersedekah...elokla direct ke masjid atau bagi je berapa RM yg nak diderma kepada suami @ direct derma ke rumah anak2 yatim yg mmg tak dapat sebarang bantuan. Baru betul puas hati aku.... Kitorg terlepas bas so, jalan kaki ke Putra LRT Masjid Jamek. Sampai Jelatek, 5.25 petang, hujan lebat, tunggu suami tercinta balik sama2. Sampai rumah, ambil anak2 bersama suami, mandi, basuh pinggan mangkuk yg xsempat basuh tadi dek kepeningan melanda, air suami dh jerangkan. Aku masak nasi n panaskan lauk sambal cili api paru baki semalam n baki pajeri nenas yg kak iparku bagi. Dah sampai rumah lambat, xsempat da...nak masak....Malam, anak2 makan cekodok petang semalam n roti. Than suami makan nasi. Aku? teman suami makan tp aku makan biskut n air n cekodok je....Semangat mengecilkan fizikal yg termontel. He3... Baru 2 malam xmakan nasi... Anak sedara aku Husni boleh, aku pun mesti boleh! Yakin boleh! Hidup aku...! Ish, apa yg aku merapik merapu ni? Semangat waja....harap berkekalan sampai bila2.
Oh ya....25/1/2012 merupakan hari ulangtahun ke 10 perkahwinan aku. Baru 10 tahun...masih muda lagi rasanya usia perkahwinan kami.... Namun, banyak suka duka, pahit manis & tawar yang telah kami lalui bersama dengan penuh tolak ansur&banyak berbincang. Alhamdulillah suamiku pemikir,penyabar&memahami aku...Huhu...bersyukur sangat2 dikurniakan rezqi suami & anak2 yg amat ku cintai....
Moga aku terus matang, tabah&berfikiran terbuka lagi berlapang minda menerima sebarang perkara yang mendatang. Amin Ya Rabbal 'Alamin....

25 May 2011

GAME & PERSEMBAHAN SEMPENA HARI GURU DI SRA MMBJ

bEST WO.....hari ni...main sukan dgn memurid....smpna smbutan hari peringkat skul....memula td,ikat gula2 gu dgn murid kls djh 2.Kalah....maklumle, xpandai...pehtu jd pengerusi acara thn 3 ikat belon lak. Pehtu kwl memurid yg xmasuk acara.Bebudak...maklumle,mn reti dok diam...jap2 nk g tandas.Than, tgk thn 4 main lambung kasih,lastly pakat2 campak belon yg berisi air tu,abis ak pown basah sm.He3...Akhir skali,guru2 lak pompuan je la tapi...ktorg main musical chair.Best giler...even x menang apa2 pun,ok gakla sbb dpt gak anugerah.Rahsia.... Text MC ptg ni dh print td.Jeng3.... kANG smbung citer ek...?

Mmg best wo..............dahla pagi bersukaneka dgn memurid, ptg menyanyi2 lak brsm rakan2 sealiran.Lepas gian, lm dh xnyanyi...Lagipun, lagu sarikatanya ciptaan rakan, Ala...lirik lagu Kalau berpacaran....Pueh hati n suka giler tol hr ni....wa cakap lu....

Kelas aku, tahun 6 lagunya, liriknya dicipta oleh aku ngan muridku sendiri. Xtau ar, menang ke idak....xkisahlah...yg penting,mencuba....n yg amat2 penting, hari ni lain dari hari2 yg lain,aku happy............giler....

Keseronokan di tahap gila arnab yg melanda hingga cakap pown udah mcm minah brutal.He3....

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....