As salam. Bagaimana ya untuk Menanam Rasa Kecintaan Kepada Rasulullah s.a.w"?. Petang, 11/1/2014 bersamaan hari Sabtu, saya mengikuti kuliah untuk Subjek Sirah Nabawiyyah di UTM, Kuala Lumpur. Menarik subjek ni. Subjek ini menambahkan rasa kecintaan saya kepada Rasulullah s.a.w.
Melalui presentation hebat oleh rakan-rakan sekuliah, rasa terpanggil untuk membuat artikel bertajuk Menanam Rasa Kecintaan Kepada Rasulullah s.a.w ni.
Antara yang menarik, dalam presentation tersebut ialah ungkapan ini : "Andai matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, nescaya aku tak akan tinggalkan usaha dakwahku".
Mendengar rakan-rakan berbicara dengan hujjah mereka, membuat saya terfikir sejenak... betapa susah payah, penuh onak berlikunya untuk junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan Islam. Penuh dengan kejian, hasad dan dengki, tohmahan dan juga disiksa oleh kaum arab jahiliyyah yang memang telah menjadi kebiasaan mereka dalam pengamalan kehidupan yang jauh menyimpang dan tersasar dari kehidupan normal insan yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Saya amat tertarik juga dengan kupasan tentang Da'ie yang dibincangkan oleh rakan-rakan pembentang bersama pensyarah kami. Oh ya, apa itu Da'ie ya? Dal alif 'Ain Ya. Da'ie ialah pendakwah iaitu orang yang menyampaikan. Menyampaikan apa sahaja terutamanya perkara-perkara kebaikan.
Baiklah, balik pada topik. Kesimpulan yang saya perolehi dari subjek Sirah Nabawiyyah ini, antaranya seperti berikut :
1) Da'ie perlu mendekati pelbagai golongan masyarakat melalui pelbagai kaedah. Usah berada dalam kepompong mereka sahaja. Contohnya dekati remaja yang berpeleseran, bohsia bohjan mahupun golongan merempit, jiwai mereka dan dakwah mereka kepada kehidupan bersyariat tanpa memperlekehkan mereka apatahlagi mengeji, mencaci maki hamun mereka. Buat pengetahuan anda, saya juga ramai kawan seperti mereka. Tak de jijiknya mereka ni... Ada sebab mengapa mereka jadi sedemikian....
2) Berkaitan sambutan Maulidur Rasul yang bakal disambut tak berapa hari lagi, disarankan usahlah belarak tanpa menghayati maulidur rasul yang sebenarnya... Jadi, tugas Da'ie ialah... perlu memberi kefahaman kepada masyarakat untuk menghayati Maulidur Rasul seterusnya Menanam Rasa Kecintaan Kepada Rasulullah s.a.w, bukan setakat menjadi peserta aktiviti belarak atau mencari pemenang sepanduk terbaik mahupun kumpulan selawat terbaik.
Seterusnya melalui presentation kumpulan lain, bertajuk Pengajaran Hijrah Rasulullah ke Habsyah & Thaif antara yang dapat saya rumuskan ialah :
1) Rasulullah SAW peka kepada suasana antarabangsa. Nabi tahu, di negeri Habsyah, ada seorang Raja yang adil. Nabi juga tahu bagaimana masyarakat di sana. Jadi, sebagai da'ie perlu lebih peka akan isu semasa dan terkini dalam usaha mengembangkan #dakwah. Contohnya isu Bughah yang sedang hangat diperkatakan kini mahupun isu model non-muslim memakai hijab.
2) Da'ie yang berjiwa kental tetap terus berdakwah walau dalam keadaan terhimpit atau ditimpa pelbagai kepayahan. Nabi lebih teruk menerima dugaannya tau dari kita yang hanya penyambung risalah yang dibawa oleh beliau.
Jiwa Da'ie itu, tak pernah malap even siapa pun dia... atau bagaimanakah kisah silamnya... Thanks +Encik Titan dan semua yang memberi semangat saya berblogging even saya sibuk dengan kerja, study dan anak5 serta suami.
terasa rindu dgn rasullullah. =)
ReplyDeleteSaya pun...
Deletekalau Rasulullah masih ada....apakah dia akan bangga dengan kita semua.apa sumbangan kita kepada islam.
ReplyDeleteMari bersama meneruskan usaha dakwah setakat termampu In Shaa Allah
DeleteKecintaan kita terhadap Rasulullah bukan setakat dgn sambutan Maulidur Rasu sahaja. Ia adalah sepjg masa.
ReplyDeleteBenar, entri tentang Maulidur Rasul masih dalam deraf. Terima kasih En. Kamil
Delete