Program sempena Maulidur Rasul di Masjid Al-Akram

Pada 14/1/2014 lalu, telah berlangsung "Program sempena Maulidur Rasul di Masjid Al-Akram", Taman Keramat. Program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh YB Datuk Johari Bin Abdul Ghani, selaku ahli Parlimen Titiwangsa.
Gambar hilang...

Program sempena Maulidur Rasul di Masjid Al-Akram diserikan dengan pelbagai aktiviti. Antara aktiviti yang berlangsung ialah program perarakan sambil berselawat ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad s.a.w. Perarakan bermula pada jam 9.00 pagi. Seramai lebih dari 20 buah Kontingen telah menyertai perarakan anjuran Masjid Al-Akram ini. Perarakan dikawal oleh Polis yang bertugas dan ahli Pengakap Malaysia. Sepanjang perarakan bersepanduk oleh Kontingen-kontingen itu, peserta tidak putus-putus berselawat dengan pelbagai nada, malahan perarakan dimulakan dengan kontingen pertama diiringi rebana mereka.

Selesai Perarakan, peserta masuk ke dalam dewan Masjid Al-Akram untuk mendengar tazkirah ringkas yang santai dan Ceramah berqasidah oleh penceramah jemputan pihak Masjid.

Gambar hilang...

Seterusnya majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang acara perarakan berselawat. Hadiah disampaikan oleh YB Datuk Johari Bin Abdul Ghani.

Gambar hilang....

Kemudian, acara kemuncak yang dinanti-nantikan ramai, Ceramah sempena Maulidur Rasul dari Ustaz Fakhrul Radzi dengan kumpulan Qasidahnya. 


  • Antara ucapan menarik semasa sesi ceramah santai dari ustaz Fakhrul Radzi yang diselang-selikan dengan alunan qasidah yang menyentuh perasaan peserta dan mereka yang turut hadir adalah seperti berikut :

    "Sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan menggambarkan betapa kita cintakan nabi kita junjungan yang mulia, Nabi Muhammad s.a.w. Beliau cintakan kita maka, apa salahnya kita melahirkan kecintaan kita terhadapnya. Mencintai Rasulullah s.a.w merupakan kunci ke arah kecemerlangan. Cintakan Rasulullah s.a.w kunci utama untuk rajin menunaikan solat dan melakukan ibadah-ibadah yang lain. Rasulullah s.a.w cintakan kita, ummatnya yang tak pernah padam mencintai dan merindui insan yang dicinta iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Rindunya ummat nabi untuk bertemu Rasulullah s.a.w tergambar tatkala airmata kerinduan jatuh tadi waktu qasidah tauhid dilagukan. Siapa pun kita, terapkanlah nilai-nilai kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w. terhadap anak-anak sejak dari lahir lagi. Moga kecintaan kita terhadap Rasulullah s.a.w ini bakal menyemarakkan Sunnah, menggemilangkan ummah!." ujar Ustaz Fakhrul Radzi.

Moga Program sempena Maulidur Rasul di Masjid Al-Akram ini dapat memberi kesedaran dan penghayatan terhadap perjalanan pahit getir junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w di dalam usaha beliau menyebarkan Islam ke persada dunia. Adalah lebih baik juga andai Program sempena Maulidur Rasul di Masjid Al-Akram  diteruskan sepanjang tahun melalui penghayatan dalam bentuk aktiviti yang lebih menambahkan kecintaan ummah terhadap junjungan mulia yang amat dirindui bukan hanya sekadar berarak untuk memenangi hadiah tanpa hadirnya jiwa dalam diri untuk mendengar ceramah, motivasi ataupun tazkirah dari aktiviti yang telah disediakan.

Bersama menyemarakkan sunnah melalui aktiviti cintakan Rasul…

4 comments:

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL  ( Sambungan daripada artikel INI . Kongsi pada 29/12/2023, kemaskini  22/11/20...