Dalam beberapa minggu yang lalu, saya menerima 5 berita kematian.
Memang amat menyedihkan hati kerana ada di antara berita kematian itu adalah salah seorangnya sahabat saya. Beliau telah pergi meninggalkan alam fana ini di saat sedang membuat persiapan terakhir sebagai seorang pelajar UTMSpace iaitu semasa sedang praktikum.
Kali terakhir saya bertemu beliau tahun lalu,selepas hari Raya Haji. Selepas selesai kuliah, saya lepak-lepak sebentar dihadapan dewan Kuliah DK6. Ketika itu cafe tidak dibuka. Melihat saya yang sedang sarat dan sedang kelaparan, beliau lantas menghidang makanan jamuan yang beliau bawa untuk rakan sekelasnya. Sungguh, saat ini, saya memang mengingatinya. Namun, apakandaya, Allah lebih menyayangi, tidak mahu membiarkan beliau menderita sakit terlalu lama setelah koma selama hampir 5 hari.
Beliau memang seorang yang sangat-sangat baik. Beliau sering memberi kata-kata motivasi buat saya disaat saya dilanda sedikit ujian dunia. Walaupun kami tidaklah terlalu rapat namun, beliau tetap mengelus bahu saya menasihati saya agar bersabar. Tidak saya sangka, itulah saat terakhir saya bertemu beliau. Lantaran kedukaan ini, beberapa hari dunia blogging saya kaku seketika.
Saya tidak berkesempatan menziarahi beliau sewaktu beliau berada di Hospital Selayang. Memang saya rasa ralat namun, tugas saya di sekolah dan tanggungjawab saya untuk menghantar anak-anak ke sekolah membuatkan saya tidak dapat menziarahi beliau.
Hari beliau pergi meninggalkan alam yang fana ini, saya baru selesai berprogram Sambutan Maulidur Rasul anjuran Masjid Al-Akram. Menangis dan pilu saya rasakan seperti menangis dan pilunya hati saya sewaktu arwah emak saya pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya.
Menurut rakan-rakan yang pergi meziarah sahabat saya. Memang wajahnya bersih semasa hari beliau pergi menuju destinasi.
"Portfolio ROS menuju penghujung....destinasi!!!???" Inilah ayat terakhirnya ditimeline facebooknya. Whassap dari group se DPI S2(klik) saya. Sesungguhnya pembaca semua. Mati itu pasti. Cuma kita tidak tahu bagaimana sahaja.
Moga beliau tenang di sana di atas kebaikan-kebaikan beliau yang rajin bersedekah menjamu rakan-rakan setiap penghujung semester.
Sedikit "Panduan Bila Mendengar Kematian" yang ingin saya kongsikan dengan anda, dari pensyarah saya Ustaz Nikmohdzaim Ab Rahim.
Seringkali bila kita mendengar orang meninggal, maka akan ada orang yg mengatakan, "Marilah kita sama-sama menyedekahkan al-Fatihah kepada arwah" ataupun membacakan al-Quran disisi mayat. Bagi yang bermazhab Syafie, anda perlu tahu, adakah itu yang diajarkan oleh Imam Syafie?
Mari kita lihat apa pandangan Mazhab Syafie tentang masalah ini:
Menurut Imam An-Nawawi Asy-Syafi’i rahimahullah berkaitan amalan membaca Al-Qur’an untuk dihadiahkan kepada si mati, beliau telah menjelaskan tentang pendapat jumhur ulamak dalam mazhab Syafi’i iaitu kata beliau:
وَأَمَّا قِرَاءَة الْقُرْآن فَالْمَشْهُور مِنْ مَذْهَب الشَّافِعِيّ أَنَّهُ لا يَصِلُ ثَوَابُهَا إِلَى الْمَيِّت وَقَالَ بَعْض أَصْحَابه : يَصِل ثَوَابهَا إِلَى الْمَيِّت
“Dan adapun pembacaan Al-Qur’an, maka yang masyhur dari mazhab Syafi’i bahawa ianya tidak sampai kepada mayat sedangkan sebahagian sahabatnya mengatakan: Pahalanya sampai kepada mayat.” (Syarah An-Nawawi ‘ala Muslim, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah, 1/25)
Firman Allah Ta'ala:
“Si mati tidak boleh dibacakan apa pun berdasarkan keterangan yang mutlak dari ulama mutaqaddimin (terdahulu) bahawa bacaan (yang pahalanya dikirimkan kepada si mati) adalah tidak dapat sampai kepadanya, sebab pahala bacaan itu adalah untuk pembacanya sahaja. Sedangkan hasil amalan tidak dapat dipindahkan dari amil (yang mengamalkan) perbuatan itu berdasarkan firman Allah (yang bermaksud):
“Dan bahawasanya seseorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” (Al-Fatawa Al-Kubra Al-Fiqhiyah, juz 2, halaman 9; dinukil dari buku Membela Sunnah Nabawiyah, Jahabersa, halaman 61).
"Kadangkala kita rasa kita kuat, tapi sebenarnya tidak... Kadangkala kita perlukan sokongan, tetapi adakalanya sokongan membawa rebah. Kadangkala kata-kata yang diungkap menjadikan kita hilang semangat. Jom pulihkan semangat dengan bergantung harap kpdNYA" Ieta Mat Sa'ad
Dengarkan dan bacalah bait-bait syahdu, mencuit hati ini. Moga keinsafan menyelubungi hati nurani kita semua. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin...
"Ustaz ni cakap bila ada jer sesuatu kematian orang2 kita nih selalu jer sebut 'Al-Fatihah' instead of 'Innalillah wa Innailaihirajiuun'. Bila sebut 'Al-fatihah' x dapat apa2 pon, 'Al-Fatihah' hanyalah nama surah didalam Al-Quran. Tetapi kalau kita menyebut 'Innalillah wa Innailaihirajiuun' automatik kita sudah mendoakan si mati." Sumber
thanks sharing. dari mana kita datang, kepadaNya jugak lah kita kembali.
ReplyDeleteSama-sama... :)
DeleteAssalamualaikum kak ieta, terima kasih sharing ilmu ni :)
ReplyDeleteSama-sama kembali :)
Deletewallhu a'lam .. salam pagi Puan Ieta .
ReplyDeletePagi Tuan. Maaf baru perasan mesej ini. Senor dalam rahmat Allah. Aamiin
Delete