30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

Bila ditanya siapakah orang yang pertama mencipta telefon? Pasti ramai yang tahu lantas menjawab Alexander Graham Bell... Jika ditanya orang yang pertama tulis bismillah ??????? Mesti ada yang terkebil-kebil nak menjawabkan?  Jadi, izinkan saya berkongsi ilmu tentang 30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM  ni.

Jom kenali 30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM...

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman 'Alaihis Salam.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail 'Alaihis Salam.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim 'Alaihis Salam.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim 'Alaihis Salam.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam 'Alaihis Salam.

6. Orang yang pertama mengerjakan sa'ie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar.

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq Radhiallahu 'Anhu.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab.

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali Radhiallahu 'Anhu.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah Radhiallahu 'Anhu..

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan : Bilal bin Rabah.

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib.

18. Orang yang pertama membuat mimbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary.

19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei Radhiallahu 'Anhu.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Rasa rugilah, jika saya tidak kongsikan dengan kawan-kawan tentang  30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM ini kerana ini merupakan satu peluang dakwah yang MUDAH untuk kenali agama Islam kita melalui 30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM ini.

Harakah Daily via Blogger Que Achmad

15 comments:

  1. Dalam 30 tu, ada jgk rupanya yg saya x tau lg... Alahai... ceteknya ilmu agama :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tahu. Sebagai rujukan diri sendiri, saya simpandalam ni.

      Delete
  2. Perempuan pertama masuk syurga? - Seorang Isteri yang solehah.

    ReplyDelete
  3. Mungkin dari separuh je yang kita tahu. Terima kasih perkongsiannya.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah , terima kasih atas perkongsian yang amat berguna ini . Semoga Allah membalas jasa baik hambaNya , InShaaAllah . Salam dari Ed . :-)

    ReplyDelete
  5. Ada diantaranya yg saya baru tahu.. t kasih diatas perkongsian ilmu Ieta.. :)

    ReplyDelete
  6. banyak yg saya baru tahu kat sini...terima kasih byk2 yer ...

    ReplyDelete
  7. banyak yg saya baru tahu harini ...terima kasih banyak2 yer...

    ReplyDelete
  8. perkongsian yang sgt bermanfaat.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...