Kekayaan itu bukan milik kita

Motivasi, Tazkirah, #KisahCikguieta, #Blogieta, #ietamatsaad, #DuniaNiagaieta, #kelabbloggerbenashaari, #santaiblogger b, #TextCutie, kaya, sombong, berlagak, takbur, riak, kaya budi bahasa beradab, berakhlak mulia, Kekayaan itu bukan milik kita


Kekayaan itu bukan milik kita. Kekayaan juga bukanlah terletak kepada berapa banyak yang kita miliki. Kekayaan itu adalah kekayaan dihati. Di mana berapa banyak yang kita sebarkan kepada yang memerlukan.

Kekayaan itu bukan milik kita. Kekayaan juga bukanlah sesuatu yang akan dibawa ke mati. Orang kaya tetapi sombong, berlagak, takbur dan riak takkan ke mana... Mati kelak, kain kapan putih sahaja yang akan menutupinya.


Bila kita kaya, jangan kita lupa bantu dan bersedekah kepada insan lain yang amat memerlukannya. Kaya tidak membawa erti apa-apa jika hasil kekayaan adalah hasil dari sumber yang haram seperti berjudi, jual diri, merasuah atau menerima rasuah apatah lagi dari hasil kerahan tenaga tulang empat kerat anak-anak yatim.

#Motivasi, #Tazkirah, #KisahCikguieta, #Blogieta, #ietamatsaad, #DuniaNiagaieta, #kelabbloggerbenashaari, #santaiblogger, #TextCutie, kaya, sombong, berlagak, takbur, riak, kaya budi bahasa beradab, berakhlak mulia, Kekayaan itu bukan milik kita
Sumber : whatsapp group
Jadikan bersedekah amalan kita. Walaupun 5 sen, bersedekahlah.

Kekayaan bukanlah diukur hanya semata pada harta, emas dan wang ringgit yang ada dan juga ramainya anak-anak yang diperolehi. Kekayaan juga dinilai pada akhlak diri yang dijaga. Mulut dan lidah dijaga tutur kata tanpa menyakiti hati dan perasaan insan yang lain. Ini dinamakan, kaya budi bahasa beradab dan berakhlak mulia.


Kekayaan itu bukan milik kita kerana semua yang kita miliki hanyalah sementara dan tidak akan kekal lama. Tidak ada apa yang perlu dibangga... Oleh kerana kekayaan itu bukan milik kita makanya berusahalah agar menjadi insan kaya, berakal, beradab dan berbudi bahasa.

#Motivasi, #Tazkirah, #KisahCikguieta#Blogieta#ietamatsaad, #DuniaNiagaiet#kelabbloggerbenashaari, #santaiblogger

12 comments:

  1. Semuanya datang dari Allah :)

    ReplyDelete
  2. Kekayaan trletak pada berapa banyak kita beri
    Well said

    ReplyDelete
  3. kaya hati kaya jiwa...dan kaya harta juga..insyaALLAH

    ReplyDelete
  4. Semua amalan dan keikhlasan kita diterima.. aminn

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas peringatan ini.
    InsyaAllah mudah-mudahan CikMas dapat amalkan.

    ReplyDelete
  6. setuju dengan ayat kak ieta.

    ReplyDelete
  7. Kekayaan yang hakiki milik Allah

    ReplyDelete
  8. #1310 done follow :) mind to follow back :D

    ReplyDelete
  9. Kekayaan adalah amanah daripada Allah yang mesti diuruskan dengan sebaik-baiknya. Konsep amanah ini menunjukkan bahawa segala kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah adalah merupakan pinjaman semata di dunia ini. Walaubagaimanapun, yang Maha Pemurah dan Maha Luas sifatnya memberikan kebebasan kepada hambanya menggunakan nikmat ini untuk manfaat dunia dengan berpandukan Syariah.

    ReplyDelete
  10. setuju sangat apa yg dikatakan.. ada satu lagi..harta yang kita ada..sebenarnya bukan milik kita..tetapi harta sebenar yg kita ada..adalah harta yang disedekahkan dan diwakafkan

    ReplyDelete
  11. yup.. semuanya pinjaman. bila bila masa DIA boleh tarik balik,,

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...