Jurnal Penulisan 19 : Lupa tutup lampu

Jurnal Penulisan 19 : Lupa tutup lampu.
Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta 01/12/2023 @ 2:20 pm.


Mat motor solat Jumaat, adab, sopan, jumper, bateri kereta tak boleh start, jumper, aksesori kereta, jumper habis bateri, masjid, Puteri Nur Cahaya, Cikgu ieta
Alhamdulillah ada jumper, ada masjid boleh tumpang caj.


Lupa tutup lampu kereta. Dah tak boleh start. Jumper pula habis bateri. Di masjid dengan anak lelaki ke lima (5), caj jumper di perkarangan masjid. Alhamdulillah anak nak solat di masjid ni. Ada tempat nak caj.


"Kenapa Kak?" Ada anak muda depan kereta beta tegur.

"Enjin tak boleh start. Jumper habis bateri pula." Jawab beta.

Datang kawannya tanya,

Jumper ada wayar panjang tak? Boleh tarik dari kereta lain.

Beta jawab

Takde.

Mereka berdua tanpa diminta, tolong tolak kereta betulkan kereta masuk ke dalam parking kereta. Terharu rasa. Ucap terima kasih, melimpah-ruah rezeki dan dipermudahkan semua urusan diorang je la. Baik diorang tolong beta. Mat motor tengok rugged je pakaian tapi solat Jumaat. Alhamdulillah. Ini yang Nabi Muhammad SAW suka. Anak muda yang bersopan dan solat Jumaat. Beta pun rasa hormat.

Cuma, segan la pula, dalam kereta ada kertas basah kesan hujan tak sempat buang. Bocor sikit di bahagian tempat break rasanya tak tahu bila.

Di perkarangan masjid, beta tanya pekerja masjid

Encik, berapa nak bayar kepada masjid tumpang caj jumper ni ya? 

Pekerja masjid cakap,

Tak pe. Tak payah bayar.

Subhanallah. Alhamdulillah. Dalam dunia di bumi Malaysia ni, masih wujud lagi manusia-manusia berhati mulia walau tak kenal siapa kita. Syukur Alhamdulillah.

Jaga adab InShaa Allah dapat jaga aqidah


Nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit keturunan Rasulullah SAW. Kongsi hal aqidah, nyawa, tips hadap makhluk bermasalah mental dan tips kehidupan


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...