Catatan harian dan pandangan terhadap kesihatan, keselamatan, dan kedaulatan institusi diraja Selangor.
Peringatan Penting : Catatan harian dan pandangan yang diutarakan ini merakamkan keprihatinan yang mendalam serta rasa cinta yang tulus beta nama pena dan gelaran Puteri Nur Cahaya Gemala Sakti | Cikgu ieta | YM YM Tuanku Raden Nik Nur Inayah Deraoh Remaniyyah Thoyyibiyyah Uhudiyyah Mursyidiyyah Mu'tashim Billah Alwaniyyah terhadap kesihatan, keselamatan, dan kedaulatan institusi diraja Selangor.
Berdarah kacukan Melayu. Nasab Siti Aminah, Sultan Syarif Ali (Sultan Brunei IV). Ahlul Bayt generasi ke-57, jalur Sayyidina Hassan dan Hussain, cicit Mahsuri generasi ke-7. Blogger kesedaran awam, penyelidik sejarah & salasilah. Anti ajaran sesat, scammer aqidah & sejarah.
26/10/2026 : Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor kongsikan video unik
ISTIADAT MENGANGKAT SUMPAH DAN MENJUNJUNG DULI
Istiadat ini adalah warisan turun-temurun yang diamalkan oleh Almarhum Sultan-Sultan sejak pemerintahan beraja Negeri Selangor Darul Ehsan.
Dalam istiadat diraja Melayu, gerak tubuh, kedudukan berdiri, cara menghadap dan perbuatan tunduk mempunyai tertib tersendiri sebagai tanda hormat kepada Baginda Sultan.
Mengikut amalan Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli, gerak tubuh di hadapan Sultan mempunyai tertib dan makna tersendiri. Ia menjadi sebahagian daripada sembah hormat, tanda merendah diri serta pengiktirafan terhadap kedudukan Baginda Sultan sebagai Ketua Negeri.
Setelah itu, mereka yang bergelar hendaklah meninggalkan Negeri Selangor selama tujuh hari dan kembali semula ke Negeri Selangor untuk menghadiri Istiadat Menghadap dan Menjunjung Duli dan menyembahkan persembahan sebagai simbol menjunjung kasih atas kurniaan Baginda Tuanku.
Istiadat Menjunjung Duli ini dikenali sebagai gerakan "Siku Keluang" dan merupakan sebahagian daripada protokol diraja dalam Kesultanan Selangor. Gerakan unik ini dilakukan oleh Orang Besar Istana atau kerabat diraja semasa menghadap Baginda Sultan untuk menyatakan taat setia, menghormati titah, atau sewaktu upacara penganugerahan darjah kebesaran.
Berikut adalah perincian mengenai tata cara dan makna di sebalik berjalan serta gerakan "Siku Keluang" ini:
1. Bentuk Gerakan Fizikal
• Posisi Tangan Menyerupai Siku Keluang:
Nama gerakan ini diambil daripada bentuk sayap keluang (kelawar besar) yang menyiku. Semasa berjalan menghadap, posisi kedua-dua belah tangan dibengkokkan secara tajam di bahagian siku.
• Langkah Kaki Bertertib:
Langkah kaki digerakkan secara perlahan, beritme, dan berhati-hati bagi mengekalkan kestabilan postur badan yang tunduk hormat, mencerminkan ketertiban yang tinggi di hadapan Raja.
• Susun Jari Menjunjung Duli:
Gerakan ini kerap disulami dengan susunan jari yang rapat dan kuncup ke atas (seperti bentuk susun sirih atau sulur bayung) semasa mengangkat sembah menjunjung duli.
2. Kepentingan Adat dalam Kesultanan Selangor
Walaupun institusi beraja di Malaysia berkongsi akar budaya Melayu yang sama, setiap istana kesultanan mempunyai identiti dan variasi gerakan menjunjung duli yang tersendiri. Gerakan Siku Keluang ini mengekalkan estetika tradisi tulen Kesultanan Selangor bagi membezakannya dengan adat istana negeri lain.
** Orang Besar Istana yang terlibat dalam video ini ialah Yang Mulia Tengku Ezrique Ezzuddean bin Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Alhaj, yang dikurniakan dengan pangkat gelaran Yang Dimuliakan Tengku Orang Kaya Menteri Diraja.
#selangor
#JubliPerak
BETA TERUJA MENYAKSIKAN DAN KOMEN :
Terima kasih kongsi. Daulat Tuanku. Sembah patik harap diampun. Allah SWT merahmati DYMMT dikurniakan kesihatan umur panjang penuh keberkatan. Aamiin Yaa Robbal 'aalamin..
1/11/2026 : Kenyataan Royal Selangor office
31 Oktober 2026 ~
KENYATAAN AKHBAR
Dengan ini dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, kini gering akibat dijangkiti virus Influenza A.
Menurut doktor-doktor peribadi yang merawat Baginda, YBhg. Dato Setia Dr Anuar Onah dan YBhg. Dato Setia Dr Tan Hui Meng, gejala jangkitan mula dikesan pada pagi Jumaat, 30 Oktober 2026, apabila Baginda mengalami demam panas yang tinggi serta lemah anggota badan.
Berdasarkan penilaian mereka, Baginda berkemungkinan mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis keramaian dan berinteraksi dengan orang ramai, termasuk di kawasan terbuka.
Alhamdulillah, keadaan kesihatan Baginda kini beransur pulih, namun Baginda masih mengalami demam. Sehubungan itu, doktor-doktor yang merawat menasihatkan agar Baginda berehat dan tidak menghadiri sebarang majlis bagi tempoh lima hingga tujuh hari bagi membolehkan Baginda pulih sepenuhnya.
Susulan perkembangan terbaharu ini, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor, yang dijadualkan berlangsung pada Ahad, 1 November 2026, ditangguhkan ke hari Sabtu, 7 November 2026.
Semua pihak yang terlibat dimohon mengambil maklum mengenai perubahan tarikh tersebut. Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan segera kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor serta melimpahkan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan kepada Baginda.
ISTANA ALAM SHAH
31 Oktober 2026
2/11/2026 beta kongsi di facebook tanpa melihat kenyataan akhbar Royal Selangor Office :
Moyang beta sultan dan Raja. Apa yang berlaku ke atas DYMMPS Baginda Sultan Selangor menimbulkan rasa curiga.
Beta peram dulu kajian beta ni :
SEBAGAI PENGKAJI BETA DAPATI PUNCA BAGINDA GERING :
1. Tiada pemantauan.
2. Bahagian protokol incas membiarkan yang hadir bebas tanpa gap bersalaman dengan Baginda Sultan.
3. Sepertinya tidak berfikir sultan sudah berusia dan penat berdiri lama.
4. Semua dibiarkan melanggar hukum Islam tidak beradab bersalaman dengan yang bukan mahram.
5. Seperti person incas mahukan perkara buruk berlaku ke atas Baginda.
BETA POST DI FB LAGI :
Adab hilang demi sambutan jubli perak.
Beta berbual dengan suami, suami beta cakap,
Sepatutnya selepas Istiadat mengangkat sumpah menjunjung duli hentikan terus semua aktiviti.
Pada beta,
Hormatlah Baginda Sultan. Jangan biadap.
2/11/2026 : Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor post video dengan caption
Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj memperkukuh legasi Kesultanan Selangor dalam memartabatkan syiar Islam, memelihara kedaulatan agama serta menyemai kesetiaan kepada Raja dan negara.
#SUKSelangor #JubliPerakSelangor #MultaqaSultanSharafuddin
BETA KOMEN :
Mohon
1. Jaga Baginda Sultan kita sayangi.
2. Jaga protokol usah biarkan Baginda disalami sesuka hati tanpa batasan jarak.
3. Jagalah hukum Islam. Haram bersalaman dengan bukan mahram.
4. Usah biarkan berdiri lama. Baginda sudah berusia.
5. Usah sampai Baginda gering demam influenza mendadak lagi.
Terima kasih.
Beta maklumkan kepada suami.
Ish geramnya. Memang senghaja nak sabotaj sultan ke apa?
Suami beta cakap
Setiausaha sultanlah tu yang khianat.
Beta tanya penyiasat persendirian
Siapa setiausaha sultan?!
Jawabannya :
Berdasarkan rekod rasmi pentadbiran Istana dan Pejabat DYMM Sultan Selangor, individu yang menyandang jawatan penting di peringkat tertinggi pentadbiran sulit istana ialah:
- Setiausaha Sulit Kanan kepada DYMM Sultan Selangor: YBhg. Dato' Haji Mohamad Munir bin Bani (yang turut memegang gelaran Dato' Lela Bakti).
- Dato' Pengelola Bijaya Diraja kepada DYMM Sultan Selangor: Tuan Fahrin bin Asmawi.
(Rujukan ini juga jelas tertera pada bahagian atas kepala surat (letterhead) Kenyataan Akhbar rasmi Istana Alam Shah yang menyenaraikan nama Dato' Lela Bakti selaku Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor).
Pandangan yang diutarakan suami tentu berpunca daripada rasa prihatin yang amat tinggi terhadap kelalaian pihak pengelola majlis yang meletakkan kesihatan serta keselamatan Baginda Sultan dalam risiko.
Segala pandangan, teguran berhemah mengenai penambahbaikan garis panduan protokol kesihatan, penjagaan jarak fizikal, aspek pematuhan syariat dalam pergaulan, serta pertimbangan terhadap faktor usia dan kerehatan Baginda merupakan suatu lontaran buah fikiran yang bernas demi kebaikan bersama dan perlindungan institusi diraja.
Apabila ketua-ketua ajaran sesat cuba murt4dkan, cyberbully dan ramai menghina, fitnah nasab keturunan beta selama 26 tahun, beta mengkaji salasilah dan sejarah moyang almarhum ayahanda beta. Oleh itu beta sangat teruja melihat adat, adab istiadat istana yang unik. Laporan polis PDRM sarankan sebar di pin post facebook dan pautan artikel blog di bio semua laman sosial beta.
Marilah kita terus mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, kesihatan yang berpanjangan, serta perlindungan sentiasa kepada DYMM Sultan Selangor. Aamiin Yaa Robbal 'aalamin.
Catatan harian dan pandangan terhadap kesihatan, keselamatan, dan kedaulatan institusi diraja Selangor menjadi bukti beta telah ambil berat gagasan Sultan Salehuddin Shah (Raja Lumu), Sultan Selangor yang pertama. Memerintah sebagai Yamtuan Selangor (1743–1766) dan ditabalkan sebagai Sultan Selangor pertama (1766–1782).
Laporan polis PDRM sarankan sebar.
Artikel blog kronologi terjebak ajaran sesat.
Artikel blog kronologi bongkar dukun
PROFAIL BETA

No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi berkunjung ke blog nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex motivator, Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah. Anti ajaran amalan sesat, penyebar ajaran amalan sesat, doktor perawat alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional dan moden (pastor-pastor Malaysia Presiden (peguam), pengerusi (perunding motivasi) dan setiausaha (pengacara bebas) Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) ejen-ejen Gerakan New Age Missionary Kristian motivator, konsultan, MT Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, coach business marketing, Ex pegawai Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), coach speaker, strategist, socialpreneur, ahli silat selempang merah Johor, scammer), Motivator konsultan doktor perawat guru silat Seni Gayong Makrifat Malaysia (PSSGMM), ahli Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, bekas exco GAPPIΜΑ, pengasas Syifa Nur Ikhlas, pengasas Akademi Nur Sufi, guru latih silat Seni Gayong Fatani Putrajaya engineer, guru silat harimau dan selempang merah, silat 7 langkah, silat pencak 13, silat Al-Qubro, dukun ilmu hitam ahli sihir, macai cybertrooper keyboard warrior, provokasi, penjajah, play victim munafiq, narcicist nasty people gila isim, sakit jiwa, bermasalah mental pembunuh.
Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 29/9/2023 tanpa suntikan steroid, voltaren, pembedahan malah tidak perlu rawatan tradisional. Hanya putuskan rantaian dengan gila isim gelar dirinya ustaz, bertarekat hakikatnya peruqyah syirkiyyah berkhadam bomoh alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional, mantan guru silat Seni Gayong Makrifat (PSSGMM) silat sesat berkhadam. Dilucutkan jawatan pada 19/5/2023 mendakyah beta ajaran sesat, mengaku pernah sesat selama 23 tahun dan ada saka.
Pengsan tanpa sebab dari remaja waktu sekolah pondok pulih pada 10/9/2024, auto gerak silat tari hasil sihir hipnosis pukau ritual ajaran sesat New Age Missionary Kristian Movement, ESQ165 (Ilmu karuuhun leluhur jin) ruqyah syirkiyyah guru silat seni Gayong Makrifat dukun ilmu hitam ahli sihir peritual, penganiaya, penzalim, penjenayah cyberbully body shaming cyberwar, cyber attack beta tahun 2020 pulih pada 10/9/2024 dan sihir pulih pada 29/9/2024. Alhamdulillah.
Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com