13 October 2009

2 Syair Umar Ibnu Abdul Aziz Rahmatul'alaihi

Jadikan dirimu seperti pohon yang rendang
dimana insan yang lain dapat berteduh
Jangan seperti pokok kering tempat sang
pungguk melepaskan rindu dan hanya
layak dibuat kayu api...

Manusia berpuas hati dengan benda-benda
yang tidak lama lagi akan fana
dan menaruh angan-angan yang panjang
dan harapan-harapan dari dunia.

Wahai sibodoh!
Tidak patut diperdaya dengan kelazatan mimpi.
Siang kamu dihabiskan dalam kelalaian dan
malam kamu dalam tidur dan
maut sedang menanti kamu.

Hari ini kamu sedang membuat kerja-kerja
yang akan menjadikan kamu menyesal dan risau.
Di dunia ini binatang-binatang berkaki empatlah
yang habiskan masa seperti kamu habiskan masamu.

Dikatakan selepas peristiwa ini belum cukup satu minggu Hazrat Umar Ibnu Abdul Aziz Rahmatul'alaihi wafat

Jika kamu wahai yang lalai,
dengar bunyi jam dengan penuh perhatian.
benar-benar ia berkata, 'berkurangan, berkurangan'
masamu dari tempoh kehidupan.

Ulama menyatakan bahawa cahaya hati lahir dari 4 perkara:
1. menahan kelaparan
2. bergaul dengan orang-orang soleh
3. mengingati dosa-dosa yang pernah dilakukan (serta risau)
4. memendekkan angan-angan

Kekerasan hati disebabkan 4 perkara
1. makan hingga kenyang
2. pergaulan buruk
3. tidak mengingati dosa yang telah dilakukan
4. memanjangkan angan-angan

Semoga menjadi ikhtibar, amal & sampaikan.

09 October 2009

Kisah kasih sayang

Aku dapat email kisah ini, ku baca, meleleh2 airmataku membacanya... Inilah erti & nilai kasih sayang yg sbnrnya... Teringat kat adik aku yg x tau ntah k mn... Sedihnya....

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.

Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut.. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

08 October 2009

ANAK-ANAKKU



Anakku yg ke 3, Nur Fatihah sms baru lahir

Nur Adilah yg comel


Nur Adilah masa baru lahir

Nur Adilah setahun


Mohammed Akmal baru lahir





YANG COMEL...

CUTENYE....

ANK NO. 2, MOHAMMED AKMAL

NUR ADILAH YANG COMEL


INILAH ADIKKU YANG BONGSU DENGAN ANAK SULUNGKU NUR ADILAH


NI PLAK ADILAH NGAN MOHAMMED AKMAL, ANAKKU YG KEDUA MS DIA BARU LAHIR

NI MOHAMMED AKMAL BARU BBRP HARI LAH

07 October 2009

X tau ar, nape suka sgt2 dgn lirik lagu ni.

Ujian adlh tarbiyyah dari allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesusahan yg dtg x akan berpanjangan
Itu semua adalah rahmat dari tuhan

x mengapa x mendapat pujian dari manusia,x mengapa manusia x nmpk sgl yg kita buat krn allah lbih mengetahui isi hati hambanya. Biarlah hina pd pdgn manusia tp mulia di sisi Allah. Biarlah kecil tp berkat rezki yg d dpt

06 October 2009

Implikasi “Maksiat Sebelum Berkahwin” di Alam Perkahwinan

Setiap kali di dalam kuliah tafsir Al-Quran Dr Danial Zainal Abidin, terdapat satu sessi yang dikhaskan untuk bersoal-jawab. Di dalam sessi tersebut para hadirin akan mengajukan soalan-soalan tertentu. Ada yang berkaitan dengan kuliah tafsir, ada yang di luar skop pengajaran pada hari itu. Ada soalan diajukan secara lisan, ada soalan dimasukkan ke dalam ‘kotak soalan’ untuk merahsiakan identiti si penanya.

Suatu hari beliau menerima soalan seperti berikut,


“Saya telah mengenali pasangan saya hampir 2 tahun. Kami selalu berjumpa dan bersama ke mana sahaja. Dia seorang gadis yang baik, ilmu agamanya juga ada. Saya memang ada rancangan mahu mengahwininya, namun orang tua saya tidak merestui dengan alasan jauh. Teman saya selalu menyuruh saya agar kami memperapatkan perkahwinan dan tidak terus dengan maksiat yang tidak ada kesudahan. Saya amat kasihankan teman saya.. Adakah berdosa saya berkahwin tanpa restu orang tua, hanya kerana niat mengelakkan maksiat.”

Ketika memberi pandangan kepada persoalan di atas, beliau telah secara umumnya menyuruh menginggalkan maksiat seberapa segera sebelum berkahwin. Menurutnya, maksiat sebelum berkahwin menghilangkan keberkatan, mendatangkan pengaruh selepas berkahwin, menghilangkan rasa hormat atau integeriti kepada pasangan selepas berkahwin.

Beliau memberi contoh apabila si suami ingin bertegas atau menegur si isteri dalam hal-hal terntentu lalu mendapat respon negatif daripada isteri dengan ejekkan tentang hal-hal sebelum berkahwin. Akhirnya rumatangga tersebut tidak akan mengalami perubahan ke arah kebaikkan.

Saya bersependapat, setiap perlakuan maksiat sepatutnya dihentikan sebelum berkahwin, diiringi dengan taubat. Perkahwinan pula dilakukan sekiranya takut perlakuan maksiat itu berulang dan bukannya berfikir, “tak mengapa kita lakukan ini, nanti kita akan kahwin jugak..” Ditakuti perkahwinan tidak menjadi, namun telah jauh terbabas sehingga tiada jalan kembali..

Menyentuh tentang “ilmu agamanya” yang ada di dalam diri pasangan si penyoal, Dr Danial berpendapat bahawa seseorang yang mempunyai asas agama tidak semestinya memahami apa yang mereka tahu. Sekiranya seseorang itu memahami dan menghayati apa yang mereka tahu, sudah tentu mereka akan menjauhi maksiat.

Ketika mendengar Dr Danial menjelaskan tentang hal ini, teringat saya kepada sebuah hadith Rasulullah s.a.w, “tidaklah seorang itu bernama alim (berilmu) sebelum berbuat menurut ilmunya”.Hadith ini telah direkodkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi daripada Abi Darda’.

Berhubung dengan restu ibu bapa, Dr Danial berkata Islam amat mementingkan restu ibu bapa di dalam sesuatu perkahwinan. Namun menurut beliau terdapat mazhab yang membenarkan perkahwinan tanpa restu ibu bapa dengan tujuan mengelakkan maksiat, asalkan mereka telah mencukupi umur tertentu. Bagaimanapun, beliau menyuruh agar kedua-dua berjumpa juga dengan ibu bapa untuk meminta maaf dan restu walaupun sudah tahu akan dimarahi.
Ada 1mlm tu,30-04-2009 aku tgk citer omputeh. Tak ingt plak tajuk ape. Tp kesimpulannya leh lah disimpul ikatkan mati cenggini...
1.Ubah penampilan jgn ubah sikap asal walau d mn berada, walau apa jua kerja.
2.Jgn biarkan bos tertunggu2 krj anda.
3.Keluarga lbih pnting dr krjy walau ia akan menaikkan kita. Jd, utmkn kluarga.
4. Bl sush ht@ sukar nk wat kptsn, brjln2lh utk cari jwn, balik rmh, tgk gmbr2 kluarga.
5.Jgn mmprsndakan org lain,nnti trbalik pd diri sndiri.
6.Tnjukkan klbihan diri sndiri, bleh brdikari tnp hrp bntuan org.
7.Bos menilai setiap apa yg pkrjanya buat dlm dia.
8.Sikap bos, mmg x kan puji stafnya.
9.Nk jd bos, jiwa kn tough.
9.Jadilah org yg positif n professional dlm krj.

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....