Hari ni daku nak cerita tentang aktiviti daku seperti berikut :
Aktiviti Hari Ini :
10.30-11.30 pagi : Belajar subjek Sains Kuantitatif Asas dengan Mr. Ven di Ilmu Studio utk exam pada 26haribulan ni.
1.00 petang : Pergi kenduri kawan sekolah rendah, Shahrul Hazwan bin Bakar di Ampang. Kemudian lepak sekejap di rumah abah.
5.30 petang : Balik, belek-belek baby lagi than kemaskini fail subjek Teknologi Pengajaran dan Pengukuran untuk exam 31hb ni.
8.00 malam : Panaskan ap-apa yg patut, makan.
8.45 hingga 10.15 malam : Sambung tanda kertas Ujian Prestasi 1, Bahasa Arab darjah 3.
AHAD 23/3/2013
Rehat dari segala kertas dan hal-hal lain kecuali urusan rumahtangga dan membelek-belek baby ke 5 ku yang baru 2 bulan 10 hari.
ISNIN 25/3/2013
8.00 pagi : Bersiap sedia ke kedai membeli makanan untuk diri sendiri, encik suami & anak sulung(beli ja...). Sementara encik suami menghantar anak-anak ke rumah pengasuh.
9.00 pagi : Dalam dewan PSZ, UTM, menjawab soalan peperiksaan subjek Pengukuran dan Penilaian Dalam Bilik Darjah (eh, iya ke subjek tu tajuk macam tu?) haha... tadi ingat, dah balik lupa nama penuh subjek. Memang daku kini kuat pelupa...
10.30 pagi : Bergegas ke sekolah untuk belajar subjek Sains Kuantitatif Asas (periksa esok) dengan Mr. Ven. Ada seorang rakan sudah sedia ada belajar.
11.30 pagi : Sambung tanda kertas Ujian Prestasi 1, Bahasa Arab darjah 3. 2 kelas sahaja hari ni nak siapkan.
Sekarang 2.25 petang, baru siapkan entri untuk hari ini. Hehe...
Sorry, takde gambar.
Baca je le ya? (Ada ke orang nak baca entri ni?)
^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^
Nota : Sehingga selesai peperiksaan pada 31/3/203 dan sehingga selesai tanda kertas-kertas Ujian murid-murid, maaf tidak sempat berblogwalking sepenuhnya.
Jangan tension-tension. Hidup biar ceria, barulah produktif! :)
ReplyDeleteTak tension. Sentiasa ceria ^__^ ni sambil tanda kertas & tersenyum... hehe
Deletewah mmg buzy tu...apa2 pun semoga semuanya lancar dan dipermudahkan urusan...
ReplyDeleteTak mengeluh, cuma nak buat entri apa tak tau, tu yg wat entri ttg aktiviti harian tu. hehe... Mudah2an semuanya dipermudahkan ^__^
Delete