TALIBESEN

As salam,

Nak berkongsi cerita masa kecil-kecil dahulu. Bagi saya ianya amat lucu tapi tak tahulah bagi pembaca.

Masa kecil dahulu, pernah abah tinggalkan saya seketika duduk dengan arwah emaknya. Seperti biasa jika di rumah, ada hiburan untuk diri saya. Juga ramai rakan-rakan sebaya bermain bersama-sama.

Satu petang, entah apa kena entah dengan saya... bosan dah menjelma agaknya... Menghentak-hentak kaki saya nak tengok tv. Masa tu di kampung, mana ada kisah sangat dengan tv.

"Nak talibesen... Nak talibesen..." menangis-nangis saya semahu-mahunya sambil menghentak-hentakkan kaki.

Tiba-tiba, saya lihat arwah nenek saya ambil tali dan sebuah besen (gambar dari google je...)

   

Saya terdiam seketika dan hanya melihat kelakuan arwah nenek. Diamlah sekejap. Saya lihat arwah nenek menebuk besen dan menyimpulkan tali ke lubang di besen tu. 

Akhirnya "Nah, talibesen!!!".  Sambil menggantung TALIBESEN tu di tengah-tengah ruang tamu.

Hahaha.... Memang arwah nenekku Tok Teh terbaik...! (Al-Fatihah untuk beliau) 

Bila dah beranak pinak ni, sesekali teringatkan kisah ni, pasti saya tergelak.

Lucu ke? Maafla tak pandai nak bercerita... huhu

10 comments:

  1. haha lucu2.. nenek akak mmg terrrbaiikk... kreatif.. cne leh sebut tali-besen tu ? hihi mmg dpt tali+besen laa jwbnye hihi

    ReplyDelete
  2. hahaha..lucu la kakak..abah yaya pun selalu ckp mcm tu..

    ReplyDelete
  3. itulah gedik sgt..
    kn da dpt talibesen yg sbnr..
    ahaha

    ReplyDelete
  4. tali besen sebenar. nasib baik tak kena serkup dengan besen....he he

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Saya tak dpt tangkap mulanya..television n talibesen rupanya,hahahah

    Kenangan masa kecik kan kak.. mana mungkin boleh lupa.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA.

  BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA . (Kongsi di facebook pada 30/3/2021 . Kemaskini ke blog 21/1...