PENGALAMAN SUAMI MASUK HOSPITAL

As salam. Rupa-rupanya sudah 2 hari saya tidak update blog. Pengalaman menjaga 5 orang anak termasuk baby yang baru 8 bulan ketika ketiadaan suami tercinta amat berharga buat saya.

Sabtu lalu, suami saya masuk hospital Kuala Lumpur di sebelah petang kerana mengalami sakit dada yang teruk. Klinik berhampiran rumah terus meminta beliau ke Hospital Kuala Lumpur. Saya yang ketika itu sedang menyusukan anak ke 5 terkedu dan air mata berlinangan. Lantaran itu, terbitlah SAJAK (sila klik) ini. Tak terluah bagaimana perasaan ketika itu dan cuba memendam rasa pilu yang amat sangat.

PENGALAMAN SUAMI MASUK HOSPITAL, toilet, minor sakit jantung, Mantiq, sakit muscle (otot) di dada, baby, Abah


Port paling sesuai untuk saya melelehkan air mata ialah toilet. Pada ketika dan saat suami berada di hospital, doa sentiasa di dalam hati agar suami saya tidak terkena penyakit minor sakit jantung seperti yang doktor di klinik swasta khabarkan. Presentation kuliah subjek Mantiq pun tidak dapat saya hadiri. Alhamdulillah pensyarah amat memahami. Ujian sepatutnya telah di e-melkan kepada saya. Terima kasih cikgu Ali.

Petang Sabtu, hati meruntun-runtun ingin ke hospital melihat suami tetapi... bayangkanlahkan... bagaimana nak drive dengan anak-anak yang masih kecil dan baby yang berusia 8 bulan? Alhamdulillah juga kakak ipar yang amat saya hormati dan kasihi datang mengambil beg untuk suami saya di hospital. Sebelum maghrib, kakak ipar saya datang ke rumah memberitahu perkhabaran suami saya bukan menghidap minor sakit jantung seperti yang doktor di klinik swasta khabarkan. Sebaliknya hanya sakit muscle (otot) di dada yang terhimpit menyebabkan dadanya menjadi sakit bersangatan. Lega sedikit hati saya mendengarnya. Terima kasih kakak iparku sayang...

Malam, Alhamdulillah anak-anak tidak meragam. Mereka tidur seperti biasa walaupun anak ke 3 yang sememangnya amat manja dengan ayahnya merengek bertanya "Ibu... Bila ayah nak balik...?" Sedih hati ni. Tapi tabah... Walhalnya, sebelum tu dah laju je air mata menangis... Saya memang penyedih dan mudah mengeluarkan air mata.... Hehe... Sejak anak dah 5 ni, inilah pertama kali suami berjauhan... Sebab tu sedih giler...

Ahad 22/9/2013 perkhabaran gembira, suami boleh pulang setelah doktor pakar membuat pengesahan suami bukan menghidapi penyakit minor sakit jantung. Abah saya yang memang sudah bersedia untuk membantu saya memegang baby comel saya sewaktu saya drive datang ke rumah. Terima kasih abah.

Jam 3 petang, dengan gembiranya kami berhimpun semula... Alhamdulillah... Sesungguhnya, segala yang berlaku, pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. PENGALAMAN SUAMI MASUK HOSPITAL ni membuktikan Allah itu maha Perancang kerana ketika kejadian, bukanlah hari bekerja. Tidak... susahkan nak ulang alik hantar dan ambil anak-anak ke rumah pengasuh... dan mereka pun memang tidak mahu ke rumah pengasuh jika hari cuti. Alhamdulillah segalanya telah selesai dengan mudahnya.

Terima kasih semua yang prihatin :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL  ( Sambungan daripada artikel INI . Kongsi pada 29/12/2023, kemaskini  22/11/20...