Sebabnya :
1. Jika blog dihias dengan cantik melalui try and error mendekorasi sendiri ataupun menggunakan kepakaran blogger yang pakar dengan hal ehwal coding seperti blogger HASRUL HASSAN ataupun blogger MIALIANA yang bijak mendekorasikan blog mereka, pasti pengunjung pun suka dan tidak jemu berkunjung ke blog anda. Zaman sekarang, bukan ada yang percuma kan? Jadi, apa salahnya jika laburkan sedikit wang untuk ubahsuai blog sekaligus servis blog anda. Jadi, jangan takut laburkan wang untuk jana wang jangka panjang.
2. Jangan takut laburkan wang untuk jana wang jangka panjang kerana blog yang penuh informasi bermanfaat walaupun hanya dengan beberapa baris ayat pasti menarik ribuan pengunjung untuk terus berkunjung ke blognya jika blogger bijak menggunakan wang untuk menjana wang jangka panjang. Contohnya, beli E-book berkaitan blogging. Saya belum mencubanya lagi. Tetapi dari pelbagai blog yang saya sempat berkunjung, pembelian E-book itu, amat berbaloi jika ilmu yang ada di dalamnya dipraktikkan secara berterusan diikuti dengan kesabaran. Bukan sehari dua entri blog akan meletop
3. Jangan takut laburkan wang untuk jana wang jangka panjang. Untuk blog ber PR (Page Ranking) kelas 1 dan 2, baik beli domain sendiri. Ada hosting sendiri lagi bagus. Hasil kajian saya mendapati, blogger-blogger yang ber 'page rank' tinggi memiliki domain malahan ada yang berhosting sendiri. Boleh lihat contoh blogger DENAIHATI dan blogger BEN ASHAARI yang menjadikan BLOGGER SEBAGAI KERJAYA
Blog naif ni>> www.ieta-myblog.blogspot.com domain dan hostingnya percuma sahaja. Malahan biasa-biasa sahaja entrinya. Tanpa gossip dan cerita-cerita panas. Sesekali, menyelitkan entri berkaitan agama yang dicedok dan berbacklink kepada sumber tertentu atau dari pembacaan dan pembelajaran yang didapati. Sebab itu tidak ramai yang komen dalam sesebuah entri yang diterbitkan. Lagipun, ramai silent reader. 1 hari ada dlm 300 sahaja Page Viewers (PV)... Kadangkala, menjunam ke seratus lebih ataupun puluhan juga PV tu. Tak hebat mana pun... Itu perkara biasa dan lumrah dalam berblogging. Tetapi, tidak mustahil entri yang biasa-biasa 1 hari nanti bakal menjadi entri yang luar biasa jika bijak mengatur strategi dan yang pasti, jangan takut laburkan wang untuk jana wang jangka panjang. (Sedang mengatur langkah memperbaiki blog ieta)
Ihsan google = senyum walaupun apa yang berlaku dalam kehidupan anda |
good luck...
ReplyDeleteTerima kasih Eyriqazz... Maaf baru belek entri2 lama...
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteTeruskan ya ^__^
Delete