Ramai yang "Keliru status halal Produk Pepero dan Cadburry". Meh sini nak terangkan sikit.... Bukan nak bikin lagi kalut dan menambah rencah spekulasi ya... Cuma nak terangkan sahaja. Jadi, sila berlapang dada membacanya. Maaf jika bahasa saya agak kurang selesa dibaca kerana saya taip dengan lajunya ni... :D
Keliru Status Halal Produk Pepero dan Cadburry? Mudah sahaja... Cari maklumat sendiri, berbincang dengan rakan-rakan yang arif tentang hal halal haram dan buatlah kesimpulan sendiri. Tepuk dada, tanya iman dan keperluan sendiri. Tak perlu status bagai di media-media sosial yang ada yang menambahkan gelak orang-orang bukan Islam terhadap kita yang Islam ni dan tak perlu nak mempolitikkan isu sebegini.
Berikut adalah Penafian : Kekeliruan Status Halal Produk Pepero Korea yang saya cari melalui telefon bimbit saya semalam. O ya, dalam hal ini, Kita perlu menerang... bukan menyerang... masyarakat ramai yang Keliru Status Halal Produk Pepero dan Cadburry ni... Apa salahnya kita menerang dengan cara yang berhikmah... kan...?
Keliru Status Halal Produk Pepero Korea yang saya terbaca semasa mencari maklumat tentang cadburry melalui portal halal, ternyata membuatkan saya tertanya-tanya. Apa itu Pepero?
|
Nilah Pepero yang masih dalam kotak bungkusannya lagi. |
Kemudian saya cari lagi. Akhirnya saya jumpa Lotte Pepero Tiada Status Sah Halal (Klik sini untuk ke entri blog sifu Hasrul Hassan . Terletak di 1st page google entri beliau ni. Anda boleh besarkan gambar di bawah dan baca ya ^--^
|
Persoalan dari blogger Hisyamudin Fadzil kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Hah, sape-sape yang keliru apa pun, boleh bertanya terus ke JAKIM juga ya. |
|
Ini pula bagaimana nak tahu halal atau syubhah dan haramnya produk dari Korea. Bagus ni. Panduan buat kita. |
Berikut adalah sebahagian perkongsian dari Ustaz Mohammad Asraff Ayob yang saya dapat dari whatsapp group berkaitan Cadburry.
"USTAZ..... KALAU MACAM TU COKLAT KEDBERI BOLEH MAKAN KE?"
"Ramai pm sy bertanya status 2 coklat kedberi yg tercemar tu. Mereka kata Jakim cakap ok. Kementerian kata tak sengaja tercemar. So boleh makan ke?"
"Sy jawab : badan kita ni, kita yg bertanggungjawab halal haramnya. Nanti yg kena bakar neraka bukan badan org yg keluar fatwa tapi kita yg kena sebab Nabi dah bagi lama bagi tips untuk isu begini...."
Ha.... Ni 'fatwa' Nabi :
“Sesungguhnya yang Halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barangsiapa menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, berarti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa terjerumus dalam wilayah samar-samar maka ia telah terjerumus kedalam wilayah yang haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang maka hampir-hampir dia terjerumus kedalamnya...." Riwayat Bukhari.
Pesanan saya dalam kita dok Keliru Status Halal Produk Pepero dan Cadburry atau apa-apa sahaja produk atas dunia ni... Kini, dunia di hujung jari... Boleh google apa sahaja untuk dicari. Boleh bertanya pada yang arif jika tak pasti. Tidak perlu maki hamun sana sini. Jatuh maruah kita pada yang membacanya nanti. Jadi, usahlah Keliru Status Halal Produk Pepero dan Cadburry lagi ya... ^__^
Psss...
Tahukah anda?
Majlis Fatwa ada keluarkan fatwa harus bagi menggunakan insulin dari sumber babi pada tahun 1983. Selanjutnya boleh baca di dalam kenyataan Majlis Fatwa tentang Penyuntikan-highly purified insulin daripada babi
Ena sebenarnya masih was was status pepero. Kalau cadbury tu dah disahkan halal, tapi masih was was nak makan. Tindakkan ena untuk diri ena, ena jauhkan diri dari makan semua tu. rasa tak yakin
ReplyDeleteKalau ada rasa was-was tinggalkan. Jangan spekulasi isu kerana syarikat Cadburry bukanlah kecil-kecil anak. Kalau saman mahu tak ingat kerana reputasi mereka tercabar.
ReplyDeletebaik jgn mkn klu keliru..huhu
ReplyDeleteBetul tu kak.. Saja je nk heboh je kan.. Buat malu org Islam je...
ReplyDeleteSy xmkn pun pepero nih
ReplyDeletenasib baik coklat2 ni saya xminat sangat .. adik yg suka gila makan... tapi klu was2, xyah makan senang cerita :)
ReplyDelete