Pentingnya menabung...

PENTINGNYA MENABUNG

Masih ingat tak lagi kali pertama anda bekerja berapakah gaji atau elaun yang anda terima?  Oleh kerana dulu-dulu tak mewah. Maka menabung tu wajib jadi rutin harian saya ni.

Kali pertama gaji saya dulu, RM350.00 sahaja iaitu dari mengajar PASTI pada waktu pagi dan petang, saya mengajar SRA JAIS dengan RM500.00 elaunnya. Tapi, dengan gaji sebanyak tu, saya masih boleh beri abah dan allahyarhamah emak saya duit setiap bulan, tolong beli barang-barang dapur sikit-sikit. 

Yang paling best, siap support sekolah adik-adik saya lagi.   Masa tu guna fon motorola lama yang kalau baling kat anjing, anjing pun pasti mati. Ekeke πŸ˜…

Masa tu, saya memang susah. Tinggal dengan abah dan allahyarhamah emak. Menetap di rumah sewa sekejap je. Lepastubalik tinggal dengan keluarga semula. Masa tu, mana mampu nak beli smarrtphone. Ingat lagi, nak buat kol sebelum ada telefon di rumah dan sebelum saya guna Motorola tu, pergi rumah jiran sebelah.

Susah whoa. Takde alat komunikasi. Nak tau, memang saya kuat menabung masa tu. Saya pergi balik kerja, naik turun bas je. Pergi kerja siap bawa bekal hari-hari. Jimat giler.

Pentingnya menabung.

Sebab bila sesak-sesak, saya jarang minta duit dari abah dan arwah emak saya. Saya mesti korek tabungπŸ˜†. Masa tu, saya bujang lagi. 

Lepas habis study di Kolej Cosmopoint (sekarang KLMU) baru saya belajar kereta di driving school Imkeda. Tiba-tiba, cikgu memandu cakap


Lepas awak habis belajar ni, awak kawen dengan saya. 

Terus saya lari. Takut. Lebur gitu je duit memandu. Mana berani cerita kat sesape pun. Hatta kat abah dan allahyarhamah emak saya. Lurus bendul orang kata. Eh, lari topik lak. Sori. 😁

Masa saya mengajar di sekolah swasta.  Saya ingin menyambung pelajaran saya. Allahyarhamah emak cakap

Long, hang nak sambung belajag, pak hang cakap cari duit sendiri. Pak hang dah tak larat dah.

Sedih. Ya lah kan. Adik-adik 5 orang lagi nak belajar. Nak sambung belajar di Kolej Cosmopoint, Diploma Komputer dan Pengurusan tu bukannya murah beb. RM6,500.00.

Tu tak termasuk lagi kos turun naik bas, makan minum, paper dan disket untuk assignment. Maka, turun naiklah saya sendirian jumpa Ketua Kampung untuk minta tanda tangan bagi mendapatkan bantuan Am Pelajaran dari Baitulmal dan buat muka tebal merayu pada pemilik Kolej, mohon penangguhan pembayaran yuran sehingga dapat bantuan dari Baitulmal.

Terus terang saya beritahu beliau, saya orang susah. Ahamdulillah beliau izinkan. Alhamdulillah juga, saya diterima bekerja di kolej sebagai librarian. Dapatlah saya menampung sedikit kos makan minum sepanjang kelas yang tak tentu masanya untuk student full time seperti saya buat masa tu.

PENGALAMAN, Pengalaman Blogger, Pengalaman hidup, kisah belajar, KISAH GURU, Kisah blogger, KISAH TAULADAN, Pentingnya menabung, Tabung, menabung, 50 sen, lebih baik korek tabung dari meminjam-minjam, amalkan menabung, Kolej Cosmopoint, KLMU, Menabung tu wajib, korek tabung, kuat menabung, mengajar, sekolah swasta, baitulmal, Untuk menampung kehidupan, Avon, Zhulian, Alhamdulillah... bisnes membekal tepung magik, tepung cheezy cheese sauce, mashed potatoe with gravvy sauce, bisnes makin maju , cari pelanggan, syarikat swasta, Jurutera Perunding milik bumiputra,
Ini kelas saya tempat saya mengajar satu ketika dulu. Dalam kelas selalu jumpa duit. Kesian murid yang tercicir duit tu. Tidak boleh menabung kan?

Untuk menampung kehidupan, sambil-sambil tu kan, saya buat bisnes MLM A to Z (Avon to Zhulian. hehe.). Pahit getir dalam bidang MLM selama lebih kurang 18 tahun buat saya tekad untuk buat bisnes sendiri sehingga kini. Duit gaji saya korbankan pada peringkat permulaan buat modal bisnes. Alhamdulillah. Bisnes membekal tepung magik, tepung cheezy cheese sauce, mashed potatoe with gravvy sauce dan lain-lain lagi makin maju. ☺

PENGALAMAN, Pengalaman Blogger, Pengalaman hidup, kisah belajar, KISAH GURU, Kisah blogger, KISAH TAULADAN, Pentingnya menabung, Tabung, menabung, 50 sen, lebih baik korek tabung dari meminjam-minjam, amalkan menabung, Kolej Cosmopoint, KLMU, Menabung tu wajib, korek tabung, kuat menabung, mengajar, sekolah swasta, baitulmal, Untuk menampung kehidupan, Avon, Zhulian, Alhamdulillah... bisnes membekal tepung magik, tepung cheezy cheese sauce, mashed potatoe with gravvy sauce, bisnes makin maju , cari pelanggan, syarikat swasta, Jurutera Perunding milik bumiputra,
Pentingnya Menabung... Dapat juga buat rolling bisnes part time... ^__^

Sebelum meneruskan kisah tentang pentingnya menabung, izinkan saya bercerita perjalanan pekerjaan saya sebelum berkahwin.

Dulu, saya hanya bekerja sebagai guru sahaja. Pernah juga menjawat jawatan sebagai Penolong guru besar. Diikuti sebagai Kerani kemasukan data di sebuah syarikat yang ada link dengan MPPJ. Namun, sesudah berkahwin, saya beranikan diri bekerja di syarikat-syarikat swasta secara kontrak. Mulanya saya diterima bekerja di sebuah syarikat peguam sebagai receptionist di sebuah syarikat peguam terkenal di Kuala Lumpur.

Kemudian, saya diterima pula bekerja sebagai kerani bahagian perumahan di sebuah syarikat peguam berbangsa Cina. Masa tu cara kerja saya memang teruk. Kualiti out terus. Sebab kontrak, tak pe lah kan. Agak tak suka dengan management berhenti. Agak menyampah je berhenti. Nak cari pengalaman je sebenarnya. Lagipun nak dapat kerja mudah sungguh masa tu.

Tak lama tu, saya diterima bekerja di syarikat swasta, Jurutera Perunding milik bumiputra. Kerana mempertikaikan caruman KWSP saya yang tak dicarum dengan betul, setiausaha syarikat yang bermulut laser terus menengking saya hingga membuatkan saya fed up dan saya berhenti bekerja di situ. Saya terus ke Jabatan buruh dan buat aduan. Saya pantang orang tipu saya hokay. Alhamdulillah saya menang. Yeayyy. 😁

Kemudian masa anak saya baru seorang, saya diterima bekerja pula sebagai kerani di sebuah Tadika swasta. Oleh kerana pemilik Tadika waktu itu beri saya lima kerja dalam satu masa, saya tak menang tangan jadinya. Satu hari tu, Pemilik Tadika tu hempaskan semua failnya ke lantai sebab satu kerja pun tak siap. 🀣

Dahlah tu, ada ke patut dia suruh saya tampal berita yang melibatkan seks di hadapan meja komputer saya? Memang pelik minah tu. Satu lagi yang pelik, dia ambil terus saya sebagai pekerjanya tapi masih meneruskan sesi interview kepada ramai lagi calon yang ada. Yang pelik lagi, dia boleh cakap kepada kawan dia Datin apa entah.

Dia ni P.A I.

Walhalnya, masa mula-mula dia maklumkan saya ni kerani. Pelikkan? Dah tu, saya pun berhenti tanpa ambil gaji saya. Dalam surat saya kepada beliau, saya minta beliau sedekah je duit gaji saya tu kepada anak-anak yatim sebab saya meluat dengan sikapnya tu. Terukkan saya? haha. Tapi saya puas hati sebab dapat keluar dari tekanan.

Satu hari, kawan baik saya datang rumah dan merayu kepada saya agar bekerja dengannya sebagai Pembantu Tadbir di syarikat Ikhwan Electrical Engineering sambil buat bisnes Raja Prepaid. Saya juga P.A dan Consultant syarikatnya. Saya terima dengan berat hati.

Gaji hanyalah bergantung pada komisyen. Takde gaji tetap. Surat tawaran pun takde. Macam kuli batak dibuatnya saya. Tak sihat pun disuruh bekerja. Jika keluar makan, berjumpa client mesti tempat yang mewah belaka. Tak mainlah kedai tepi jalan. Macam lembu dicucuk hidung pun ada.

Apa diarah, saya turuti tanpa membantah. Adakalanya, makan sepinggan dan digaul dahulu sebelum makan. Bekas pekerjanya kata,

ko ni dah kena mandrem ni. 

Aik takkan orang berfurdah, berjubah dan cakap hal agama bagai nak rak nak mandrem orang kowt. kata saya dalam hati. Masih terus bekerja, Satu hari saya dan suami kesempitan wang. Suami minta saya dapatkan gaji saya termasuk claim-claim kerja yang tertunggak lama tak dibayar. Beliau menengking saya,

Suami tak bagi duit ke??

Bermula dari situ, saya sentiasa solat hajat dan mohon dari Allah agar saya diberi kekuatan untuk berhenti. Nak dijadikan cerita, satu hari saya dapat idea berhenti disebabkan dapat kerja disyarikat lain. Terus saya tidak bekerja. Barulah saya perasan kenapa dua kakitangannya yang terdahulu kerap menalifon beliau tetapi beliau tidak akan angkat. Gaji tak dapat rupanya. Duit gaji saya? Suami cakap,

Kalau dia bagi pun, tak hingin ambil

Tapi tak mengapalah. Saya dah maafkan dah. Itulah pentingnya menabung, waktu saya tiada kerja wang dalam tabung amat berguna. 😍

Akhirnya Abah, arwah emak, adik-adik dan suami menyarankan saya mengisi borang jawatan Guru di JAWI. Saya isi dan Alhamdulillah, saya dapat bekerja semula dengan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan sambung belajar di Universiti Teknologi Malaysia sebagai syarat untuk menjawat jawatan guru Tetap. Alhamdulillah. Pernahlah dapat Anugerah Dekan.

Search Description PENGALAMAN, Pengalaman Blogger, Pengalaman hidup, kisah belajar, KISAH GURU, Kisah blogger, KISAH TAULADAN, Pentingnya menabung, Tabung, menabung, 50 sen, lebih baik korek tabung dari meminjam-minjam, amalkan menabung, Kolej Cosmopoint, KLMU, Menabung tu wajib, korek tabung, kuat menabung, mengajar, sekolah swasta, baitulmal, Untuk menampung kehidupan, Avon, Zhulian, Alhamdulillah... bisnes membekal tepung magik, tepung cheezy cheese sauce, mashed potatoe with gravvy sauce, bisnes makin maju , cari pelanggan, syarikat swasta, Jurutera Perunding milik bumiputra,
Pentingnya menabung... Kadang-kadang hasil tabungan dapat belanja murid-murid saya yang ceria. 😁

Search Description PENGALAMAN, Pengalaman Blogger, Pengalaman hidup, kisah belajar, KISAH GURU, Kisah blogger, KISAH TAULADAN, Pentingnya menabung, Tabung, menabung, 50 sen, lebih baik korek tabung dari meminjam-minjam, amalkan menabung, Kolej Cosmopoint, KLMU, Menabung tu wajib, korek tabung, kuat menabung, mengajar, sekolah swasta, baitulmal, Untuk menampung kehidupan, Avon, Zhulian, Alhamdulillah... bisnes membekal tepung magik, tepung cheezy cheese sauce, mashed potatoe with gravvy sauce, bisnes makin maju , cari pelanggan, syarikat swasta, Jurutera Perunding milik bumiputra,
Pentingnya menabung... hilang stress tanda kertas periksa bila lihat anak-anak pun dah turut bijak menabung. 😁

Sebelum tu, masa saya baru lagi menjawat jawatan guru, biasa la kan, 2 bulan baru elaun masuk. Ditakdirkan, susu dan pampers anak ke dua habis. Sambil menangis-nangis, saya korek tabung untuk membeli susu pampers anak. Alhamdulillah cukup. Syukur. Masa tu anak baru dua orang.

Bagi saya, lebih baik korek tabung dari meminjam-minjam. Kebanyakan barang-barang dalam rumah saya, kami suami isteri beli cash. Kemudian, masa anak yang ke empat (4) baru merasa   beli MYVI. dengan duit bonus setelah bekerja lima (5) tahun sebagai guru Kontrak.

Suami topup la sikit. Tu pun, Alhamdulillah. Asalkan ada kereta syukur. Tak adalah nak susahkan abah dan ipar duai saya lagi nak angkut kami sekeluarga bila nak pergi beraya. Terima kasih Abah, biras dan ipar duai yang baik hati. ❤

Takdelah sampai semput-semput lagi waktu saya sarat mengandung berjalan kaki setengah kilometer naik bukit untuk ke perhentian bas lagi. Dapatlah bawa anak-anak sampai ke Gambang, Pahang dah ha. Syukur Alhamdulillah. πŸ˜†

PENGALAMAN, Pengalaman Blogger, Pengalaman hidup, kisah belajar, KISAH GURU, Kisah blogger, KISAH TAULADAN, Pentingnya menabung, Tabung, menabung, 50 sen, lebih baik korek tabung dari meminjam-minjam, amalkan menabung, Kolej Cosmopoint, KLMU, Menabung tu wajib, korek tabung, kuat menabung, mengajar, sekolah swasta, baitulmal, Untuk menampung kehidupan, Avon, Zhulian, Alhamdulillah... bisnes membekal tepung magik, tepung cheezy cheese sauce, mashed potatoe with gravvy sauce, bisnes makin maju , cari pelanggan, syarikat swasta, Jurutera Perunding milik bumiputra, Pentingnya amalan menabung, Kepentingan Amalan menabung, Manfaat menabung, Faedah menabung, Manfaat dan pentingnya menabung, Pentingnya mendidik menabung dari kecil, Kebaikan Menabung Wang, Kepentingan Menabung
Pentingnya menabung. Berbaloi. Ha, inilah tabung saya dari bujang lagi. Hadiah dari murid saya masa mengajar di PASTI tahun 1990. Kecil je. Tapi amat bermanfaat. 😍

Selepas lapan tahun bekerja dengan JAWI ni, barulah merasa smartphone. Beli pun sebab handphone C3 pemberian suami saya rosak. Maka dapatlah saya berblogging dan kongsi bisnes yang saya ada ke media-media sosial melalui smartphone saya ni.

Saya topup RM50.00 sahaja setiap bulan. Lagi RM20.00 dapat percuma. Memandangkan segala kos hidup makin tinggi, pandai-pandailah cari duit dan saving yang patut-patut untuk hidup. Tak perlu merungut-rungut selalu. Usaha tu perlu.

PENGALAMAN, Pengalaman Blogger, Pengalaman hidup, kisah belajar, KISAH GURU, Kisah blogger, KISAH TAULADAN, Pentingnya menabung, Tabung, menabung, 50 sen, lebih baik korek tabung dari meminjam-minjam, amalkan menabung, Kolej Cosmopoint, KLMU, Menabung tu wajib, korek tabung, kuat menabung, mengajar, sekolah swasta, baitulmal, Untuk menampung kehidupan, Avon, Zhulian, Alhamdulillah... bisnes membekal tepung magik, tepung cheezy cheese sauce, mashed potatoe with gravvy sauce, bisnes makin maju , cari pelanggan, syarikat swasta, Jurutera Perunding milik bumiputra, Pentingnya amalan menabung, Kepentingan Amalan menabung, Manfaat menabung, Faedah menabung, Manfaat dan pentingnya menabung, Pentingnya mendidik menabung dari kecil, Kebaikan Menabung Wang, Kepentingan Menabung
Pentingnya menabung. Sesak-sesak boleh guna untuk bayar minyak yang mahal. Tak selalu la buat camni. hehe

Tak salah ada smartphone dan ada kereta TAPI kita kena pastikan smartphone dan kereta jadi hamba kita untuk datangkan pendapatan tambahan bukan kita jadi hamba mereka keluar duit setiap bulan bayar bil dan loan kereta". Kata Tuan Amir, pemilik Denaihati.

Pentingnya menabung. Setiap hari semua syiling 50 sen, pasti saya tabungkan. Sebab apa 50 sen? Sebab mudah nak kira. Lagipun 50 sen tu comel. πŸ˜† Hingga ke hari ini, saya masih lagi amalkan menabung begitu.

Sebenarnya kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Ukur baju di badan sendiri. Guna dan pakai semampunya dan nak hidup berkat, kenalah langsaikan hutang yang ada dahulu. Pentingnya menabung. Bila sesak-sesak, tabungan tu amat berguna nanti. Suami saya jenis tak galakkan bergolok gadai emas. Katanya emas ni boleh wariskan kepada anak-anak.

Kenapa saya suka kongsikan kisah Pentingnya Menabung ni? Sebab saya boleh kenang balik zaman saya susah dulu dan taklah saya jadi ego apatahlagi takbur dengan apa sahaja kurniaan dari Allah buat saya. 😊

Kesimpulannya hidup ni, perlu bijak merancang, guna dan ambil peluang dan ruang yang ada. Saya sekadar berkongsi. Moga yang baru habis belajar, dan rasa kehidupan ni sangatlah susah, boleh ambil iktibar dan jadikan panduan dari sedikit pengalaman hidup saya ni. Juga sebagai semangat untuk anda semua. Ini hanya sebahagian sahaja kisah bagaimana saya menabung. Anda bagaimana pula ya?

ARTIKEL BERKAITAN :
HATI SEORANG IBU (Klik sini dan baca).

16 comments:

  1. Banyaknya pengalaman kak eita sblum jadi cikgu ea... Perjalanan hidup kita berbeza tapi sy juga dr klrga ssh dan sy juga menabung utk dpt kan sesuatu... Kumpul duit utk beli sst yg saya suka dan hendak, tak snggup nk mnta duit dr mak bapa... Jual jeruk di sekolah tak pun jual buah yg dipetik dekat2 rumah... Duit tu lah sy guna utk.beli apa sy suka....

    ReplyDelete
  2. Betul kata maria fidz ti. Banyaknya pengalaman kak ieta. Kalau buat buku ni, best baca. Hihi. Xpenah plak terasa nak menabung sari 5 kupang. Bagus jugak idea kak ieta ni! Walaupun sikit, tp asanya berbaloi jugak. Duit tu memang nak menabung ke, ataupun digunakan waktu sesak ujung bulan kak ieta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua2 pun boleh Dala... hehe... Kdg2 kalo dah berat, akak kira ngan anak2 pehtu pi bank in. Jadi ank2 pun suka coz 1 aktiviti bersama mereka

      Delete
  3. Perjalanan penuh berliku. Peringatan untuk menabung adalah penting supaya ada bekalan kewangan ketika susah dan bersara nanti. Bagi pekerja swasta caruman KWSP adalah sangat-sangat diperlukan.

    ReplyDelete
  4. Pengalaman tu mengajar kita tentang pentingnya menabung kan kak...terlalu banyak onak ranjau untuk kak ita lalui sehinggalah menjadi seperti sekarang..cerita yang sungguh memberi input kepada pembaca akak..

    ReplyDelete
  5. menabung ni memang penting...boleh digunakan bila masa kecemasan...simpan sikit2 pun jadilah setiap hari...asalkan menabung...:D

    ReplyDelete
  6. pergh panjangnya cerita..gigih nad baca..banyak pengalaman kak ieta..bagus tu kak..nad mampu ke jadi macam kak ieta..tak taula..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time teringat terus menaip pehtu teringat lagi, taip lagi. Publish dah pehtu teringat lagi... Haaa... ni yg pjg berjela jadinya Nad... hehe...

      Delete
    2. Insyaa Allah Nad pun mampu... Setiap dari kita Allah akn uji atas kemampyan kita utk menghadapinya Nad ^__^

      Delete
  7. Saya seronok baca kak sampai habes. Puas hati baca akak menang yg kes kwsp tu. haha. Tapi rasa nak tau plak suami akak sekarang yang cikgu memandu tu ke? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Taklah Zana. Suami kak ni ketua pelajar masa study kat Cosmopoint dulu tapi jumpa kat ofis. Tak pernah terjumpa masa study dulu. Tu la namanya kalau dah jodoh. Jodoh rahsia Allah hehe

      Delete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL  ( Sambungan daripada artikel INI . Kongsi pada 29/12/2023, kemaskini  22/11/20...