Fishball plasma darah haiwan

Fishball plasma darah haiwan.


Kisah Cikgu ieta dan isu semasa, Fishball plasma darah haiwan, Planeterium Negara, Muzium Polis, JAKIM sedang melakukan siasatan tentang fishball plasma berdarah haiwan, keraguan, belajar, hadis nabi perkara yang meragukan, Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu, fishball, fishball buatan muslim, Tepung Magik, mforum.cari.com, Plasma darah haiwan, panduan untuk mendapat doa yang makbul, makanlah makanan yang baik (lagi halal), bebola ayam keluaran AzZain, Bebola sotong Ramly, bebola daging keluaran Ramly
Sedap ni... Keluaran bumiputra muslim...

Balik dari Planeterium Negara dan Muzium Polis bersama anak-anak dan suami petang tadi, saya terbaca keratan akhbar Star bertarikh 14 Februari 2014 dari whatsapp tentang fishball plasma darah haiwan. Plasma darah haiwan ditambah di dalam ramuan untuk mencantikkan dan mengenyalkan fishball tersebut. Haish... Macam-macam...

Kisah Cikgu ieta dan isu semasa, Fishball plasma darah haiwan, Planeterium Negara, Muzium Polis, JAKIM sedang melakukan siasatan tentang fishball plasma berdarah haiwan, keraguan, belajar, hadis nabi perkara yang meragukan, Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu, fishball, fishball buatan muslim, Tepung Magik, mforum.cari.com, Plasma darah haiwan, panduan untuk mendapat doa yang makbul, makanlah makanan yang baik (lagi halal), bebola ayam keluaran AzZain, Bebola sotong Ramly, bebola daging keluaran Ramly

Saya sudah lama mendengar tentang fishball diragui dari suami saya sewaktu saya ke AEON (Jusco) untuk membeli keperluan dapur. Sewaktu ingin mengambil fishball, suami saya memberitahu JAKIM sedang melakukan siasatan tentang fishball.

"Tapi kalau ayang yakin, belilah". kata suami.

Memang tak belilah.... Bila sudah keraguan munghantui diri, terus terbantut saya untuk membelinya. Lebih-lebih lagi dahulu saya pernah belajar dari seorang ustaz tentang hadis nabi perkara yang meragukan. Bunyinya begini,

عَنْ أَبِـيْ مُحَمَّدٍ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ أَبِيْ طَالِبٍ، سِبْطِ رَسُوْلِ اللهِ وَرَيْحَانَتِهِ قَالَ : حَفِظْتُ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ :(( دَعْ مَا يَرِيْبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيْبُكَ)). رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَالنَّسَائِيُّ، وَقَالَ التِّرْمِذِيُّ : حَدِيْثٌ حَسَنٌ صَحِيْحٌ
Bermaksud :

Dari Abu Muhammad al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Thalib, cucu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan kesayangannya Radhiyallahu 'anhuma, ia berkata : 

“Aku telah hafal dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam : ‘Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu’.” riwayatkan oleh at-Tirmidzi dan an-Nasa'i. At-Tirmidzi berkata, “Hadits hasan shahîh] Sumber.

Sejak mengetahui berita fishball plasma darah haiwan itu, keinginan membeli fishball pun hilang sudah. Tak berani sudah. Rasa geli tekak ni. Sama seperti kes Cadburry dahulu. Berilah percuma sekalipun, memang tak tertelan dek tekak ini walaupun JAKIM sudah menghalalkan coklat itu. Tak boleh telan... Nak buat macamana... Penyelesaiannya, carilah coklat lain. Berlambak dipasaran. Kan...? Tetapi memang teruk betul bahan-bahan makanan sekarang ini. Banyak yang diragui... Contoh seperti fishball inilah. Walhal kita dah lama pun makan fishball. Dah bertahun-tahun kita memakannya. Samada bersama Yong Tau Fu yang selalu dibeli di pasar malam atau saya goreng bersama Tepung Magik, pun sedap... Tup-tup, timbul pula isu sebegini. Terus hilang juga selera nak makan Yong Tau Fu. Air rebusan bahan-bahannya kan bercampur... huhu... Makanlah benda lain...

Kisah Cikgu ieta dan isu semasa, Fishball plasma darah haiwan, Planeterium Negara, Muzium Polis, JAKIM sedang melakukan siasatan tentang fishball plasma berdarah haiwan, keraguan, belajar, hadis nabi perkara yang meragukan, Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu, fishball, fishball buatan muslim, Tepung Magik, mforum.cari.com, Plasma darah haiwan, panduan untuk mendapat doa yang makbul, makanlah makanan yang baik (lagi halal), bebola ayam keluaran AzZain, Bebola sotong Ramly, bebola daging keluaran Ramly
Pernah makan... Fish Ball dan Fish Cake Tepung Magik...

Saya teringat satu cerita hadis nabi di mana sahabat baginda, Saad Abi Waqas pernah meminta Rasulullah SAW memberinya panduan untuk mendapat doa yang makbul. Menurut Ibnu 'Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :


“Wahai Sa’ad, makanlah makanan yang baik (lagi halal) tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Sesungguhnya seorang yang pernah memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak akan dikabulkan doanya selama 40 hari. Sesiapa saja yang dagingnya tumbuh daripada makanan yang haram maka nerakalah layak untuknya.” (Hadis riwayat Thabrani). 

Hadis ini amat berkait rapat dengan hadis di atas. Sama-sama kita renungkan dan jagalah apa yang kita makan. Kerana apa yang kita makan, amat mempengaruhi minda dan sikap kita.

Berbalik kepada tajuk, kebiasaan saya, sebelum menerbitkan entri, saya akan mencari dahulu kesahihan berita yang saya baca atau saya dengar. Jadi, sebentar tadi saya cuba mencari sumber yang sahih. Ahha... Jumpa di ruangan forum ini.

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Umat Islam dinasihat berhati-hati apabila membeli bebola ikan kerana kebanyakan yang dijual di pasaran mengandungi plasma darah haiwan.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd. Amri Abdullah berkata, plasma darah haiwan yang digunakan adalah terdiri daripada ayam, lembu dan babi bertujuan mencantikkan serta menambah kualiti bebola ikan supaya lebih kenyal.
“Justeru, orang Islam perlu berhati-hati ketika membeli bebola ikan di pasaran dengan memastikan terdapat sijil halal Jakim pada produk tersebut,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Pensijilan Halal Jakim: Integriti Menangani Skandal dan Isu-Isu Berkaitan Halal di Malaysia dalam Seminar Industri Halal di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. ~SUMBER~

Berkaitan fishball plasma darah haiwan, sehingga ke hari ini, saya belum terjumpa fishball produk keluaran muslim bagi menggantikan fishball campuran plasma darah haiwan dan fishball campuran lemak babi. Yang ada walaupun harganya agak mahal dan  sukar untuk diperolehi perlu dicari dan juga beli borong secara online atau beli di pasaraya tertentu. Antara yang saya pernah makan dan memang sedap ialah bebola ayam keluaran AzZain. Bebola sotong Ramly dan bebola daging keluaran Ramly juga mudah diperolehi di pasaraya. Persoalan saya, ada tak bumiputra muslim yang buat fishball menggantikan fishball plasma darah haiwan ini?

Sumber : 

Media Islam Salafiyyah Ahlul Sunnah Wal Jama'ah

8 comments:

  1. Mmg ada juga terbaca.. Mmg kna hati2 lpas ni beli fish ball..

    ReplyDelete
  2. Naik kembang plak tekak nak makan fishball. Macam2 skrg ni

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak ieta,menarik topik ni tp kak ieta nak tahu tak minggu lepas saya ada buat fish ball,.tapi entah apa silapnya lepas buat sup ia sama macam kuih gula melaka di letak dalam sup hhihi,.first time saya buat failed,.nak cuba lagi nanti,.tentang topik dia atas tu sebelum membeli mmg wajar kita membelek terlebih dahulu kan dan yang penting kena banyak membaca untuk pengetahuan yang akan kita guna dalam kehidupan,.kan kak ieta :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian.
    Memang meragukan.
    Kena lebih hati-hati lepas ni dalam hal memilih makanan.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

MEREKA BUKAN COACH BUSINESS, MOTIVATOR, KONSULTAN, PERAWAT ISLAM TAPI DUKUN ILMU HITAM AHLI SIHIR SCAMMER PEMBUNUH.

MEREKA BUKAN COACH  BUSINESS, MOTIVATOR, KONSULTAN, PERAWAT ISLAM TAPI DUKUN ILMU HITAM AHLI SIHIR, SCAMMER  PEMBUNUH!  (Tarikh kongsi : 31/...