Resepi Salad Popcorn Ayam sempoi

Resepi Salad Popcorn Ayam sempoi, Roti Canai Ct Razak Enterprise, resepi, review, Gerai Roti Canai Razak, Sedec, Bandar Sri Iskandar Perak, Roti canainya memang lembut, Roti canai, Roti Canai sedap, Laksa Penang, Sambal ikan, resepi salad, Whatsapp group adik-beradik, blog, Ayam popcorn, Resepi ayam popcorn, Resepi sempoi, Salad sempoi, simple, Bahan-bahan Salad Popcorn Ayam sempoi, blogger, makan tengahari, menu makan tengahari, Sidec, sedap dimakan begitu sahaja, laksa Penang, Sambal ikan,
Salad Popcorn Ayam sempoi memang sedap ^__^


Resepi Salad Popcorn Ayam sempoi

As salam. Hari ini saya ingin berkongsi resepi lah.... Resepi ini dari adik saya yang ke 5, pemilik bersama Gerai Roti Canai Razak  di Sidec, Bandar Sri Iskandar Perak. Roti canainya memang lembut yang amat dan sedap dimakan begitu sahaja.

Resepi Salad Popcorn Ayam sempoi, Roti Canai Ct Razak Enterprise, review, resepi, Gerai Roti Canai Razak, Sedec, Bandar Sri Iskandar Perak, Roti canainya memang lembut, Roti canai, Roti Canai sedap, Laksa Penang, Sambal ikan, resepi salad, Whatsapp group adik-beradik, blog, Ayam popcorn, Resepi ayam popcorn, Resepi sempoi, Salad sempoi, simple, Bahan-bahan Salad Popcorn Ayam sempoi, blogger, makan tengahari, menu makan tengahari, Sidec, sedap dimakan begitu sahaja, laksa Penang, Sambal ikan,
 Resepi Salad Popcorn Ayam sempoi resepi isteri tokey kedai ni ^__^
  Mai3... Buat orang Perak. Luar Perak pun boleh mai na... Gerai Roti Canai Razak Menu Pelbagai Jenis Roti dengan Harga Berpatutan. Sedap & Lembut. Makan Sekali Pasti Nak Ulang Lagi

Sedikit info tentang Gerai Roti Canai Razak. Lokasinya adalah di alamat NO 147 (KIOSK) (KEDAI MAKAN), JLN TRONOH, 32600 SERI ISKANDAR, PERAK. Di kawasan Sidec, anda boleh tanye sahaja 'Razak roti canai' mesti orang tahu. Ini disebabkan student UITM selalu lepak bersarapan di situ dan ia. berhampiran  Klinik 1 Malaysia.

Waktu beroperasi adalah selepas subuh sehingga jam 11.30 pagi. Namun demikian, pada hari Sabtu, Ahad & Cuti Am 10 pagi kebiasaannya cepat habis licin rotinya. Hari Jumaat cuti. Bulan Ramadhan, menu sepanjang tahun murtabak ayam dan daging atas permintaan ramai..... Sebarang pertanyaan, boleh ajukan di fanpage Gerai Roti Canai Razak.

Oh ya, adik saya ni memang pandai masak tau. Kalau buat laksa Penang dan Sambal ikan... pehhhh... Mavvless, sama rasa seperti masakan arwah emak saya. Jadi memandangkan resepi salad ini telah dikongsikan oleh beliau melalui Whatsapp group adik-beradik kami. Maka dengan murah hatinya beliau izinkan pula saya kongsikan di dalam blog saya ini. 

Salad ni kan pelbagai. Yang ini beliau telah  memasukkan ayam popcorn. Salad ini simple sahaja. Mari lihat apa bahan dan bagaimana caranya.

Resepi Salad Popcorn Ayam sempoi, resepi, Roti Canai Ct Razak Enterprise,  Gerai Roti Canai Razak, Sedec, Bandar Sri Iskandar Perak, Roti canainya memang lembut, Roti canai, Roti Canai sedap, Laksa Penang, Sambal ikan, resepi salad, Whatsapp group adik-beradik, blog, Ayam popcorn, Resepi ayam popcorn, Resepi sempoi, Salad sempoi, simple, Bahan-bahan Salad Popcorn Ayam sempoi, blogger, makan tengahari, menu makan tengahari, Sidec, sedap dimakan begitu sahaja, laksa Penang, Sambal ikan,
Salad Popcorn Ayam sempoi. Popcorn ayam boleh beli di pasaraya atau beli sahaja online. Sumber gambar, Encik google.

Bahan-bahan  Salad Popcorn Ayam sempoi : 
  1. Sayur salad.
  2. Tomato.
  3. Popcorn ayam atau ayam potong dadu.
  4. Tauhu atau tempe (goreng dahulu ya).
  5. Daging atau sotong goreng Tepung Magik atau rebus.
  6. Mayonis.
  7. Serbuk lada hitam.

Caranya
  1. Potong sayur salad dan Tomato.
  2. Kemudian campurkan isi ayam yang telah dipotong dadu atau popcorn ayam. 
  3. Masukkan tauhu, tempe, daging, atau sotong (mengikut kehendak hati dan citarasa anda sendiri).
  4. Kemudian gaul dengan mayonis yang dah sedia ada dijual dipasaran. 
  5. Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam garam dan gula secukup rasa.
Ayat Resepi Salad Popcorn Ayam sempoi yang adik saya whatsapp sikit dan sempoi sahaja. Tapi sebab saya ni kan blogger, maka jadi kebiasaanlah saya memanjangkan ayatnya ha. Bolehlah anda mencuba Resepi Salad Popcorn Ayam sempoi untuk makan tengahari ini ya. Selamat mencuba... ^__^

6 comments:

  1. YUMM,..aduhai kak ieta sedapnya,resepi ni kan boleh di makan samaada siang atau malam,waktu waktu santai kan,hehe sambil-sambil berblog ke,menonton tv ke memang sesuai ni,boleh buat ni bahan simple dan mudah sangat nak membuatnya kan kak ieta :)

    ReplyDelete
  2. Asal masuk je entry resepi kak ieta ni confirm kome ni lapar kak ieta hehehe,..nak makan kejap lepas tu nak berblogging balik,nanti kita nak buat resepi kak ieta bagi ni ya ,thanks sekali lagi kak ieta bagi inspirasi untuk cari makanan santai yang simple ,.

    ReplyDelete
  3. macam sedap je kena try ni..huhuhu

    ReplyDelete
  4. mcm menarik je resepi ni. woohooo! harus try

    ReplyDelete
  5. Kak ieta dah buat dah ! Memang sedap cuma saya tambah timun jepun je sbb sy suka makan timun jepun ..xmkn nasi pun sebab hadap meny ni je hehe...

    ReplyDelete
  6. Nak try buat juga lah, kadang2 tak sempat nak masak banyak2, semua ada dalam ni ;)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...