Resipi Ayam Goreng Halia Cili Benggala

Resipi Ayam Goreng Halia Cili Benggala.
Sedap juga. Bolehlah... Asal jadi lauk sudah... Anak sulung tidak sabar nak makan. Dicedoknya sendiri, bersepah tepi... ^__^
Sebenarnya hari ini saya ingin memasak Ayam goreng halia tetapi, disebabkan terkisar sekali cili benggala merah maka jadilah hari ini masak Ayam goreng Halia Cili Benggala. Apa pun, asal ada lauk maka sudah cukup bersyukur rasanya. 

Tanpa membuang masa mari kita lihat bahan-bahan Ayam Goreng Halia Cili Benggala resepi sempoi saya.

Bahan-bahan Ayam Goreng Halia Cili Benggala :
  1. Bawang besar 7 biji.
  2. Bawang putih 10 ulas.
  3. Cili Benggala separuh.
  4. Halia 2 inci.
  5. Ubi kentang potong ikut suka hati.
  6. Garam secukup rasa.
  7. Gula secubit.
  8. Air asam jawa.
  9. 2 mangkuk air.
Air asam jawa memang wajib masuk ya jika masak goreng halia apa sahaja.
Cara memasak Ayam Goreng Halia Cili Benggala :
  1. Kisar separuh halus bahan 1 sehingga 4.
  2. Racik suku halia.
  3. Mayang 2 labu bawang besar.
  4. Goreng dan toskan ubi kentang.
  5. Gorengkan ayam separuh masak dan toskan.
  6. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga masak.
  7. Masukkan ayam dan kentang, kacau sebatikan dalam beberapa minit.
  8. Akhir sekali, masukkan bawang yang telah dimayang, air asam jawa, garam dan gula.
  9. Kacau sebentar.
  10. Tutup api, Siap.

Tumis hingga agak garing ya.
Masukkan ayam.
Masukkan kentang dan kacau sebatikan ya.
Haaa.... Di bawah ini, lauk kami sekeluarga tengahari tadi. Ayam goreng Halia Cili Benggala, Kailan tumis air telur dan Telur dadar. Alhamdulillah... Sempoi tapi puas hati.

Ayam goreng Halia Cili Benggala
Kailan tumis air telur
Telur dadar
Resepi Ayam Goreng Halia Cili Benggala ini mudah sahajakan? Disebabkan saya saja suka-suka sahaja berkongsi resepi ini maka harap maaflah ya jika paparan gambar kurang memuaskan. Bukan pakar masakan saya ni. Bila-bila cubalah ya Resepi Ayam Goreng Halia Cili Benggala ini ^___^

13 comments:

  1. Alahai...xpe...janji leh kongsi resepi...senang nak buat tu...

    ReplyDelete
  2. tak sengaja jadi resepi baru ... sedap juga tu ...

    ReplyDelete
  3. Alahai sedap ja nampak. Bila agaknya saya nak pandai masak

    ReplyDelete
  4. Wah macam sedap jer kak ta.....lain kali boleh la sy try masak untuk anak-anak dirumah. Thanks sudi share resepi kak.

    ReplyDelete
  5. Resepi yang simple makan dengan nasi panas best nya..akan jadi pilihan terbaik untuk bersahur di bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti,satu lauk ni pun cukup sebab saya suka makan sahur lauk simple dan resepi ni sesuai sgt hehe..more resepi kak ieta yang simple ..untuk Bulan Ramadhan..

    ReplyDelete
  6. kalau digantikan dengan daging pon sedap nih! Yummy~~

    ReplyDelete
  7. Wahhh...
    Besttnyaaa ayam goreng hali banggalia ni.. Huhu

    ReplyDelete
  8. Wahh..
    Bestnyaaa ayam goreng halia banggalia

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...