Menutup Aurat Bukan Sekadar Bertudung

MENUTUP AURAT BUKAN SEKADAR BERTUDUNG.

Minta maaf. Ingin berkongsi bab aurat.

TAZKIRAH, Agama, Aurat, Panduan menutup Aurat, Bagaimana menutup aurat, Wanita, Hal Ehwal Wanita, #MuhasabahSebelumTidur, #ietamatsaad, #kisahcikguieta, #blogietadotcom, #kelabbloggerbenashaari, #ohblogger, #ietainfoline, #bicarailmiahnetwork, #LamanSosialUntukBersilaturrahmi, #LamanSosialUntukBerdakwah, #LamanSosialUntukBerniaga, #BerdakwahItuWajib, #BerniagaItuSunnah, #Muhasabah, Muhasabah SebelumTidur, ieta mat saad, kisah cikgu ieta, blog ieta dot com, kelab blogger benashaari, oh blogger, ieta info line, bicara ilmiah network, Laman Sosial Untuk Bersilaturrahmi, Laman Sosial Untuk Berdakwah, Laman Sosial Untuk Berniaga, Berdakwah Itu Wajib, Berniaga Itu Sunnah, Menutup Aurat Bukan Sekadar Pakai Tudung, Fungsi menutup aurat disalah ertikan, Trend bertudung jadi kebiasaan dan ikutan ramai, Pengertian aurat, Hukum menutup aurat adalah wajib, Ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam dan syarat menutup aurat,
Perbezaan antara tanpa tutup aurat dan menutup aurat. Pakailah apa pun asalkan menutup aurat dan JAGA ADAB. Tidak jaga adab, nescaya tidak dapat jaga agama dan pegangan aqidah. Banyak ilmu, iblis lebih tinggi ilmunya. Sebab takabbur, Allah murka. Neraka  tempatnya.

AURAT.

Aurat perempuan Islam dengan perempuan bukan Islam sama seperti aurat dengan lelaki. Tok guru di sekolah pondok dulu dah lama ajar perkara ni. Anda ambil tahukah tidak?

Beta memang tak pernah potong rambut di kedai cina. Kedai Melayu pun kalau yang potong rambut pun tak tau jaga aurat, lagilah beta tak pi. Lagi-lagi yang suka mandrem-mandrem. Bab aurat ni, bab syariat. Kalau bab aurat pun tak tau jaga, tak yah lah nak nasihat atau  motivasi beta. Beta ketawakan saja. Huahahahaha

"Allah sayang sebab tu di arah tutup aurat  elok-elok. Melawan Allah SWT kejap buka kejap pakai dan tayang segala beri orang tengok free. Rugi. Kasihan suami, ayah dan adik-beradik lelaki bila tak tutup aurat, tak tegur, mereka yang tanggung". Pesanan beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta.

1/7/2021 sebelum dituduh, ditohmah, difitnah, dimanipulasi perbualan soal-jawab puak sesat gila isim sakit jiwa bermasalah mental dengan beta, diugut sihir, ugut bunuh, ugut-ugut pelbagai ugutanlah, caci-maki, hamun, carut (jenayah cyberbully body face shaming, cyberwar, cyber attack) aqidah, kesihatan, niqab dan keluarga keturunan beta, beta sudah berniqab semula. Selesa apa pakai niqab hinggalah ke saat ini. 




FUNGSI MENUTUP AURAT DISALAH ERTIKAN.

Satu ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

TREND BERTUDUNG JADI KEBIASAAN DAN IKUTAN RAMAI.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

PENGERTIAN AURAT

Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579).

HUKUM MENUTUP AURAT ADALAH WAJIB.

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut :

CIRI PAKAIAN MENUTUP AURAT bagi wanita Islam dan syarat menutup aurat.

1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.
Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31).

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

2. Pakaian yang longgar.
Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: “Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlahisterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”

Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

3. Pakaian yang tidak jarang.

Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.”

Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.

Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.”

5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

TASYABBUH (MENIRU ATAU MENYERUPAI).


TAZKIRAH, Agama, Aurat, Panduan menutup Aurat, Bagaimana menutup aurat, Wanita, Hal Ehwal Wanita, #MuhasabahSebelumTidur, #ietamatsaad, #kisahcikguieta, #blogietadotcom, #kelabbloggerbenashaari, #ohblogger, #ietainfoline, #bicarailmiahnetwork, #LamanSosialUntukBersilaturrahmi, #LamanSosialUntukBerdakwah, #LamanSosialUntukBerniaga, #BerdakwahItuWajib, #BerniagaItuSunnah, #Muhasabah, Muhasabah SebelumTidur, ieta mat saad, kisah cikgu ieta, blog ieta dot com, kelab blogger benashaari, oh blogger, ieta info line, bicara ilmiah network, Laman Sosial Untuk Bersilaturrahmi, Laman Sosial Untuk Berdakwah, Laman Sosial Untuk Berniaga, Berdakwah Itu Wajib, Berniaga Itu Sunnah, Menutup Aurat Bukan Sekadar Pakai Tudung, Fungsi menutup aurat disalah ertikan, Trend bertudung jadi kebiasaan dan ikutan ramai, Pengertian aurat, Hukum menutup aurat, wajib tutup aurat, Ciri pakaian menutup aurat, wanita Islam, syarat menutup aurat, rahib wanita, palaian rahib
Kredit gambar 


Hadith Nabi SAW :

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya : Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka. – Hadith riwayat Abu Daud, soheh Ibnu Hibban.

Hukum tutup aurat wajib. Boleh tutup, tudung dan lindung aurat dengan apa cara sekalipun asalkan menutup aurat. Tetapi jatuh hukum haram atau syirik jika menyerupai rutin atau ritual selain Islam.

Sebab itu perlu faham apa maksud aurat usah asal boleh pakai, belasah sahaja pakai. Tetapi, sekali tengok sudah nampak, seperti rahib Mubaligh Kristian. Ish, ish, ish. Halusnya taktik tasyabbuh dilazimkan melalui pemakaian yang ICnya Islam, mengaku ummat Nabi Muhammad SAW.

Solat kita berupaya mencegah perbuatan mungkar dan sesat (syirik dan khurafat). Dosa besar syirik menduakan Allah. Sihir, semua atas kehendak Allah ujian pada hamba-hambaNYA untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNYA. Jauhi syirik dan ketaksuban melampau.

Saya belajar bab aurat dengan Asatizah dari sekolah rendah hingga ke pondok dan sekolah menengah. Hadith di atas selalu dengar asatizah syarahkannya. Mula-mula pakai skaf dulu. Bukan drastik terus pakai niqab. Islam itu mudah tiada paksaan bukan penderaan. Islam memelihara wanita. Tujuan 'menutup aurat' memuliakan imej wanita. Sebelum kedatangan Islam, wanita hanyalah hamba sahaya dan gundik raja-raja.


6. TIDAK BERTABARRUJ.

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatka nnya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya.

KESIMPULAN.

Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup. Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33).

Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.

SUMBER entri Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung ini telah disunting oleh saya blogger blog Kisah Cikgu ieta.

"Menutup Aurat Bukan Sekadar bertudung. Tutuplah aurat. Jagalah adab. Jagalah batas pergaulan. Hindarilah fitnah". 

Bila kita telah menutup aurat, segalanya perlu dikawal dan jaga. Jaga-jaga. Usah memburukkan imej wanita muslimah. Menutup aurat elok dah tetapi mulut macam puaka, menjadi pengadu-domba sini-sana malahan talam dua muka melaga-laga sini-sana seperti betina-betina janda yang kurang dan kemaruk kasih sayang jantan, fitnah, viralkan saya, maki-hamun, mencarut, ugut bunuh, buat JENAYAH CYBERBULLY BODY SHAMING AKIDAH, minda dan jiwa saya pada tahun 2021. Dengkilah tu saya bahagia dan lebih bijak tidak gila isim kuat berhalusinasi seperti mereka semua. Wakakkaaa.

Terkadang saya rasa berdosa nampak mereka yang mendedahkan aurat, berselfie bukan untuk ajnabi, bergambar couple² dalam facebook dan lain² laman sosial lagi.

TAUFIQ HIDAYAH MILIK ALLAH.

Apakan daya... Hidayah belum mucul untuk mereka. Cuma saya takut saya disoal di sana nanti.
"Kamu nampak, kenapa kamu tak tegur?".
Saya bukanlah alim ulamak. Saya cuma tahu menutup aurat itu wajib. Rasa berdosa melihat mereka sedemikian. Saya pernah mendengar ceramah salah seorang Ustaz di you tube, katanya,
"Jika kamu melihat, like apatah lagi share maka sama kamu juga mendapat saham dosa di atas maksiat dan apa yang kamu lihat, like dan share itu, bilamana apa yang kamu like dan share itu lalu di timeline rakan² fb kamu yang lain".
Saya terkedu... Saya takut... Teringat mimpi seorang rakan dalam koma minta tolong sebab Kepala panas rambut kena bakar... Sedih tak dapat nak buat apa² sebab kami tak rapat... Moga Allah merahmati beliau di sana. Aamiin...

JOM JAGA AURAT DAN JAGA ADAB KITA.

Jom jaga aurat dan jaga adab kita, berselfielah berpada² dan jagalah batasan pergaulan kita walau pun di social media. Jangan di sana nanti ada yang mencari saya kata saya tak ingatkan. Maaf jika terguris. Kita hidup akan mati. Jangan mati kita biarkan orang lain membawa dan menanggung dosa kita pula nanti. Silakan share jika peringatan untuk diri saya juga untuk semua ini bermanfaat. Silakan unfriend atau block jika peringatan untuk diri saya juga ini mengganggu.

Selamat beramal. ✌️😁

TUKANG KONGSI NAMA PENA,
Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta
Mantan guru Jabatan Agama Islam Selangor - Rasmi dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI

Info Adab, Akidah dan scammer DI SINI.


Comments

  1. Kadang-kadang kaum lelaki juga tension . Pergi ke mall , pergi ke medan selera atau dimana-mana shj .. Pakai tudung dah elok dah tapi baju pula ketat . Aduh macam *terpaksa tengok la jawapannye T_T
    - Syamsid Blog -

    ReplyDelete
  2. Couldn't agree more.. ada jugak buat entry pasal ni dulu.. Isu yang tak tahu bila nak selesai.. dari sekolah dah ajar..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah. Anti ajaran amalan sesat, penyebar ajaran amalan sesat, doktor perawat alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional dan moden (pastor-pastor Malaysia Presiden (peguam), pengerusi (perunding motivasi) dan setiausaha (pengacara bebas) Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) ejen-ejen Gerakan New Age Missionary Kristian motivator, konsultan, MT Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, coach business marketing, Ex pegawai Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), coach speaker, strategist, socialpreneur, ahli silat selempang merah Johor, scammer), Motivator konsultan doktor perawat guru silat Seni Gayong Makrifat Malaysia (PSSGMM), ahli Pertubuhan Motivator Fasilitator (MoFast) Malaysia, bekas exco GAPPIΜΑ, pengasas Syifa Nur Ikhlas, pengasas Akademi Nur Sufi, guru latih silat Seni Gayong Fatani Putrajaya engineer, guru silat harimau dan selempang merah, silat 7 langkah, silat pencak 13, silat Al-Qubro, dukun ilmu hitam ahli sihir, macai cybertrooper keyboard warrior, provokasi, penjajah, play victim munafiq, narcicist nasty people gila isim, sakit jiwa, bermasalah mental pembunuh.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid, voltaren, pembedahan malah tidak perlu rawatan tradisional. Hanya putuskan rantaian dengan gila isim gelar dirinya ustaz, bertarekat hakikatnya peruqyah syirkiyyah berkhadam bomoh alternatif dukun ilmu hitam ahli sihir tradisional, mantan guru silat Seni Gayong Makrifat (PSSGMM) silat sesat berkhadam. Dilucutkan jawatan pada 19/5/2023 mendakyah beta ajaran sesat, mengaku pernah sesat selama 23 tahun dan ada saka.

Pengsan tanpa sebab dari remaja waktu sekolah pondok pulih pada 10/9/2024, auto gerak silat tari hasil sihir hipnosis pukau ritual ajaran sesat New Age Missionary Kristian Movement, ESQ165 (Ilmu karuuhun leluhur jin) ruqyah syirkiyyah guru silat seni Gayong Makrifat dukun ilmu hitam ahli sihir peritual, penganiaya, penzalim, penjenayah cyberbully body shaming cyberwar, cyber attack beta tahun 2020 pulih pada 10/9/2024 dan sihir pulih pada 29/9/2024. Alhamdulillah.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Popular Posts