Bahasa arab disebut jahil. Bahasa Melayu bodoh. Moga anak-anak kita mendengar kata, tidak berperangai menjelikkan mata, tidak berpakaian menjolok mata dan jaga auratnya sebagai Mukmin Muslim. Beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta tak berani nak mengata orang atau anak-anak, laki bini orang lain. Lebih baik jaga keluarga dan diri sendiri, jaga Amal, amalan, amal jariah sendiri daripada sibuk mengata orang lain. Tapi beta sebarkan penjenayah beta. Itu kewajiban. PDRM sarankan dan suami beta pun izin. Seperti dalam artikel ni.
BUKAN PERAWAT TAPI SAKSI HIDUP SCAMMER & KEZALIMAN : JAWI, JMB, ahli komuniti residensi, kumpulan ajaran sesat pelampau kalangan guru dan ahli silat, motivator, konsultan, coach self help sebenarnya perawat, dukun ilmu hitam ahli sihir peritual tradisional & moden berprofession tinggi, mengaku jin leluhur sebagai moyang, menunggang agama, nasab keturunan sejarah Raja-Raja Melayu Nusantara. HOBI : Kongsi mutiara kata, tips kesihatan, fakta aqidah dan sejarah.
20 August 2024
PAKAIAN TIDAK MELAMBANGKAN PERIBADI DAN IMAN
Bahasa arab disebut jahil. Bahasa Melayu bodoh. Moga anak-anak kita mendengar kata, tidak berperangai menjelikkan mata, tidak berpakaian menjolok mata dan jaga auratnya sebagai Mukmin Muslim. Beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta tak berani nak mengata orang atau anak-anak, laki bini orang lain. Lebih baik jaga keluarga dan diri sendiri, jaga Amal, amalan, amal jariah sendiri daripada sibuk mengata orang lain. Tapi beta sebarkan penjenayah beta. Itu kewajiban. PDRM sarankan dan suami beta pun izin. Seperti dalam artikel ni.
11 August 2023
Menutup Aurat Bukan Sekadar Bertudung
AURAT.
Aurat perempuan Islam dengan perempuan bukan Islam sama seperti aurat dengan lelaki. Tok guru di sekolah pondok dulu dah lama ajar perkara ni. Anda ambil tahukah tidak?
Beta memang tak pernah potong rambut di kedai cina. Kedai Melayu pun kalau yang potong rambut pun tak tau jaga aurat, lagilah beta tak pi. Lagi-lagi yang suka mandrem-mandrem. Bab aurat ni, bab syariat. Kalau bab aurat pun tak tau jaga, tak yah lah nak nasihat atau motivasi beta. Beta ketawakan saja. Huahahahaha
"Allah sayang sebab tu di arah tutup aurat elok-elok. Melawan Allah SWT kejap buka kejap pakai dan tayang segala beri orang tengok free. Rugi. Kasihan suami, ayah dan adik-beradik lelaki bila tak tutup aurat, tak tegur, mereka yang tanggung". Pesanan beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta.
1/7/2021 sebelum dituduh, ditohmah, difitnah, dimanipulasi perbualan soal-jawab puak sesat gila isim sakit jiwa bermasalah mental dengan beta, diugut sihir, ugut bunuh, ugut-ugut pelbagai ugutanlah, caci-maki, hamun, carut (jenayah cyberbully body face shaming, cyberwar, cyber attack) aqidah, kesihatan, niqab dan keluarga keturunan beta, beta sudah berniqab semula. Selesa apa pakai niqab hinggalah ke saat ini.
PENGERTIAN AURAT
HUKUM MENUTUP AURAT ADALAH WAJIB.
CIRI PAKAIAN MENUTUP AURAT bagi wanita Islam dan syarat menutup aurat.
TASYABBUH (MENIRU ATAU MENYERUPAI).
![]() |
| Kredit gambar |
Hadith Nabi SAW :
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya : Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka. – Hadith riwayat Abu Daud, soheh Ibnu Hibban.
Hukum tutup aurat wajib. Boleh tutup, tudung dan lindung aurat dengan apa cara sekalipun asalkan menutup aurat. Tetapi jatuh hukum haram atau syirik jika menyerupai rutin atau ritual selain Islam.
Sebab itu perlu faham apa maksud aurat usah asal boleh pakai, belasah sahaja pakai. Tetapi, sekali tengok sudah nampak, seperti rahib Mubaligh Kristian. Ish, ish, ish. Halusnya taktik tasyabbuh dilazimkan melalui pemakaian yang ICnya Islam, mengaku ummat Nabi Muhammad SAW.
Solat kita berupaya mencegah perbuatan mungkar dan sesat (syirik dan khurafat). Dosa besar syirik menduakan Allah. Sihir, semua atas kehendak Allah ujian pada hamba-hambaNYA untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNYA. Jauhi syirik dan ketaksuban melampau.
Saya belajar bab aurat dengan Asatizah dari sekolah rendah hingga ke pondok dan sekolah menengah. Hadith di atas selalu dengar asatizah syarahkannya. Mula-mula pakai skaf dulu. Bukan drastik terus pakai niqab. Islam itu mudah tiada paksaan bukan penderaan. Islam memelihara wanita. Tujuan 'menutup aurat' memuliakan imej wanita. Sebelum kedatangan Islam, wanita hanyalah hamba sahaya dan gundik raja-raja.
KESIMPULAN.
Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup. Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33).
SUMBER entri Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung ini telah disunting oleh saya blogger blog Kisah Cikgu ieta.
"Menutup Aurat Bukan Sekadar bertudung. Tutuplah aurat. Jagalah adab. Jagalah batas pergaulan. Hindarilah fitnah".
TAUFIQ HIDAYAH MILIK ALLAH.
"Kamu nampak, kenapa kamu tak tegur?".Saya bukanlah alim ulamak. Saya cuma tahu menutup aurat itu wajib. Rasa berdosa melihat mereka sedemikian. Saya pernah mendengar ceramah salah seorang Ustaz di you tube, katanya,
Saya terkedu... Saya takut... Teringat mimpi seorang rakan dalam koma minta tolong sebab Kepala panas rambut kena bakar... Sedih tak dapat nak buat apa² sebab kami tak rapat... Moga Allah merahmati beliau di sana. Aamiin..."Jika kamu melihat, like apatah lagi share maka sama kamu juga mendapat saham dosa di atas maksiat dan apa yang kamu lihat, like dan share itu, bilamana apa yang kamu like dan share itu lalu di timeline rakan² fb kamu yang lain".
JOM JAGA AURAT DAN JAGA ADAB KITA.
Selamat beramal. ✌️😁
TUKANG KONGSI NAMA PENA,
Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta
Mantan guru Jabatan Agama Islam Selangor - Rasmi dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI
Info Adab, Akidah dan scammer DI SINI.
Featured Post
MEREKA SUDAH TIDAK BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....
-
Atas permintaan, saya nak postkan entri tentang "Panduan Solat Sunat Istikharah" Cara Nabi S.A.W yang saya ambil dari blog Enc...
-
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ "Kenapa jadi guru tak kerja lain?" Pertanyaan yang sudah beberapa kali ...
-
SUSAH KE JADI STUDENT PART TIME ATAU PJJ? اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ Permintaan rakan blogger untuk say...


