FAKTA DUNIA REALITI BUKAN FANTASI HALUSINASI.
Saya suka kumpul cerita isu semasa. Kali ini saya kongsikan perkara isu semasa yang berlegar di laman-laman sosial saya sepanjang beberapa minggu lalu sehingga ke hari ini dan aduan-aduan saya terima daripada netizen dan followers saya. Terima kasih kepada pengadu yang prihatin hal ehwal aqidah dan isu semasa negara pembaca Blog saya. ❤️🌹
1) TAHUKAH ANDA?
- Jika terlihat di laman sosial seseorang sedang diumpat, diburuk-burukkan aqidah seperti contoh ghibah dan fitnah individu sebagai sesat atau pembawa ajaran sesat, kita boleh buat laporan polis.
- Ghibah dan fitnah amat lazat. Tetapi kita kena ingat, aqidah bukan perkara mainan.
- Sikap tidak ambil peduli, beranggapan itu bukan urusan kita dan beranggapan apa kita lihat itu tidak ada kena-mengena dengan kita, menyebabkan semakin menular perangai tidak beradab segelintir netizen, macai cybertrooper hingga jari-jemari menulis, terpesong aqidah mereka tanpa sedar hasil like, comment, share, menipu disebabkan gila isim (sakit jiwa), laparkan perhatian dan demi meraih followers.
- Keji perangai dan mudah kerja gang gila ini tarik crowd dengan menganiaya dan fitnah, umpat keji dan mencarutkan sesiapa yang tidak ikut mereka Terima kasih kepada pengadu yang prihatin. ❤️🌹
2) KISAH PLAGIAT
- Ramai juga yang suka buat kerja mudah, copy paste tanpa tabayyun (semak), copy paste dan recycle bicarakan bab solat, bab nikah dan bab muamalat (hukum jual-beli) dalam Islam tetapi SANGAT KURANG mungkin TIADA yang membicarakan BAB ADAB DAN AQIDAH.
- Jika berghibah (gossip @ mengumpat) laju. Ramai like, comment dan share. Itu yang diburu ramai. Bab adab dan akidah, sepi. Hendak pula yang kurang followers dan kurang glamour seperti saya. Malap terus. Tapi usah risau, saya tidak dikenali di sesetengah laman sosial, saya menjadi perhatian kalangan kumpulan ajaran sesat psikik scammer penunggang agama yang gila isim.
- Viral berkali-kali nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta ini oleh mereka. Kasihan. Hidup tidak aman. Saya sahaja bermain difikiran. Walaupun sudah malas layan gangguan scammer online, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pengadu yang prihatin. ❤️🌹
- Beberapa minggu lalu saya ada buat dua (2) siri video berkaitan kebiadaban jenaka pelawak dan individu lain menghina Islam. Video itu penontonnya naik mencanak di tiktok, you tube dan instagram saya. Ini isu aqidah. Bukan biasa-biasa. Inilah peperang minda dan isu aqidah.
- Sudah dua hari pula berlegar di laman sosial kisah tentang penceramah bebas merogol pelajar bawah umur berusia empat belas (14) tahun.
- Terkini isu kon**m pula diajar dalam sekolah. Adoilah. Punca merebakkan perkara maksiat berleluasa jika tidak hati sendiri ingatkan neraka, ingat dosa ingatkan Allah sentiasa.
BEGINILAH.
- Bila kita tidak tahu butiran kes sebenar. Jadi lebih baik diam dari menulis.
- Bila tidak ingat diri sendiri itu pun ada anak-anak, ada adik-beradik dan saudara-mara perempuan dan emaknya juga perempuan.
- Bila benak mata hati, yang salah nampak betul dan yang betul nampak salah.
- Bila beer menjadi tunggangan tidak mustahil aqidah dibuangkan.
- Bila adab, aib, rasa malu, maruah sudah hilang, gadai aqidah pun tidak kisah. Melayu, cakap kotor, setuju dengan beer jadi lumrah. Bangga dengan konten sampah dan lucah. Seksi itu biasa dah.
- Bila adab dan hormat semakin diabaikan dan tenggelam. Rasa malu yang menebal makin hilang semakin pupus akibat silibus sikular dibangga-bangga. Silibus Islam dikesampingkan. Cara pakai kon**m bebaslah diajarkan. Tiada pemantauan dari pihak pentadbiran. Mereka beranggapan itulah kemodenan.
- Allah hendak tunjuk. Tidak, kita pun tidak tahu bahawasanya ramai bangsa Melayu kalangan artis rajin masuk kelab malam itu. Sebelum saya menulis hentam keromo saya mengkaji dahulu punca asal kenapa perkara ini berlaku. Saya terjumpa di google, ada seorang artis tersohor Malaysia telah buka tiga (3) kelab malam di Perak. Saya hilang minat terus kepada artis ini. Kita ini Islam kenapa perlu kita membudayakan budaya Barat?
- Perempuan itu hanyalah antara alat digunakan untuk rancangan menjahanamkan ummat Islam dan membangkitkan sentimen perkauman. Sama juga dengan selepas perempuan itu, ada seorang lelaki lagi menghina nabi kita. Ada ayat saya dengar membuktikannya. Saya ni cepat peka bab ini.
- Pada satu poster program mereka mempersendakan agama Islam ada logo AGNew. Setelah saya teliti rupanya inilah permainan Gerakan New Age iaitu satu gerakan menyesatkan dan memesongkan aqidah Islam. Sama seperti Gerakan Missionary Kristian menarik bangsa Melayu murtad melalui bisnes. Sebab itu saya nyatakan dalam Blog dan perkongsian saya, ini adalah perang akidah.
- Usah disalahkan kuffar bermaharajalela menghina Nabi, hina Islam, memesong dan murtadkan akidah umat Islam jika sendiri yang buka pintu fitnah terhadap Islam, keluar masuk kelab malam.
- Sebenarnya inilah punca kehancuran, musnahlah aqidah, punahlah akhlak apabila adab tidak menjuarai dalam apa jua perkara.
- Moga dijauhi kita dari terpesong aqidah walaupun kebiasaanya bila adab sudah hilang, aqidah pun mudah terpesongkan akibat mendahului Allah SWT, menghukum dan meletakkan hukum sesuka hati kepada pesalah dan mangsa jenayah.
- Walaupun semuanya boleh dibeli, walaupun dunia ini sudah di penghujung, walaupun fitnah bermaharajalela, sebaiknya, kita ini tabayyun (semak dahulu). Sebaiknya biar pihak berkuasa keluarkan laporan siasatan mereka sepenuhnya sebelum jari-jemari kita yang berdosa ikut mudah menghukum.
- Yang berjuang membongkarkan scammer penunggang agama, teruskanlah berjuang dengan cara kita masing-masing yang termampu kita. Usah menyerah kalah pada kebatilan yang ada cuba memesongkan akidah kita semua.
Tidak faham landasan ilmu dan tidak beradab antara perkara yang akan memesongkan aqidah jika mempermainkan hukum Allah dan mentertawakan isu aqidah. |
Bagiku agamaku, bagimu agamamu. (Al-Kaafiruun ayat ke 6).
- Entah ayat siapalah diciplaknya untuk tunggang agama. Biarlah dia terus dengan sikap munafiqnya pastor Malaysia ini. Play victim yang mengelabui followers seolahnya dia insan soleh lagi kaamil. Sebenarnya dialah pendusta mempergunakan agama untuk meraih followers, crowd masuk Gerakan Missionary Kristian.
- Saya antara yang pernah 'ter'jebak. Alhamdulillah saya keluar terus selepas saya nampak penipuan online marketingnya dan persubahatan dia dan kawan baiknya mendapatkan database ahli secara halus. Serahkan salinan kad pengenalan anda masuk percuma. Mudahnya dibeli aqidah dengan promosi percuma ya?
- Report polis pun ada. Dua laporan polis saya sudah buat atas arahan pihak berkuasa. Sedang siapkan laporan ke Jabatan Agama juga. Laporan daripada tahun 2020 sehingga tahun 2022 ini. Licik permainannya bersama gangnya.
- Saya tidak pernah padam perkongsian saya. Hanya simpan terutama yang menjadi keobsesan gang akhir zaman teori konspirasi pelampau gila isim. Tetapi beliau telah padam. Malahan bersembunyi dalam komen puak gang akhir zaman teori konspirasi pelampau, pemberontak negara mengugut saya. 🤣🤣🤣👎
- Pastor Malaysia penceramah bebas motivator tersohor Malaysia, kamu menang di dunia sementara sahaja. Kamu kuat pengaruh di dunia sahaja. Akhirat kamu tidak akan terlepas punya. Kamu ugut saya, aibkan dan fitnah saya sesuka-hati kamu kononnya kamu difitnah dan saman akan menyusul. Inilah sikap munafik seorang pastor Malaysia.
- Kasihan pengikut yang buta mata hati mereka tenggelam dalam pemesongan akidahnya. Tidak sedar semuanya jadi mangsa halus licik pemesongan akidah beramai-ramai. Kamu memang kelakar bersembunyi di sebalik title, pengaruh, followers dan ayat-ayat menunggang agama kamu. Ingat, azab Allah tidak akan terlepas ke atas si munafik pemesong akidah seperti kamu dan rakan-rakan kamu yang biadap semuanya kepada agama, bangsa dan aqidah umat Islam sedunia.
- Jika tidak masakan bertutup litup berjubah berserban sanggup gadai akidah masuk Gerakan Missionary Kristian bisnes produk korea Selatan? Kasihan diri itu jahil tetapi tidak mahu belajar bab aqidah. Malas mengaji. Asyik masyuk dengan urusan keduniaan hingga terpesonglah akidah pun tidak kisah.
‘Silap fikir jadi hamba orang’
Sesiapa Yang Tidak Belajar Daripada Sejarah Akan Terhukum Mengulangi Kesilapan Silam"
Jual beli cedok-cedok hukumnya haram sebab menyamai program perjudian. Begitu juga Fingo, Forex, crypto dan jual-beli emas online tidak patuh syariah". Ustaz yang cakap.
- Patutlah saya tidak berminat dengan semua itu. Suami saya tidak bersekolah agama. Tetapi beliau belajar mengaji. Asuhan kedua orang tuanya, Alhamdulillah cukup agamanya sentiasa mendidik membimbing saya.
- Saya pesan kepada yang kenal saya, apa jua pun, jangan taksub.
- Saya sudah lama tahu sesetengah perkara. Banyak juga saya baru tahu. Jadi saya kongsi pada yang tidak tahu sahaja. Moga bermanfaat kepada yang TERbaca.
Kementerian Pembangunan Wanita Kerajaan Malaysia masih mengkaji keperluan perkenal cuti haid. Kesakitan seorang wanita sewaktu kebiasaan haid. |
- Asalnya saya fikirkan hanya sekadar isu tuala wanita sahaja. Rupanya isu lebih lengkap lagi berkaitan KESAKITAN SEORANG WANITA SEWAKTU normally mereka sedia ada ALLAH SWT telah berikan. Betul beberapa perkara di komen. Kita berfikiran rasionallah pasti ada hikmahnya kenapa isu ini dibangkitkan oleh Menteri Pembangunan Wanita ini. Beliau hal ehwal wanita. Maka wajarlah beliau usulkan perkara itu. Wanita mana tidak rasa malu bercakap perkara sedemikian di khalayak awam? Tapi nampak tak beliau baca text? Bukan beliau bercakap atas individu beliau.
- Beliau mengusulkan MENYUARAKAN BAGI PIHAK WANITA yang mengalami KESAKITAN. Gunalah akal. Jika sakit, hendak bekerja bagaimana? Yang tidak pernah mengalami tak akan pernah faham bab KESAKITAN tapi MC TERHAD dan dipandang serong oleh rakan kerja yang lain. Saya bekas sakit kronik slipped disc. Sakit ni lebih teruk daripada kesakitan asbab kebiasaannya berlaku setiap bulan kepada seorang perempuan. Saya faham benar keadaan ini. DIHINA DIPULAU AKIBAT SAKIT.
- Cuba yang komen negatif ni bayangkan anak atau adik-beradik perempuan kalian berada dalam keadaan itu? Bayangkan. Asatizah pun mengajar bab ini di sekolah dahulu. Jika tidak diajar ramai yang jahil bab haidh. Ke masa sekolah ponteng bab agama? 😂 Adoilah. Emosi mengalahkan akal ramainya dalam mana-mana komen. Saya pun kadangkala teremosi juga bila baca berita pihak media massa ni memang suka benar ala-ala mengadu-domba biar kita semua bertekak. Maka naiklah ranking laman sosialnya. Minta maaf sekali lagi ya. 🙏
Ini pendapat saya seperti saya telah tulis di atas tu. Alhamdulillah banyak saya belajar melalui tulis pendapat di ruang komen pengguna laman sosial lain. |
- Orang Islam lebih suka banyak diam daripada menambahkan dosa dan mengurangkan pahala pada hal belum ada kepastian.
- Namun demikian, ada perkara lebih baik diam dan ada perkara perlu bersuara di zaman sudah penghujung banyak fitnah berlaku. Jika perkara berkaitan aqidah diam, itu bacul dan tidak layak menjadi Islam sebenarnya.
- Suarakan pendapat kita di mana-mana sahaja ikut cara dan gaya kita tersendiri sahaja. Abaikan shadowbanned laman sosial dan toksid yang ada.
- Ya. Adakalanya kita perlu buat havoc atau perangai gila-gila asalkan tidak gila dan kita mesti berani supaya orang tidak biadap dan pijak kepala kita.
- Sukahati bagaimana cara kita membersihkan nama kita yang 'sedikit' tercalar, pedulikan semua negatif dan toksid yang ada. Bukan peduli makhluk kita mahukan. Peduli Allah kepada kita yang kita dambakan.
- Gangguan demi gangguan makhluk individu dan gang gila isim sentiasa dapat saya tepiskan dengan penuh keamanan. Saya buat kerja ambush tanpa senjata dalam diam. Report polis jika mengancam keselamatan.
- Tidak glamour di sesetengah laman sosial, media sosial lainkan ada. Manfaatkan sahaja kepakaran kita yang ada untuk dakwah dan memberi manfaat kepada yang lainnya.
- Bukannya menjadi gila isim (sakit jiwa) ajak ahli dan orang ramai mabuk ketum, halusinasi gila isim alam kayangan, alam ghaib dan leluhur jin seperti doktor perawat guru silat yang gila isim Nusantara, bani tamim, majapahit bersama sekutunya coach gila isim amalan sesat gerakan New Age. Apa barang bertanjak berbaju silat pacak keris tapi barai adab terpesong akidah. Kahkahkahkah! Lemah! 🤭
Inilah antara FAKTA DUNIA REALITI BUKAN FANTASI HALUSINASI moga bermanfaat.
11) CERITA SAYA.
Buat kerja dalam senyap. Bersihkan instagram. Tahu-tahu siap. Baru seronok berkongsi cerita. Cerita biasa. Tetapi jadi panduan untuk yang rajin membaca.
22/7/2022. Jumaat. Alhamdulillah. Selesai |
- Alhamdulillah. Selesai membersihkan Instagram utama sambil-sambilan editing Ebook 'Kenali Gila Isim'. Barulah boleh mulakan follow back. InShaaAllah facebook menyusul pula.
- Tiada perkara yang merosakkan, memesongkan aqidah, bukan scammer, bukan fake account, tiada unsur maksiat, tidak melampaui batasan adab dan akhlaq MUSLIM. Saya OK sahaja. Hormati hak kebebasan beragama. Pendapat masing-masing raikan sahaja asalkan tidak biadap dan tidak memesongkan aqidah kita.
- Penyertaan yang berbaloi.
- Suami izin dan memang best. 🥰
- Alhamdulillah.Bengkel puisi ke dua sudah selesai. Sudah dapat sijil. Antologi puisi pun in progress.
- 23/7/2022 Bengkel pantun.
- 30/7/2022 Bengkel cerpen.
- Indahnya hidup bila buat perkara yang kita suka dan bermanfaat.
- Boleh gunakan kemahiran dari sekolah menengah ini untuk banyak perkara. Jika rajin, buat duit pun boleh. Ada caranya. Yang paling penting niat kerana Allah dan dakwah. Jika ada kemahiran dan minat, sila teruskan. Abaikan toksid yang ada ya.
- Saya telah keluar dari kumpulan ini.
- Review (promosi) produk atau syarikat anda sila email kisahcikguieta@gmail.com .
- Atas permintaan Suami saya, saya hentikan perniagaan, coaching, seminar dan kursus untuk fokus urusan persekolahan anak-anak saya.
- InShaaAllah sudah 33 tahun saya di dalam bidang marketing. Perkongsian hal-ehwal blogging, social media dan zero cost online marketing saya beri secara percuma sahaja. Boleh follow laman-laman sosial dan blog saya. Terima kasih. Harap maklum. 😊
- Siapa saya? Lihat di pinned entry blogieta.com
- Founder Dunia Niaga iEta Enterprise, Rahsia Social Media, Rahsia Likes Free Tanpa Ads dan Rahsia Carian Google.
- Bukan Guru Silat, bukan perawat, bukan guru kebatinan dan kerohanian pernah terkeliru akibat perbuatan khianat guru-guru ajaran sesat.
- Hanyalah Lulusan Pondok 4 Thanawi, Graduate Institute of Information Technology Cosmopoint (KLMU) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Space jurusan Sains serta Pendidikan (Pengajian) Islam.
- Mantan Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), meletakkan jawatan sebab urusan perniagaan.
- Mantan Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), meletakkan jawatan sebab urusan perniagaan.
- Mantan Penolong Guru Besar SRIP meletakkan jawatan sebab sambung belajar.
- Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2016. Meletakkan jawatan dari JAWI sebab kronik slipped disc. Alhamdulillah sembuh dengan izin Allah tanpa suntikan steroid, voltaron dan tanpa pembedahan.
- Anti ajaran sesat (sihir, syirik, khurafat) doktor perawat Guru Silat Seni Gayong Makrifat, Guru Silat Seni Gayong Malaysia dan Harimau, Coach pengamal silat selimpang merah, tenaga pengajar Silat Seni Gayong Fatani Putrajaya kurang ajar, tenaga pengajar Silat 7 Langkah kurang ajar dan gang gila isim paranoid akhir zaman teori konspirasi mainstream (PDRM maklumkan mereka ini psikik dan scammer penunggang agama).
- Bahagian jahil
- Dosa besar syirik menduakan Allah
- Adab dan Tabayyun
- Cubaan provokasi.
- 6 ghibah yang diperbolehkan menurut Imam Nawawi
- Aqidah bukan perkara mainan
- Psikik Scammer Penunggang Agama
- Bahagian jahil ramai selalu keliru
- Fahaman Bahaiyyah mengelirukan pemikiran
- Laporan polis gang scammer penunggang agama
- Ghibah dan fitnah amat lazat 😋
- Kau jangan ambil kerja tuhan
- Usah terlalu paranoid iaitu taksub
- Paranoid dan saman
- Amalan Garfu Tala
- Inilah sepatutnya yang perlu diambil tahu
- Kasyaf
- Selamatkan aqidah dari Gerakan Missionary Kristian
- Fakta amalan sesat Gerakan New Age
- Himpunan pautan artikel Blog
- Fakta dunia realiti bukan fantasi halusinasi
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.
Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.
Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com