TAKTIK SCAMMER MEMPERALATKAN PENULIS ALAM MAYA

TAKTIK SCAMMER MEMPERALATKAN PENULIS ALAM MAYA


Tahukah anda?

Antara taktik scammer mendapatkan maklumat peribadi kita, scammer dapatkan salinan kad pengenaan sahaja cukuplah untuk tahu seisi keluarga kita dan semua maklumat peribadi kita. 

Taktik scammer, penulis, penulis alam maya, scammer, scammer online, ghost writer, Blogger, penulis, penulis blog, penulis laman sosial,
Scammer kuat menyamar sebagai apa sahaja.


Berhati-hatilah dengan pautan link yang dikongsikan di laman sosial. Ramai yang menipu juga kongsikan link tetapi bila klik banyaklah iklan menyedut duit dari dalam handphone kita. 


Sekadar kongsikan supaya kalian mengerti, ghost writer (penulis upahan) bukanlah Blogger yang mencari rezeki daripada penulisan Blog yang bersih dari gossip liar dan mereka ini antara yang merosakkan nama dan reputasi kami golongan Blogger sedunia yang menulis untuk sebarkan kebenaran menentang kemungkaran. Blogger pula bukanlah semuanya berhati kejam menulis bukan-bukan sebarkan dosa kurangkan pahala.


Ghost writer sanggup menjadi penulis upahan kepada Menteri-menteri politik gila kuasa dan menaikkan siapa sahaja yang membayar upah dan wang ringgit lumayan kepada mereka. (Pengakuan dari rakan saya seorang bekas ghost writer. Saya juga pernah dipinang menjadi ghost writer tetapi saya menolaknya).


Ada orang tanya,

Kenapa air laut masin?

Logiknya pada pemikiran saya ialah :

  1. Ramai manusia berendam dan mandi di dalamnya.
  2. Air sungai tawar maka laut kenalah masin pula.
  3. Ciptaan Allah seimbangkan ekosistem bumi di dunia.
  4. Yang kuajaq buang air kecil masa mandi dalam laut. 🤦

Banyak lagi kejadian ciptaan Allah SWT kita boleh semak dalam al-quran antaranya,

  1. Surah al-Ghashiyah, ayat 17-20
  2. Surah al-Baqarah, ayat 164.
  3. Surah Ali 'Imran, ayat 190
  4. Surah al-A'raf, ayat 179
  5. Surah az-Zariyat, ayat 20-21


KEHEBATAN ALLAH SWT

Saksikanlah kehebatan Allah SWT pada penciptaan diri sendiri dan makhluk lain di sekeliling kita. Jika kita dapat melihat seluruh bumi dan isinya ini sebagai antara bukti kekuasaan dan kehebatan Allah SWT, maka diri tidak akan sama sekali tergamak mengakui adanya kehebatan tersendiri walaupun sekelumit.

Sebab itu dalam bacaan Sayyidul Istighfar, kita mengakui Allah SWT adalah Tuhan yang menciptakan diri dan kita adalah hamba-Nya. Justeru, kita perlu sedar Dialah Tuhan yang selayaknya mengurniakan perlindungan dan keampunan.

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan-Mu. Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berpegang dengan perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan perbuatanku, aku mengakui dosaku kepada-Mu dan aku mengakui nikmat-Mu kepadaku, maka ampunilah daku. Sebab tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain-Mu dan aku meminta ampun daripada segala yang pernah aku lakukan." (Hadis Riwayat al-Bukhari).



SALAM EIDUL ADHA. 

MAAF LAHIR DAN BATIN.

Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta 

Berkawan dengan semua. 
Anti ajaran sesat dan scammer


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...