PENGUMUMAN PAGE dan LAMAN SOSIAL AKTIF

PENGUMUMAN PAGE dan LAMAN SOSIAL AKTIF


TIPS DAN PANDUAN LAMAN SOSIAL, Tampar, tamparan wanita, penampar ghaib, penampar internet, penampar alam maya
Ramai sudah yang tertampar akibat mengganggu Akidah saya.


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Saya nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Coach
  1. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Subjek teras, Khat dan Sirah. Meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan. 
  2. Saya juga mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selama 10 tahun. Subjek teras Tauhid, Jawi, Bahasa Arab dan Tajwid. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 dari Ketua Setiausaha Negara (KSU) disampaikan oleh Dato' Asyraf Wajdi. Meletakkan jawatan sebab sakit kronik slipped disc L4 hingga L5. 
  3. Selepas itu saya meneruskan program keusahawanan secara personal, group coaching, seminar, kursus berkaitan blog dan bisnes melalui SocMed sehinggalah tahun 2020. 
  4. Tahun 2021 saya meneruskan program Personal Life Coaching. 1/3/2022, atas saranan suami, saya berehat dari berniaga dan semua aktiviti sambilan isi masa lapang kebiasaan saya untuk fokus hantar, ambil anak-anak bersekolah dan suami bekerja sahaja. Sebagai suri rumah sepenuh masa, saya masih meneruskan penulisan, perkongsian di blog dan laman-laman sosial saya. Marketing, itu kerja buat dan mainan saya.


BANYAK PAGE

  1. Saya ada banyak page sebenarnya. Guru Instagram saya dulu ajar saya buat banyak akaun. (Beliau pun pendakyah ajaran sesat juga). Saya pun tidak tahulah apa tujuannya ajar kami buat banyak-banyak akaun. Saya buat sahaja tanpa banyak soal-jawabnya. Dan page yang banyak tu ada yang wujud tanpa senghaja. Maklumlah masa buat Instagram dulu newbie lagi. Terkial-kial. Alhamdulillah setelah empat (4) tahun bertapa di Instagram, 2019 saya masuk semula ke facebook saya INI (sila klik). Sendu terus. 
  2. Meriah sebab gang gila isim sakit jiwa mabuk ketum alam ghaib memeriahkan laman sosial facebook saya dan channel telegram saya semuanya cecah hampir seribu subscribers. Semuanya saya sudah padam, buat channel baru. Jarang hendak promosi. Biarlah subscribers genuine hadir sendiri.
  3. Selepas diviralkan oleh kumpulan ajaran sesat gila isim saya turun ke tiktok. Banyak jugalah video saya viral tanpa senghaja. Rezeki. Alhamdulillah. 
  4. Page gambar wajah mata saya diconteng dengan najis dan misai dakwat merah bukan page saya. Di buat atas nama pena saya tohmah, fitnah, mengaibkan suami, anak dan kakak ipar saya. Yang masih follow page itu memang buta mata hatilah jawabnya sebab saya sudah beritahu tapi masih follow juga. Hahaha. Psikik scammer penunggang agama kumpulan ajaran sesat gila isim penjenayah cyberbully body shaming cyber attack AKIDAH, minda dan jiwa saya yang menyamar di page itu untuk tujuan menganiaya aibkan saya. Saya sudah block semua mereka. Malaslah ambil tahu hal mereka. Bosan. Laporan polis pun sudah saya buat.

INI PAGE UTAMA SAYA

  1. Kisah Cikgu iEta (Page lama masa aktif menyertai program job Blogging). πŸ₯°
  2. Puteri Nur Cahaya (Page baru diwujudkan sebab terlupa page lama tu ada). Wakakka. 
  3. Wujudnya Allah Zahir Pada Manusia  (Dulu kongsi hal scammer sesaje dan hal-ehwal akidah. Sekarang masih berkongsi lagi bab AKIDAH dan apa sahaja asalkan saya bahagia. 🀭
Klik sahajalah tulisan biru itu untuk follow atau timba pengetahuan tak seberapanya dari saya. Usah plagiat (copy paste) tanpa letakkan sumber. Perbuatan itu harom. Dapat rezeki berbentuk follower dan wang ringgit tiada keberkatan dalam kehidupan dan perniagaan.



BLOG saya pun banyak. Yang aktif,
  1. Lifestyle Blog.  
  2. Wujudnya Allah Zahir pada Manusia. (pautannya tidak ngam dengan facebook ni. Jadi banyak perkongsian di channel telegram. Kadang-kadang rajin saya menulislah di dalam Blog saya berkaitan AKIDAH.
  3. Cerpen.

Boleh tekan pautan di BIO untuk membaca perkongsian percuma saya. Lain-lain page tu, carilah sendiri. Hahaha. Terima kasih yang sudi support penulisan dan perkongsian saya walaupun kita tidak pernah bersua muka. ✌️



TERJEBAK KUMPULAN AJARAN SESAT



Mohon maaf. πŸ™Untuk makluman,
  1. Saya bekas pesakit skronik slipped disc dan sebelumnya saya kerap pengsan tanpa sebab. Meratalah Almarhum Abah saya bawa sebelum saya berumahtangga. Selepas itu suami sayalah ambil alih pula.
  2. Saya telah terjebak dengan individu dan kumpulan-kumpulan ajaran sesat. Saya mangsa kumpulan ajaran sesat. Saya didakyah ajaran amalan sesat, disihir dijadikan perantara individu dan kumpulan ajaran sesat berkomunikasi dengan leluhur (ritual jumpa, seru, panggil, jemput jin) hingga roh, jiwa, nyawa, ruh semangat saya terperangkap di antara alam sebelah sana dengan dunia nyata ini, saya jadi keliru terima khabar berita dan cerita dari yang mengaku leluhur, hampir mati nyaris hilang nyawa nazak berkali-kali. Merata saya bertanya hingga terjebak lagi dengan kumpulan ajaran sesat lain taksubkan alam ghaib, leluhur jin yang ditaksubkan sebagai moyang. 
  3. Mereka sampai jadi gila isim sakit jiwa manipulasi perbualan soal-jawab mereka dengan saya mencuri tahu perkara alam ghaib dan harta karun emas milik leluhur jin yang ada. Ini kelakar.
  4. Bila saya tidak melayan, bila saya tegur, nasihat dan marah mereka yang dakyah saya ajaran amalan sesat, mereka khianat, saya dituduh, ditohmah, difitnah disebabkan mereka hendak menutup sesat dan batil mereka sebar kepada ramai hasil mereka blur lembam faham soalan saya. Mereka fitnah, jenayah cyberbully body shaming cyber attack ugut sihir, bunuh, saman, santau, jurus sampai saya muntah darah, ugut saman, PDRM, JAIS, MAIS akan menyerbu, angkut saya dan hasut ramai pulau saya. Jijik hendak sebut lagi nama bomoh-bomoh gila isim sakit jiwa ni.
  5. Kekeliruan saya itu, merata saya tanya soalan termasuklah pensyarah-pensyarah saya di UTM. Ada yang sampai block saya sebab blur, ada yang memberi cadangan buat laporan kepada Pejabat Mufti. Paling kelakar James Raven pun saya tanya. 🀦 Akhirnya James Raven yang digelar Ustaz ramai idolakannya tu mengumpat saya berjemaah. Saya block terus malas pedulikan. 2023 dia kutip derma online untuk tahfiznya di tiktok. Follow tiktok saya. Memang saya block teruslah orang tak beradab ni. 
  6. Selepas diritual itu, saya terjebak dengan bisnes MLM Atomy Gerakan Missionary Kristian ejennya, perunding motivasi terkenal Malaysia mentor kepada Coach yang gila isim sakit jiwa aniaya saya buat ritual pada tahun 2020. Saya batch yang kedua. Pautan perkongsian saya mendedahkan scammer online marketing dan akidah di bawah boleh baca jika rajin. Atomy Gerakan Missionary Kristian, perkongsian asal saya berkaitan Atomy Gerakan Missionary Kristian di facebook peribadi saya, banyak sudah saya simpan dan muat naik ke dalam blog-blog saya.
  7. Kekeliruan menyebabkan saya bertanya merata-rata hingga saya terjebak lagi dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat dan individu pendakyah ajaran sesat lain. Itu yang saya difitnah teruk 3 tahun berturut-turut. Dari tahun 2020 dan akhirnya viral di facebook, saya ni penyebar ajaran sesat sehinggalah tahun 2022. Soal-jawab saya dimanipulasikan seperti saya ni mengaku pelbagai perkara tidak masuk akal Islam. Mereka komplot cara halus. Tidak ramai perasan. Saya perasankannya selepas saya kerap menulis berkaitan ajaran sesat dan gila isim.
  8. Mereka juga berkomplot bermula dari bulan empat (4) tahun 2021 di facebook masing-masing melalui perkongsian menunggang agama. Perkongsian tentang agama, di komen ghibah, fitnah dan hasut ramai pulau dan serang saya. Seterusnya pada 5/8/2021 dan 24/8/2021. Akhirnya pada 3/9/2021 tuduh, tohmah, fitnah, jenayah cyberbully body shaming cyber attack aqidah, minda, niqab, jiwa, ruh, nyawa, keluarga keturunan saya, ugut bunuh, ugut sihir, santau jurus hingga saya muntah darah, ugut saman, ugut PDRM, JAIS, MAIS akan menyerbu, angkut saya dan mereka hasut ramai pulau saya.
  9. Waktu itu walau pun saya giat buat seminar social media, saya masih lagi belum bijak menggunakan facebook dan laman sosial lain, jadi saya maklumkan perkara yang sama berulang-kali melalui beberapa perkongsian saya. Memang saya sangat anti dengan ajaran sesat perkara-perkara melibatkan sihir, syirik dan khurafat hingga saya pernah amat fobia dan trauma. Pernah nyaris bunuh diri, hasil kelirunya saya, nyawa dan akidah saya jadi taruhan mereka. Saya dianiaya dan dizalimi mereka. Nampak macam saya lemahkan? Sebenarnya perbuatan mereka buat saya semakin berani mendedahkan siapa mereka semuanya.
  10. Maaf cakap, sekali lagi saya nyatakan, mereka semua termasuk yang like, comment dan share perkongsian pendakyah-pendakayah ajaran sesat itu semuanya telah terpesong akidah terpengaruh ilmu kerohanian kebatinan menyeru leluhur jin, minta scan (menelek) hingga memesongkan akidah taksubkan apa sahaja mereka idola (taksub)kan. Ada juga yang saya dah maklumkan dah dia ni aniaya fitnah saya, tapi dia punya jahil murokkab, follow juga bomoh-bomoh ajaran sesat, sihir, syirik dan khurafat tu siap share program coach gila isim sakit jiwa tu. Bodohnya.
  11. Akhirnya saya terjebak pula dengan komplot bapa saudara suami saya bersama bapa saudaranya. Bapa saudara suami saya sama juga seperti yang fitnah dan ritual saya pada tahun 2020 dan 2021. Sudah lama aim saya di facebook. Pendakyah ajaran sesat ini jemput saya berguru dengannya gerak aura yang ditipunya saya sebagai silat. Beliau juga buat ritual ke atas saya beserta rawatan militan tahap babi pun meraung kalau kena. Mula-mula baik sangat. Lemah-lembut bercakap. Tidak dapat apa dihajat, sangap nak mati khodam jinnya tidak dipenuhi, mulalah berubah sikap. ieyyy menyampah hendak diingat. Militan nak mati gila isim sakit jiwa kurang ajarnya saya dimaki-hamun, didera semasa proses berguru dengan dia yang acah-acah hendak rawat saya yang diresakan khodam jinnya, buat rawatan kaedah militan. 
  12. Bomoh ilmu hitam ahli sihir menyamar ahli silat, perawat Islam, pakar tauhid, pakar tasawuf dan ahli sufi ni mengaku Allah, Dajjal dan tanpa beliau sedar mengaku perbuatan beliau jadikan saya bahan kajian ilmunya dan beliau juga sihir saya. Beliau telah menangguh-nangguhkan, melengah-lengahkan saya dan minta saya biarkan sahaja tidak perlu buat laporan seterusnya lagi dan dakyah saya ilmu sihir pukau dan pengasih. Dalam pada itu saya tetap meneruskan perkongsian saya. 
  13. Ilmu amalan sesat ni, dengan saya memang tidak boleh ngam. Saya melawan. Banyak soalan saya, jawaban merepek, merapu dan merapan dia berikan kepada saya. Samalah dengan gila isim sakit jiwa guru Silat Seni Gayong Makrifat dan guru latih Silat Seni Gayong Fatani. Semianya auta berbohong sahaja lebih. Kerap pengsan saya menjadi-jadi. Yang mistik, misteri dan comel hodoh mari, tak usah ceritalah. Alhamdulillah saya tidak berhalusinasi. Hanya roh, jiwa, nyawa dan semangat saya sahaja dikawalnya. Minda saya masih normal seperti biasa. 
  14. Hari-hari saya minta petunjuk dari Allah SWT jalan kebenaran dan jalan yang lurus. 9/10/2022 diputuskan perguruan, saya rasa lega seolahnya lepas beban dari batu jemala patik dari kepala saya yang hina dan naif ni. Saya sudah kongsikan dengan penuh emosi DI SINI sila klik. Malas saya hendak edit lagi semua perkongsian sudah lepas-lepas. Bosan. Yang baca pun pening kepala agaknya apalah yang cuba diceritakan. Memang sukar difahami. Saya baca semula pun saya jadi meluat, geli-geleman dan jijiknya Ya Robbi.
  15. Memang saya dulu ada jahilnya juga. Saya suka berkongsi apa sahaja. Saya tak tahu nak jelaskan pada orang macam mana. Jadi saya tulis panjang lebar di facebook dan blog saya. Tahun 2023 ini baru saya faham, saya kemaskini ringkaskan seringkas boleh dan saya akan beri penerangan kepada awam ikut cara saya tanpa sebut nama sesiapa (kaau boleh). Geli-geleman, jijik rasa nak muntah bila sudah tahu perbuatan ritual mereka tu aktiviti bomoh. Saya memang banyak soalan. Kadang saya tanya akhirnya saya dapat sendiri jawabannya. 
  16. Dahulu saya tidak percaya sihir itu wujud. Saya naif sirah nabi. Banyaklah silap saya. Sebab itu Allah uji saya bertimpa-timpa supaya saya semakin dekat kepadaNYA, boleh ulas dan berkongsi untuk diambil iktibar semua yang membaxa. Saya yang terjebak dan dianiaya. Bila sakit slipped disc saya berulang semula dan injured pula di lutut dari bulan 3 tahun 2022 sehinggalah 11/1/2023, pergerakan saya bertongkat untuk ke mana-mana menyukarkan saya. Maka tergendala lagi semuanya. Urusan faraidh Almarhum Abah saya pun masih belum selesai lagi bila saya injured. Maka saya dan suami decide serah semuanya kepada Allah SWT selesaikannya. Bukti saban hari semakin banyak saya perolehi. Bersyukurlah Alhamdulillah saya sudah sembuh sakit slipped disc dan tidak perlu lagi bertongkat. Ustaz yang suami saya jemput ke rumah banyak membantu saya. Beliau kenal dua ekor bomoh yang berlambak jin dan sudah gila isim. Ustaz  membuktikan saya tiada jin tiada saka. Terima kasih semua yang membantu.


SCAMMER TERBESAR DI MALAYSIA.

Mereka ni idola ramai. 🀭πŸ˜ͺπŸ™„

Antaranya,

  1. Perunding Motivasi tersohor Malaysia. Ejen Gerakan Missionary Kristian. Bomoh moden ahli silat.
  2. Strategiest branding (marketer) resign government (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan - MAIS) pencen awal sebelum umur 30 tahun. Silat Selempang Merah. Ejen Gerakan Missionary Kristian. Bomoh moden.
  3. Motivator Konsultan guru silat seni Gayong Makrifat, bomoh Tradisional menyamar perawat Islam yang merawat dengan sesat (sihir, syirik dan khurafat).
  4. Presiden pusat rawatan dadah.
Mereka ni ramai sebenarnya. Sudah lama saya berpesan. Pertama kali saya berpesan dalam kumpulan bisnes Gerakan Missionary Kristian yang saya tinggalkan selepas saya kesan leadernya scammer online marketing, akhirnya terbongkar rahsia beliau pastor Malaysia. Mereka memang ramai pengikut.

Memang pengikut ajaran sesat berpaksikan Azazil di waktu akhir zaman akan bertambah atas sebab takut miskin, takut itu takut ini. Paling kelakar  takut setan. Allah SWT suruh takutkan neraka jahannam usah buat dosa. Mereka, ajaran sesat, sihir, syirik dan khurafat tidak pula peka tidak ada usahaja menjauhkan diri. Malahan masuk ikut kumpulan ajaran sesat berselindung di sebalik nama survival Malaysia dan bisnes. Kemudian akhirnya yang newbie, baru berjinak dengan dunia bisnes, merungut sana-sini, business down, buat itu ini semuanya tidak menjadi. Silapnya adalah berpunca dari diri sendiri. Saya pun pernah buat silap setelah menyedarinya saya panjatkan rasa kesyukuran telah terhindar melalui ujian dahsyat ke atas saya. Alhamdulillah. Berdamai dengan takdir.

Sebab itu saya tegaskan silat sesat. Ramai pendakyah ajaran amalan sesat. Idola ramai pula bergabung memesongkan akidah individu terutamanya usahawan yang kurang faham dan tidak cakna bab adab, marketing, undang-undang, laman sosial dan hal-hal melibatkan akidah.  


TINDAKAN PERLU DIBUAT APABILA DIUGUT

  1. Segera buat laporan polis. Selepas buat laporan polis,
  2. Terus laporkan ke Jabatan Agama negeri terlebih dahulu. 
  3. Kemudian jumpa Ketua Pengarah Bukit Aman Cawangan Khas dengan bersurat. Lampirkan laporan polis dibuat. 
  4. Selepas itu barulah JAWI atau JAIS kemukakan kepada Pejabat Mufti kemudian ke Majlis fatwa. 
  5. Berkaitan jenayah siber, laporkan kepada SKMM. 
  6. Kita kena ikut prosuder dan protokolnya. 
Sebab itu kes Gerakan Missionary Kristian dan UGUTan ke atas saya tidak selesai-selesai lagi walau pun PDRM sudah jemput ambil keterangan. Pegawai Pejabat Mufti yang handle aduan saya itu pegawai kontrak, masih baru lagi dan tidak mahir menerima aduan. Laporan tak cukup masak katanya. Sama seperti polis dari Bukit Aman yang menghubungi saya, pegawai bawahan. Memang kebanyakan agak lambat tindakannya. Banyak kali minta berjumpa unoficially memang saya dan suami tidak mahulah. Banyak kali dah hendak berjumpa tidak jadi. Ada sahaja halangannya. Sebenarnya ada hikmah di sebaliknya.

Saya belum faham undang-undang pada tahun 2021 tu. Saya hanya tahu jika saya diserang dan diganggu, saya mesti lapor polis. Akhirnya saya jadi malas deal dengan mereka. Saya pula akhirnya marah mereka. Kan sudah berdosa? Jadi saya buat cara saya sendiri sahaja. Teruskan perkongsian saya. Saya pun bekas kakitangan JAIS dan JAWI. Banyak saya rujuk dengan JAIS terlebih dahulu. JAIS memang banyak membantu saya tentang prosuder kes jenayah siber pendakyah ajaran sesat. Begitu juga polis yang menerima aduan saya. Alhamdulillah, tahun 2023 inilah jug baru saya cerdik banyak perkara. 

Pihak PDRM sarankan saya sebar cover laporan polis untuk membersihkan nama saya, saya sudah buat. Tetapi perkongsian itu dipenjarakan oleh pihak team facebook. Jabatan Agama Islam pun banyak membantu saya maklumat prosuder sepatutnya. Sebab itu ada perkongsian saya, saya suka tag mereka. Sayakan mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) dan mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Suami dan anak-anak saya sahaja faham saya. Begitu juga JAIS. Saya pernah berkhidmat dengan mereka dan pernah buat laporan AJK Masjid yang mengganggu urusan seminar saya. Pastilah mereka lebih mengenali saya bagaimana. Pegawai JAKIM ayah anak murid saya pun kenal saya bagaimana. Ramailah yang baik dengan saya. Alhamdulillah.

TIPS DAN PANDUAN LAMAN SOSIAL, Tampar, tamparan wanita, penampar ghaib, penampar internet, penampar alam maya
Keterangan DI SINI (Sila klik).


Ya Allah moga semua yang mengadu-domba, fitnah, jenayah cyberbully body shaming cyber attack nyawa, akidah nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta = fitnah akidah atok nenek moyang keluarga keturunan aku ada jin, setan, ada saka dari tahun 2000 hingga tahun 2022 bertaubat. Jika tidak, kau benamkan mereka ke  neraka dengan kadar segera kerana mendakyah, memesongkan akidah aku dan ramai dengan ajaran sesat, sihir, aniaya zalim jadikan aku perantara  berkomunikasi dengan leluhur jin hingga aku nyaris mati hilang nyawa akhirnya mereka fitnah aku ini sesat, wahabi, penyebar ajaran sesat dan macam-macam lagi. Aamiin". 
Bolehkah guna khidmat jin?









HARAPAN SAYA

Moga dengan PENGUMUMAN PAGE dan LAMAN SOSIAL AKTIF dan perkongsian saya ini membuka mata ramai individu dan usahawan yang sedang dilanda masalah, usah mudah jemu dan patah semangat. Jika anda rasa masalah anda besar, masalah saya adalah lebih sangat besar kerana melibatkan nyawa, akidah, jenayah cyberbully body shaming cyber attack dari kumpulan ajaran sesat Gerakan New Age dan Gerakan Missionary Kristian, Freemason dan iluminati yang teratas sekali. Alhamdulillah Allah SWT sentiasa menjaga dan melindungi saya sekeluarga. 



BERKAITAN :



No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN Sibuk kalutkan keturunan orang, tak sedar diri itu lebih dahsyat, penyebar tukang fitnah, g...