21 ADAB ZIARAH DI HARI RAYA

21 ADAB ZIARAH DI HARI RAYA

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Adab ziarah, adab bertamu, adab di hari raya, TAMBAHAN CUTI, CUTI PERAYAAN, KPM UMUM CUTI SEMPENA RAYA, CUTI RAYA, Jadual tambahan cuti perayaan sempena Hari Raya AidilFitri 1444 Hijriyyah tahun 2023 Masihi
21 ADAB ZIARAH DI HARI RAYA


Selalu saya dengar rungutan dari makcik-makcik bila yang berkunjung di hari raya asyik belek handphone dan gajet sahaja. Sebagai bangsa Melayu yang terkenal dengan budi-bahasa, adab sopan dan santunnya tidak kiralah pada waktu bila pun, kita mestilah menjaga adab. Antara adab menziarahi berkunjung dan bertamu di hari raya ialah :

  1. Bersalam-salaman dengan tuan rumah dan yang boleh kita bersalam dengan tangan sepenuhnya. Dapat bersalaman seperti sunnah nabi lagi berpahala.
  2. Cium tangan dengan hidung bukan dengan dahi atau pipinya.
  3. Simpan gajet. Tangan usah asyik memegang handphone atau gajet ketika menziarahi berkunjung ke rumah sanak-saudara dan jiran tetangga.
  4. Fokus pada berbual, beramah-mesra dengan sanak-saudara dan jiran -tetangga yang mahram sahaja.
  5. Elakkan pergaulan bebas bertempuk bertampar berlainan jantina yang bukan mahramnya.
  6. Jaga aurat sesama manusia yang bukan mahramnya.
  7. Jaga mata usah melingas ke sini ke sana.
  8. Jika jaga mata, dapatlah mulut dijaga.
  9. Jaga telinga dari mendengar gossip yang mendatangkan dosa dan mengurangkan pahala.
  10. Jaga lidah jaga mulut bersopanlah ketika berbicara.  
  11. Elakkan bertanya perkara peribadi orang lain jika orang tanya kita, kita tidak suka, begitulah kita jaga lidah dan mulut dari menyakiti hati sesiapa.
  12. Ringankan tulang, basuh bekas kita makan jika kita balik berhari-raya di rumah ibu-bapa atau saudara-mara kita.
  13. Usah ditinggalkan pakaian kotor kita dan keluarga kita bersepah tidak dikutip dan dikemas jika pulang berhari-raya.
  14. Jika kita ada anak, ajar dan didik anak-anak kita supaya bersopan, beradab sentiasa di rumah yang kita berkunjung berhari-raya.
  15. Hari raya bukan masa untuk riak takabbur menunjuk-nunjuk apa kita ada kepada yang lainnya.
  16. Beri duit raya seikhlasnya dan seadanya, usah merungut-rungut daj ungkit-mengungkit pula.
  17. Terima berapa sahaja wang diberikan usah banyak merungut dan bertanya.
  18. Bertukar juadah amalan mulia di hari raya pada yang mampu berbuat demikian. Terima sahaja usah mencebik, merungut dan kata apa-apa makanan diterima.
  19. Walau siapa pun tetamu yang hadir, raikanlah dengan sepenuh jiwa. Usah berburuk-sangka.
  20. Ziarah bertamu pada waktunya. Elakkan berkunjung pada waktu tengah malam buta atau waktu qailullah tuan rumah.
  21. Ziarah kubur ibu bapa, datuk nenek mereka yang telah pergi buat selama-lamanya, bersihkanlah kuburan dari sampah-sarap jika ada. Bukan di hari raya sahaja. Hari lain pun boleh juga. Berpakaianlah dengan sopan bila berada di kuburan.

Adab ziarah, adab bertamu, adab di hari raya, TAMBAHAN CUTI, CUTI PERAYAAN, KPM UMUM CUTI SEMPENA RAYA, CUTI RAYA, Jadual tambahan cuti perayaan sempena Hari Raya AidilFitri 1444 Hijriyyah tahun 2023 Masihi
Gambar tiada kaitan dengan perkongsian saya kali ini. Cuma hendak maklumkan, usahlah dilayan toksid yang ada. 🀭🀭🀭🀭



TAMBAHAN CUTI PERAYAAN KPM SEMPENA RAYA


Wah seronoklah tahun ini cuti raya sedikit lama. Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan tambahan cuti sekolah di bawah KPM bermula 19/4/2023. Dapatlah ibu bapa bekerja membuat persiapan menyambut hari lebaran sedikit awal tidak kelam-kabut bersegera untuk menyambut kegembiraan beraya. 

Adab ziarah, adab bertamu, adab di hari raya, TAMBAHAN CUTI, CUTI PERAYAAN, KPM UMUM CUTI SEMPENA RAYA, CUTI RAYA, Jadual tambahan cuti perayaan sempena Hari Raya AidilFitri 1444 Hijriyyah tahun 2023 Masihi
Dapat whatsapp dari suami terus dapat idea menulis perkongsian kali ini. πŸ₯°

Adab ziarah, adab bertamu, adab di hari raya, TAMBAHAN CUTI, CUTI PERAYAAN, KPM UMUM CUTI SEMPENA RAYA, CUTI RAYA, Jadual tambahan cuti perayaan sempena Hari Raya AidilFitri 1444 Hijriyyah tahun 2023 Masihi
Jadual tambahan cuti perayaan sempena Hari Raya AidilFitri 1444 Hijriyyah tahun 2023 Masihi. 


Semoga lebaran kali ini dapat mengeratkan mana yang terputus. Hapuskan persengketaan yang wujud akibat hasutan anak cucu Azazil sebelumnya. Jika ada lagi ADAB ZIARAH BERTAMU DI HARI RAYA yang saya tertinggal, boleh kongsikan di ruang komen ya.



PENULIS

  1. Nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta seorang Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Coach. 
  2. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Subjek teras, Khat dan Sirah. Meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan. 
  3. Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selama 10 tahun. Subjek teras Tauhid, Jawi, Bahasa Arab dan Tajwid. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 dari Ketua Setiausaha Negara disampaikan oleh Dato' Asyraf Wajdi. Meletakkan jawatan disebabkan sakit kronik slipped disc L4 hingga L5. 
  4. Selepas itu meneruskan program keusahawanan secara personal, group coaching, seminar, kursus berkaitan blog dan bisnes melalui SocMed sehinggalah tahun 2020. 
  5. Tahun 2021 meneruskan program Personal Life Coaching
  6. 1/3/2022, atas saranan suami, berehat dari berniaga dan semua aktiviti sambilan isi masa lapang kebiasaan saya untuk fokus hantar ambil anak-anak bersekolah dan suami bekerja. 
  7. Masih meneruskan penulisan di blog dan review patuh syariah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...