CARA MENAMBAHKAN PENDAPATAN

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
Walau sedang dilanda kesibukan menyiapkan assignment yang melambak, tiba-tiba terfikir nak buat entri tentang cara menambahkan pendapatan. Ini adalah berdasarkan pengalamanku dari masa bujang hinggalah dah beranak pinak.... Selamat membaca ya...
  1. Buat bisnes. Secara online atau directline. "9/10 rezeki adalah dari dunia perniagaan" Sabda Nabi S.A.W.
  2. Jangan malu dan jangan segan untuk bertanya apatah lagi mencuba. Usaha tangga kejayaan.
  3. Jangan malas... Malas, anda yang rugi. Rajin adalah kunci segala-galanya. 
  4. Jujur dan amanah penting dalam kehidupan. 
  5. Buang sikap suka berhutang untuk menambahkan pendapatan supaya tidak terbelenggu dengan hutang sepanjang hidup.
  6. Buang sikap suka lompat sana, lompat sini ke mana-mana bidang perniagaan dalam mengejar impian untuk menambahkan pendapatan.
  7. Ilmu dan modal perlu ada. Kalau ada ilmu tapi tak rajin dan tak ada modal dan tak suka nak mencari tak guna juga. Begitulah sebaliknya. Ada pelbagai cara untuk mendapatkan modal. Terserah kepada anda untuk mencarinya.
  8. Ingatlah rezeki itu kuasa Allah. Jangan tamak dan haloba dalam menambahkan pendapatan.
  9. Mulakan dengan membawa produk jualan kawan-kawan dahulu.
  10. Kemudian, rekacipta produk sendiri mengikut minat diri.
  11. Belajar dan terus belajar untuk menambahkan kewangan.
  12. Ketengahkan kebolehan, kemampuan dan minat anda melalui pelbagai cara. Contoh : Jadilah blogger...
  13. Bagi yang tidak minat bisnes, teruskan kerjaya anda dan tingkatkan prestasi. Usah harapkan sebarang pujian dari sesiapa tapi lakukanlah dengan ikhlas. Pasti Allah balas setimpal dengan hasil kerja anda.

Sekian, Wassalam.

Nota :
Tertarik dengan artikel blogger ni Kewangan/pendapatan hasil daripada sumber menulis blog halal ke?

5 comments:

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA.

  BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA . (Kongsi di facebook pada 30/3/2021 . Kemaskini ke blog 21/1...