KISAH SEORANG BLOGGER BARU

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
KISAH SEORANG BLOGGER BARU, PANDUAN, luahan perasaan dari hati seorang blogger, PENGALAMAN, SEO TIPS, PANDUAN, TIPS DAN PANDUAN BLOGGING, blogwalking, Hati Seorang blogger, bagaimana menjadi seorang blogger yang sebenar, belajar cara-cara memperbaiki mutu penulisan, susunatur dan penampilan blog, penulis blog, pengalaman, blogger, http://www.blogieta.com/2012/12/kisah-seorang-blogger-baru.html
Kenapa dan apa kaitannya komen yang menunggu untuk dipaparkan di atas, dengan tajuk entri saya "KISAH SEORANG BLOGGER BARU" ni ya? 

Begini ceritanya tentang Kisah seorang blogger baru....

Pada 26/11/2012 saya terpikat dengan segmen yang dibuat oleh seorang blogger hebat iaitu Mialiana melalui blogwalking dan pembacaan saya dalam blog blogger Nick Nashram. Terus saya join. Masa tu sebenarnya saya memang tak tahu langsung bagaimana nak copy banner dan linkkan banner tu terus kepada link blog segmen Mia. Puas cuba dan cuba lagi melalui bantuan tutorial buat segmen oleh Mia. Akhirnya, siaplah sebuah entri segmen pertama saya.... beberapa hari kemudian, saya joint lagi beberapa segmen dan Giveaway (GA) tanpa jemu.

Dari asalnya followers @ rakan blog saya hanyalah 11 orang sahaja, tiba-tiba sehari ke sehari ia meningkat.  Yang memberi komen pun setiap hari bertambah. Walaupun followers sehingga hari ini, 12/12/2012 tepat jam 2.02 pagi hanya 85 orang. Tak mengapa... Ini semua menaikkan semangat saya untuk meneruskan penulisan sebenarnya walaupun saya sibuk dengan assignment dan pelbagai urusan semasa cuti persekolahan ini. Siap buat pengumuman untuk stop menulis selama sebulan... hehe... tapi tak boleh la... sebab memang saya gemar menulis jadi ia tak dapat dipisahkan walaupun sehari kecuali tak sihat :)

Saya banyak membaca tentang pelbagai panduan dan cara untuk meningkatkan jumlah follower, bagaimana meningkatkan trafic pengunjung dan yang paling penting, bagaimana menjadi seorang blogger yang sebenar daripada beberapa orang blogger. Antara yang banyak membantu ialah blogger Nick Nashram, blogger Hasrul Hassan, blogger Mia dan beberapa orang lagi. Anda boleh lihat di sidebar sebelah kanan blog saya.

Sehingga ke hari ini, saya masih belajar cara-cara memperbaiki mutu penulisan, susunatur dan penampilan blog saya agar pembaca tidak berasa jemu berkunjung ke blog saya. Sebarang cadangan dari pembaca, amat saya alu-alukan dan saya hargai :)

Berikut adalah Tips dan pengalaman sebagai panduan  untuk diri saya dan blogger lain yang mungkin baru, sama seperti saya  :
  1. Banyakkan membaca tutorial-tutorial dari blogger-blogger lain. 
  2. Rajin-rajinlah berkunjung ke blog blogger lain. 
  3. Promote blogger lain. Bukan nak puji melambung... cuma boleh ambil panduan dari mereka yang dah hebat dalam dunia blog dari saya yang baru lagi ni...
  4. Jangan lupa tinggalkan tanda anda pernah berkunjung ke situ samaada melalui komen di shoutbox ataupun diruangan komen. Banyak cara lagi untuk tinggalkan jejak anda pada blog blogger lain...
  5. Rajin-rajin follow blogger  lain walau kadangkala, blogger tu tak follow anda balik pun...
  6. Sentiasa buat muka tak malu untuk memberi komen ke dalam entri blogger yang dah ramai follower sekalipun blogger kadangkala macam tak kisah pun dengan komen anda. Maklumlahkan... dah ramai follower...tak terlayan la agaknya tu... :)
  7. Beri komen yang ikhlas bukan ibarat nak melepas batuk ditangga ataupun bersifat mengampu. Bukan dapat apa pun kan kalau mengampu... Cumanya, mana tahu, walaupun blogger itu tidak membaca komen anda ataupun tak kisahpun dengan komen anda, pembaca-pembaca lain mungkin terperasankan kehadiran anda... Kan saya beritahu tadi... Buat muka tak malu... Ala, bukan orang lain nampak kita pun kan...
  8. Rajin-rajinlah gunakan Mr. Google... duniakan dihujung jari... apa sahaja anda kehendaki, taip dan keluarlah entrinya.
  9. Joint segmen atau Giveaway (GA) yang dianjurkan oleh blogger lain. Walau kadangkala ada blogger yang ibarat menangguk di air yang keruh melalui arahan klik banyak perkara. Secara peribadinya, bagi saya arahan itu adalah semata-mata bertujuan untuk menambahkan followersnya  dan rakan-rakannya sahaja. Belum tentu blogger itu akan menjadi follower mereka yang joint segmen atau GAnya tu. Namun, jika anda rasa ia berbaloi buat anda, silalah joint. Honestly, saya mula suka dgn GA /segmen yang panjang berjela pada  13/12/2012. Nak tahu selanjutnya, sila baca entry yang ini. Tak rugi joint...
  10. Rajin-rajin juga berkunjung semula ke blog mereka yang sudi berkunjung ke blog anda jika ada masa kelapangan. Tinggalkan juga jejak anda di entri mereka yang membawa maksud anda adalah blogger yang ramah lagi mesra jika berkesempatan...
  11. Usah merajuk jika terjadi perkara-perkara negatif seperti yang saya sebutkan dalam entri saya ni. Dalam apa jua perkara yang memberi manfaat, jika merajuk kita sendiri yang rugi.
Bukan mudah menjadi seorang blogger baru. Kisah seorang blogger baru ni hanyalah sebahagian sahaja... tapi seronokkan jadi penulis blog? Saya berharap sebahagian paparan Kisah seorang blogger baru yang merupakan antara luahan perasaan dari hati seorang blogger ni bermanfaat untuk blogger baru di luar sana.

Sekian, wassalam. Selamat mencuba... Usah berputus asa.

Nota : Sharing is caring...


23 comments:

  1. dah meningkat dah tu jumlah followers :)
    selain nak promote blog secara online, ngan offline pun boleh jugak.
    apa pun dah jadi blogger ni teruskan menulis.

    ReplyDelete
  2. Ye...Saya pun baru je berblogging nih.Tapi tak sehebat Kak Ieta~

    ReplyDelete
  3. dl mcm tu jugak...follower sikit..cuma la ni makin rajin join segmen/GA blogger lain...tgk follower makin naik..ok la tu..berkeinginan jugak nak buat GA 1 hari nnt...:)

    ReplyDelete
  4. askm. mudahan blog ini jadi satu blog yg berjaya satu hari nanti, insyaAllah. terima kasih backlinknya.

    ReplyDelete
  5. En. Nick : terima kasih ats tunjuk ajr slm ni by BW sy ke entri blog en. Nick.
    KC : biasa2 je akak pnye blog ni dik... Blogger lain lg hebat. Apa pun thanks sbb sll singgah ke blog akak ni :)
    KT : Sy pun teringin gak nak buat GA /Segmen tp kena belajar dulu cara2nya. In Shaa Allah 1day sy akn buat juga. Thanks sudi berkunjung ke blog sy :)
    Denaihati : Amin... terima kasih ats doa yg amat mengharukan hati saya ni. Sy mmg sll intai Denai utk membaca&menambah pengetahuan ttg dunia blog. Jumpa DH dlm blog en. HH.

    Thanks a lot Denai & semua yg sudi mendoakan serta menyokong sy dlm dunia blog :)

    ReplyDelete
  6. huhu sy pon baru jugak dalam blog ni...bulan 9 aritu baru buat blog...ramai blogger2 lama (otai) ckp follower tak penting sgt...tapi sy rasa dengan adanya follower barulah ada keberangkalian utk penulisan kita dibaca...mmg tak semestinya semua follower tu baca tapi peratusan lebih tinggi berbanding jika takde follower langsung...

    ReplyDelete
  7. Hooo.. macam 2 rupanya.. mcm sy ni dok diam j menulis tp x komen apa2 pun kat blog org lain.. igtkan klu x pomot follower akan dtg sendiri..(apa.. igt diri artis k? ) ha3
    yhanx sbb share tips2 ni yea.. !

    ReplyDelete
  8. teruskanmenulis,, belogisam akan bertempek sini,, yang penting tonjolkan blog yang and ada kepada yg lain dengan join GA dan wter

    ReplyDelete
  9. Great one ieta..tahniah sekarang dah ramai followers and keep blogging k

    ReplyDelete
  10. Best best .. saya suka entri ini. Terbaekkk...

    ReplyDelete
  11. terharunya... bila kak ieta sebut mia kat dalam entri ni... thanks banyak2 ya kak ieta. semoga berjaya di dunia blogging ni... ;)

    ReplyDelete
  12. assalam..entry yang sangat bermanfaat bagi sy yang baru berjinak2 ni..terima kasih :)

    ReplyDelete
  13. Yang penting follower dekat google+ ramai :-)

    ReplyDelete
  14. bagus tips ni kak..jauh lagi perjalanan..cara nak naikkan blog tu cara berlainan kalau blog english..:D lebih kurang, tapi ada yang lain..:D

    ReplyDelete
  15. Hello! I know this is kind of off topic bbut I was wondering which blog platform are you using forr this website?
    I'm getting sick and tired of Wordpress because I've had issues with hackers and I'm looking aat options
    for another platform. I ould bbe fantastic if you couod point me in the
    direction of a good platform.

    ReplyDelete
  16. I am really delighted to read this webb site posts which includes plenty
    of valuable information, thanks for providing such data.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Ada pelbagai masa...