Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

31 October 2014

TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SHIRAT AL MUSTAQIM

TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SHIRAT AL MUSTAQIM.

TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SHIRAT AL MUSTAQIM ini sudah terlalu lama berada di dalam senarai entri blog ini. Tidak saya ingat dari mana sumber blog yang asal.

Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai  cara diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
2) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
3) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
4) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun. Semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SHIRAT AL-MUSTAQIM

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

1. Banyakkan bersedekah

2. Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :


1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SHIRAT AL MUSTAQIM ini adalah merupakan petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar. Moga TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SHIRAT AL MUSTAQIM bermanfaat untuk kita semua.


16 October 2014

Tips elak ditipu semasa membeli minyak kereta






































Tips, Minyak, ISU SEMASA, Malas gaduh-gaduh, Petronas menipu, Stesyen minyak Petronas menipu, Stesyen minyak Petronas Setiawangsa penipu, Buruk reputasi, jatuh kredebiliti nanti, kredibiliti, reputasi, bergaduh, argue, Tips beli minyak kereta, cashier, saya nak isi 22 liter, Tips elak ditipu semasa membeli minyak kereta, liter, tipu, Tips elak ditipu,






































Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi Tips elak ditipu semasa membeli minyak kereta hasil dari perbualan di whatsapp group bberapa hari lalu. Mungkin ada yang sudah mengetahuinya... Jadi saya ingin berkongsi dengan yang belum tahu lagi. Boleh kan? :D

23 August 2014

Cara Mengatasi Sakit Perut

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera semua. 

Baru-baru ini ada rakan blogger bertanya saya bagaimana Cara Mengatasi Sakit Perut? Puas saya memikirkan apakah yang saya buat ya?

Ha... Ingat dah, bagaimana Cara Mengatasi Sakit Perut yang sering saya lakukan.

Pada kebiasaannya, jika saya mengalami sakit perut, saya akan ambil botol mineral, saya masukkan air panas, balut dengan towel good morning dan tuamkan ke perut saya tu. 
Cara Mengatasi Sakit Perut, Codi Cafe enak, lazat, berkhasiat, memberi tenaga, mengurangkan sakit perut
Codi Cafe, kopi ini jika diminum waktu panas juga dapat mengurangkan sakit perut.
Kemudian saya tidur meniarap. Saya letakkan bantal di bawah perut saya. Ataupun saya sapu minyak Afiat ke atas perut. Akhir sekali saya minum air Yasin.

Kebiasaannya, sakit perut ini berlaku waktu saya akan period (datang bulan) dan mengalami cirit-birit seterusnya diikuti muntah yang teruk. Gastrik juga boleh mendatangkan penyakit sakit perut yang tahap kronik sehingga boleh pengsan dibuatnya.
"Pesakit yang mengalami sakit perut perlu mengelakkan mengambil pil ponstan secara kerap kerana ia akan mengakibatkan kesan dan sakit lain dikemudian hari". kata rakan blogger saya Cik Pijaz, seorang jururawat.
Tapi jika sakit perut kerana tak makan disebabkan nak berdiet... baik jangan diamalkan ya... Silap-Silap haribulan  boleh dapat gastrik pula. Sarapan pagi dan makan tengahari jangan tinggal... Kerana ia memberikan tenaga untuk bekerja sepanjang hari. 
"Salah satu langkah paling mudah dilakukan ialah dengan mengamalkan diet berkhasiat, dapatkan rehat secukupnya, lakukan senaman dan rehat dengan cara-cara yang menyihatkan. Jika anda bermasalah untuk berehat, anda boleh mengambil meditasi, yoga atau tai chi". Utusan Melayu (M) Bhd.
Beginilah cara mengatasi sakit perut yang selalu saya amalkan. Anda ada lagi cara mengatasi sakit perut yang boleh dikongsi dengan saya? Jangan malu jangan segan... Tinggalkan cadangan anda diruangan komen di bawah ya?  Terima kasih... ^__^



19 August 2013

SEARCH ENGINE OPTIMIZATION (SEO) TIPS

As salam. This is auto publish entry. Today I would like to share some tips about Search Engine Optimization (SEO) that I read from my website ping. Every time I ping my entry, one tip from that website must appear. So, I think no matter if I share this with others. Hope useful.

18 August 2013

PERANGKAP PANGGILAN

As salam. Entri ini juga entri auto publish. Sebuah status oleh rakan facebook saya telah mengingatkan Perangkap panggilan dari pemanggil yang menggunakan nombor +375602605281, +37127913091 atau sebarang nombor yang bermula dengan +375 atau +371 atau 081, hanya satu deringan dan terus putus dengan meninggalkan pesanan "missed call".

13 July 2013

5 CARA MENGHADAPI PUTUS CINTA

As salam dan sejahtera semua.

Mesti ada yang ingat "dah buang tebiat ke ieta ni post entri macamni dalam bulan puasa ni?". Tak membuang tebiat pun... Cumanya entri ini dibuat khusus bagi menjawab pertanyaan salah seorang pembaca yang minta dirahsiakan namanya.

21 May 2013

TIPS MUDAH MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN

As salam. 

Sebenarnya, minggu ini saya sudah mula kurang memaparkan entri di dalam blog. Bukan kerana malas tetapi kerana kesibukan menanda kertas soalan peperiksaan muri-murid saya seramai 4ratus lebih (12 bundle). Balik rumah pula, dengan anak-anak lagi. Itu semua bukan ingin dijadikan alasan untuk tidak berblogging yang kini merupakan kerja sambilan saya. Bagi saya, blogging bukanlah perkara yang sia-sia. Banyak manfaat yang saya dapat darinya.

20 May 2013

KEYWORDS BLOG IETA

As salam

Berikut adalah keyword atau katakunci blog ieta sepanjang seminggu bermula dari tarikh 12/5/2013 sehingga 19/5/2013.

03 May 2013

10 TIPS ANAK TIDUR LENA

As salam

Pernahkan kalangan pembaca yang bermasaalah menidurkan anak? Di sini saya ingin berkongsi 10 TIPS ANAK TIDUR LENA. Moga bermanfaat ^__^

19 April 2013

TIPS MENJADI ORANG YANG CEMERLANG

اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ

Sebelum BERPINDAH dari sekolah, saya telah memberi 3 tips ini kepada murid-murid saya sewaktu diminta berucap di dalam perhimpunan sekaligus mengingatkan diri saya.

14 April 2013

3 Words He Never Wants to Hear You Say

اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ
Today, I would like to share this entry from this SOURCE  that I read it from my yahoo mail.

05 March 2013

PANDUAN MENGATASI PERMASALAHAN REMAJA

As salam

Beberapa orang rakan bertanyakan saya kaedah atau cara mengatasi permasalahan remaja.

Saya bukanlah terlalu bijak untuk berkongsi perkara ini dan saya juga bukanlah terlalu 'alim (orang yang amat mengetahui). Namun, saya merasakan perlunya saya berkongsi sedikit pengetahuan yang saya ada di sini.

Mungkin ada di kalangan anda pernah mengalaminya. Mungkin di kalangan anda, anak-anak sedang dan memang pasti akan mengalaminya. Di sini ingin saya berikan beberapa panduan berdasarkan pengalaman dan pendekatan saya menangani pelbagai permasalahan remaja. 

1. Dekati dan dampingi mereka dengan cara yang berhikmah.
2. Usah marah atau meleteri mereka.
3. Beri motivasi kepada mereka dengan penuh berhikmah tapi usah terlalu strict...
4. Beri galakan rajin membaca. Selain buku sekolah, paling bagus bacalah majalah Ujang takpun Gila-gila agar mereka tidak terlalu tertekan.
5. Ajak mereka join dan sibukkan diri dengan aktiviti ko-kurikulum.
6.  Ingatkan pengorbanan ibu dan ayah remaja yang sedang falling in love atau terjebak ke dalam gejala sosial ketika usia remaja.
7. Sarankan mereka melibatkan diri dengan kerja-kerja amal secara berkumpulan. Contoh : bergotong-royong di rumah anak-anak yatim.
8. Buka ruang untuk mereka meluahkan apa jua masalah kepada kita. Kita adalah pembimbing mereka. Mereka perlukan bimbingan kita.
9. Elakkan mereka bersendirian. Kenapa? kerana hasutan syaitan atau perkara yang tidak baik mudah mempengaruhi diri diwaktu bersendirian.
10. Harus diingat... semua orang punya kisah silam masing-masing. Jadi, usah diungkit segala yang pernah terjadi. Yang penting, kita cuba untuk membantu mengatasi permasalahan mereka.
11. Jika yang Islam, sarankan mereka menunaikan solat dan mengaji atau libatkan diri dengan aktiviti keagamaan. Bagi remaja yang bukan Islam,  saya gunakan panduan 1 hingga 10.

لا َتَÙ‚ْرَبُوا الزِّÙ†َا 
Janganlah kamu menghampiri zina

Katakan pada diri :
"Aku perlu berda'wah (menyeru) ke arah kebaikan walau aku rock, walau aku nakal dan walau siapa pun aku. Semua sebagai bekalanku di akhirat sana dan supaya matiku tidak sia-sia". Tidak perlu menjadi ustaz atau ustazah untuk ke arah kebaikan. Cukuplah berusaha untuk menjadi insan yang baik dengan cara tersendiri.

Maaf sepanjang saya sebagai seorang blogger, ada coretan saya atau komen saya yang mengguris hati kalian tanpa saya sedari. 

18 February 2013

TIPS MENAMBAHKAN PENGIKUT DAN PEMBACA

اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ

Baru semalam buat ENTRI NI
iSH.... buat gabra je...
Ada dah tu ha... 
puas digodek-godek...
Ada dah ha...
Ni... dia...
http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/02/tips-menambahkan-pengikut-dan-pembaca.html
Belum ramai lagi... sejak join segmen Mia first time haritulah bermula naik jumlah nya
Terima kasih Mia... :)

Ini pula Rakan-rakan G+ sehingga 1.21 petang ini.
http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/02/tips-menambahkan-pengikut-dan-pembaca.html
Beza kan jumlahnya?



TIPS MENAMBAHKAN PENGIKUT DAN PEMBACA

Walau tidak sehebat mana blog ieta ni sebab sambil-sambilan sahaja berblogging, tapi tidak salah rasanya berkongsi apa yang telah diketahui. Tips ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pembacaan dalam blog blogger hebat dimata saya seperti INI, INI dan INI. Tips ini juga sebagai peringatan kepada diri sendiri.

1. Rajin-rajin Blog walking bila berkesempatan.
2. Rajin-rajin tinggalkan jejak dengan komen di dalam blog blogger otai secara berhemah.
3. Rajin-rajin follow blog lain walau tak semua blogger akan follow blog kita balik. Tak mengapa, asalkan dapat membaca. Tapi nak follow, kena tengok juga la... Yang ada malware takkan nak follow juga kan?
4. Rajin-rajin join segmen atau GA yang bersesuaian dengan diri blogger.
5. Tulis apa sahaja mengikut citarasa diri sendiri tetapi sediakan entri yang berhemah. Ringkas pun tak mengapa yang penting, berhemah. Ingat ya, blog bukan untuk gosip dan kutuk sana sini.
6. Jadilah blogger yang mesra (tapi ada je blogger yang tak mesra ramai follower). Itu namanya rezeqi...
Boleh tambah jika ada yang tertinggal. Terima kasih.

Ada blogger yang post entri ke dalam komuniti blog saya terpaksa saya remove kerana spam. Ada sesiapa yang tahu bagaimana mengelakkan post ke dalam komuniti jadi sebegini?
TIPS MENAMBAHKAN PENGIKUT DAN PEMBACA
Sekian. Ini sahaja untuk hari ini. Terima kasih kepada semua pembaca yang rajin tinggalkan jejak atau pembaca senyap blog ieta. Tanpa anda semua, blog ieta mungkin tidak ceria :)


Pss... Jom join SEGMEN : KOMEN & CADANG BLOG ieta TAMAT

11 December 2012

CARA MENAMBAHKAN PENDAPATAN

اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ
Walau sedang dilanda kesibukan menyiapkan assignment yang melambak, tiba-tiba terfikir nak buat entri tentang cara menambahkan pendapatan. Ini adalah berdasarkan pengalamanku dari masa bujang hinggalah dah beranak pinak.... Selamat membaca ya...
  1. Buat bisnes. Secara online atau directline. "9/10 rezeki adalah dari dunia perniagaan" Sabda Nabi S.A.W.
  2. Jangan malu dan jangan segan untuk bertanya apatah lagi mencuba. Usaha tangga kejayaan.
  3. Jangan malas... Malas, anda yang rugi. Rajin adalah kunci segala-galanya. 
  4. Jujur dan amanah penting dalam kehidupan. 
  5. Buang sikap suka berhutang untuk menambahkan pendapatan supaya tidak terbelenggu dengan hutang sepanjang hidup.
  6. Buang sikap suka lompat sana, lompat sini ke mana-mana bidang perniagaan dalam mengejar impian untuk menambahkan pendapatan.
  7. Ilmu dan modal perlu ada. Kalau ada ilmu tapi tak rajin dan tak ada modal dan tak suka nak mencari tak guna juga. Begitulah sebaliknya. Ada pelbagai cara untuk mendapatkan modal. Terserah kepada anda untuk mencarinya.
  8. Ingatlah rezeki itu kuasa Allah. Jangan tamak dan haloba dalam menambahkan pendapatan.
  9. Mulakan dengan membawa produk jualan kawan-kawan dahulu.
  10. Kemudian, rekacipta produk sendiri mengikut minat diri.
  11. Belajar dan terus belajar untuk menambahkan kewangan.
  12. Ketengahkan kebolehan, kemampuan dan minat anda melalui pelbagai cara. Contoh : Jadilah blogger...
  13. Bagi yang tidak minat bisnes, teruskan kerjaya anda dan tingkatkan prestasi. Usah harapkan sebarang pujian dari sesiapa tapi lakukanlah dengan ikhlas. Pasti Allah balas setimpal dengan hasil kerja anda.

Sekian, Wassalam.

Nota :
Tertarik dengan artikel blogger ni Kewangan/pendapatan hasil daripada sumber menulis blog halal ke?

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....