Pelbagai perkara ingin dikongsi. Untuk kali ini, saya ingin berkongsi berkenaan Puasa. Memandangkan banyak perkara boleh dikupas tentang Puasa, maka bab ini akan saya ceritakan secara berperingkat.
Bulan puasa ni pun masih berbohong memang confirm dah lah munafiq terpesong aqidah lah tu. Hati-hati ya. Hati-hati. 🤣Oh ya, kerepek ubi pedas kering ni dibekalkan fb.com/CikguiEta
NIAT PUASA
Tidak perlu berniat dalam Bahasa Arab, cukup dalam Bahasa Melayu atau bahasa sendiri sahaja. Tetapi ia lebih baik jika diamalkan dengan niat kerana kita cinta kepada Bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w dan Bahasa Arab juga merupakan bahasa Al-Quran dan bahasa ahli Syurga.
Lafaz Niat Pada Tiap-tiap Malam :
Memadai Niat :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku puasa esok kerana Allah Ta'ala.
Maksudnya : Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Sebenarnya, niat adalah lintasan hati, bangun bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa kerana seseorang itu tidak bersahur melainkan bertujuan kerana hendak berpuasa.
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Untuk Sebulan
Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada tiap-tiap malamnya. Para ulamak menggalakkan kita mengikut fatwa Imam Malik yang membenarkan berniat untuk sebulan sekaligus.
Maksudnya : Sahaja aku berpuasa bulan Ramadhan tahun ini keseluruhannya kerana Allah Ta'ala.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya tetapi hendaklah diperbaharui niat iaitu apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan sekali niat lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki iaitu lafaz niatnya :
Maksudnya : Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta'ala.
Waktu berniat :
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar sodiq (masuk waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut. Boleh juga semasa berbuka.
Moga bermanfaat. Selamat Berpuasa.
Paku dulang paku serpih,mengata org awak yg lebih"... Elakkan mengata sesama kita agar pahala dibulan puasa tidak terjejas. Begitulah bagaimana hendak niat puasa ramadhan.
Sumber : Kertas yang ditinggalkan di atas meja saya tidak tahu dari siapa dan lafaz niat dari Wikipedia.
Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.
Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.
Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com
entry evergreen yang selalu di jadikan rujukkan umat islam menjelang bulan puasa :D
ReplyDelete