As salam.
Tiba-tiba rasa nak kongsi resepi SAMBAL DAGING SEMPOI yang saya masak selepas waktu berbuka tadi semalam. Sebenarnya saya ni masak untuk bersahur merangkap berbuka nanti.
Yelahkan, saya ada kelas di UTM jam 8.30 pagi nanti. Jadi, masaklah siap-siap... Takut terlewat bangun atau terlewat balik, sekurang-kurangnya dah ada lauk bersahur dan berbuka nanti. Tak perlu la terkejar-kejar nak masak. Just panaskan sahaja. Masak, tidurkan baby baru buat assignment... Utamakan rumahtangga dulu...
Saya main campak-campak je. Hehe... Resepi ni untuk 3 orang dewasa makan tau. Memandangkan 3 orang anak lagi tak tahan pedas jadi, saya sudah siapkan kacang buncis masak lemak putih ber ikan bilis untuk mereka. Baby, baby minum susu dan nestum je... Eh, detaillah pula... So...ri...
BAHAN-BAHAN :
- Minyak masak 1 senduk kecil.
- 1/2 kilo Daging dipotong ikut sesuka hati.
- 2 biji Bawang besar. Sebiji dihiris dan sebiji lagi dibelah-belah.
- 1 biji Tomato.
- 6 tangkai Cili Merah.
- 10 tangkai Cili Api (nak lagi pedas, sila la tambah lagi).
- 3 ulas bawang putih.
- Gula (hujung sudu je).
- Garam secukup rasa.
CARA MEMASAK :
- Masukkan sebiji bawang besar (belah-belah ya sebelum masuk dalam blender), tomato, cili merah, cili api dan bawang putih ke dalam pengisar dan kisarkan ia.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Minyak dah panas, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
- Setelah garing kesemua bahan kisar tu, masukkan gula dan garam.
- Masukkan daging dan kacau hingga sebati.
- Akhir sekali, masukkan bawang besar yang sebiji yang telah dihiris tadi dan kacau hingga mesra alam warnanya ya.
Sekian, terima kasih... Sempoi....
RESEPI ieta yang lain :
- CUCUR NASI IKAN BILIS
- DAGING GORENG HALIA PLUS KENTANG SEMPOI
- MEE GORENG SEMPOI
- SUP TULANG PLUS KENTANG SEMPOI
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.
Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.
Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com