Showing posts with label PANDUAN BLOGGING. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN BLOGGING. Show all posts

11 August 2014

Networked Blog

Huh, lamanya... tak update blog ni... Banyak benar entri duduk dalam deraf... Idea banyak tapi  dok deraf je la... 

Buka email, nampak "Networked Blog" apa yang dibaca oleh Chepah Ila Hussein ni ha... Dah lama saya follow blog beliau. Jadi silent reader blog Chepah gitu... hehe...

25 April 2014

Berblogging perlu izin suami

Berblogging perlu izin suami ke? Saya berblogging dari sebelum berumahtangga lagi. Tetapi setelah usia perkahwinan saya pada tahun yang ke 6 baru suami saya tahu saya ada blog.

22 January 2014

JIWA YANG TENANG...

As salam semua... Hari ni nak sentuh tentang "Jiwa Yang Tenang". Bagaimana memberi ketenangan dalam jiwa? Firman Allah Surah al-Ra'd ayat 28 yang bermaksud "Sesungguhnya dengan mengingati Allah, jiwa akan tenang".

10 December 2013

Pentingkah Page Rank pada sesebuah blog?

As salam. "Pentingkah Page Rank pada sesebuah blog?" Sesungguhnya, saya tidak pernah mengimpikan yang impian saya akhirnya tercapai... Selalu saya letak button Page Rank (PR) dalam blog saya, sering menghampakan saya kerana tidak pernah naik. Sampai saya merajuk, tak mau letak button tu lagi. Tapi, hari ini bertarikh 10/12/2013 tepat jam 2.45 pagi, tiba-tiba PR blog naif saya ini naik dengan drastik sekali! Terus ke PR2... Macam tak percaya je...

29 November 2013

10 PUNCA PAGEVIEW BLOG MERUDUM

As salam. Terdapat beberapa 10 punca pageview blog merudum. Namun itu bukanlah penyebab seorang blogger hilang semangat untuk terus menulis, melahirkan idea, pendapat dan bercerita apa sahaja yang berada dalam kotak pemikirannya.

19 November 2013

KOMEN ANONYMOUS

As salam. Banyak betul komen anonymous yang masuk ke ruang Spam. Bagusnya blog berhosting blogspot ni, semua komen yang ada ditapis dahulu.

08 October 2013

Rezki menggolek lagi...

As salam dan ceria di pagi hari ini semua...

Alhamdulillah... Rezki menggolek lagi... dari syarikat pengiklanan Nuffnang, dari JOMNIAGA, dari 8 share, dan dari pelbagai bisnes online di dalam blog bisnes online saya.

04 October 2013

Bagaimana cara saya update blog?

Bagaimana cara saya update blog?
Bagaimana cara saya update blog?, SIAPA BLOGGER ieta?, cara saya update blog, PANDUAN BLOGGING, SEO TIPS, Tips Blogging,
Bagaimana ya? Ramai yang hairan. Hehe...
Kawan-kawan hairan bila masa saya update blog?

Beberapa orang rakan sering bertanya kepada saya bagaimana cara saya update blog? Sebenarnya, saya pernah kongsikan di dalam entri SIAPA BLOGGER ieta? secara ringkas. Mungkin sebagai panduan buat blogger baru maka, saya kongsikan bagaimana cara saya update blog.

Ada beberapa cara saya update blog. Oleh kerana dahulunya saya tidak memiliki smartphone (jujur gitu... hehe...) dan sekarang ni PC pula rosak, maka inilah kaedah yang sering saya gunakan.

10 cara update blog.
  1. Postkan ke dalam facebook dahulu apa sahaja yang berada diminda.
  2. Savekan apa sahaja yang berada dalam minda ke dalam ruang nota dalam handphone kemudian e-melkan ke dalam mana-mana akaun e-mel saya kemudian, copy paste ke dalam blog dan update hingga sempurna entri tu.
  3. Teruskan menaip di PC tanpa buat apa-apa deraf untuk buat entri terkini..
  4. Buat pelbagai entri seminggu sekali dan setkan tarikh untuk dipublish secara auto publish (schedule entry). Yang ni, memang selalu saya buat lebih-lebih lagi bila saya sibuk dengan baby atau final exam dan bercuti. Entri blog ni boleh schedule tau. Entri kita akan publish pada masa tertentu. 
  5. Saya tidak menaip entri blog semasa bekerja. Nanti ada masa, saya Printscreen yang schedule tu. Jika saya update entri tengah malam, kebiasannya saya akan schedule entri itu publish pada waktu pagi. Cuma yang kurang bagusnya enti scedule ni, g+ lambat kesan.
  6. Update entri waktu anak-anak dah tidur.
  7. Update entri atau derafkan dahulu entri waktu balik tengahari sebelum kembali ke sekolah di sesi petang. Bila free, edit dan publish.
  8. Update bila saja rasa nak update, pastikan dengan niat yang tulus ikhlas.
  9. Update sambil-sambilan menyiapkan assignment dan sambil-sambilan study. Sayakan blogger part time... so, pandai-pandailah nak hidup... he... tapi saya bukan reporter tau...
  10. Terkini, saya gambarkan dan tulis di instagram. Best tau ^__^
Apapun, yang penting ialah berfikirlah sebelum publishkan sesebuah entri yang ingin dipaparkan agar tidak menjadi bahan tohmahan dan menyusahkan diri sendiri. Keep up blogging :) Beginilah cara saya update blog? Anda bagaimana?



19 September 2013

BIAR BETUL...?

Biar betul...?, ping entry blog, panduan blogging , oversea

Hari ini sehingga 4:02 petang 362
Semalam 1, 164

Biar betul...? Macam tak logik je...

TAPI KENAPA KOMEN TAK BANYAK...? Mungkin sebab malas ping entry kowt... Akak memang jarang ping entri sebab suka sangat berserah je bila dah buat sesuatu. U ol, u ol... usah lupa ping entry blog na... Tak pown, sebab entri ieta buat tak best... haha. Fakta kan? bukan auta. Ke sebab yang intai blog ieta ni, orang dari oversea je kowt... haha...

Apa yang ieta merepek ni...

15 September 2013

PANDUAN BLOGGING 6 : JANGAN TAKUT LABURKAN WANG UNTUK JANA WANG JANGKA PANJANG

As salam. Saya bukanlah pakar dalam dunia blogging. Tetapi dari pengalaman saya, ingin berkongsi sedikit Panduan Blogging yang ada.

22 August 2013

BERFIKIRLAH SEBELUM PUBLISH

Sekadar peringatan bersama. "Berfikirlah sebelum publish". Renung-renungkan....
Berfikir, Berfikir sebelum publish, minda, gunakan akal, Usahlah kerana nila yang setitik, merosakkan susu sebelanga, PANDUAN BLOGGING, PANDUAN HIDUP, Tips Blogging
Berfikirlah sebelum publish
Berfikirlah sebelum publish. Tidak semua yang berlaku dalam kehidupan kita perlu dikongsi kepada umum. Lebih-lebih lagi hal ehwal rumahtangga dan perkara yang mengaibkan. 
Kadangkala, kita rasa kita benar. Kadangkala kita rasa kita hebat. Namun sebaliknya kita hanya diperlekehkan dan ditertawakan. Malahan ada yang mengeji dan mencaci. Tanpa ingin berbaik sangka dengan kita atau mengkaji sebab musabab apa yang distatus atau ditulis oleh kita..
Sama-sama kita muhasabah diri. 😊

Jadi, ingat ini
"Usahlah kerana nila yang setitik, merosakkan susu sebelanga Berfikirlah sebelum menaip dan publishkan sesuatu yang terulit di dalam minda."
"Kesilapan yang sedikit, pasti meninggalkan ingatan dan kesan yang berpanjangan lagi berkekalan".
Gunakan akal tanpa menurut hawa nafsu melulu. Berhati-hatilah berkongsi apa sahaja dilaman sosial yang ada... 
"Hati-hati juga bila buat status atau berkata-kata. Jangan sampai memperlekehkan hukum agama pula... Tak tahu, lebih baik diam sahaja".  
Hati-hatilah pada status yang semua orang membaca. Jangan sampai nanti menimbulkan fitnah pula.  Jangan sampai orang berkata-kata.  Dan membuat pelbagai telahan dan tohmahan pula.
Ingat pesanan ini...
"Yang membaca ada yang suka mengadu domba. Tak fikir dosa dan pahala. Tak fikir sebenarnya kita semua sama sahaja. Tak lepas dari salah dan alpa".
Berfikirlah sebelum publish. Berfikirlah sebelum mengeluarkan kata² agar tidak mengaibkan sesiapa dan sampai hilang hormat orang kepada kita juga tidak mengguris hati sesiapa... Dan tidak menimbulkan sengketa... Dan tak dikatakan hilang akal pula... Jumpa berdepan bukan hentam mengaibkan di khalayak ramai mahupun dalam kumpulan.
"Berhati² sebelum publish, share sesuatu. Kaji dan selidik dahulu susur galurnya betul ke tidak. Hadithnya, soheh ke tidak. Ejaan ayat Al-Quran / hadith, betul ke tidak. Jangan pakai share je buta tuli. Nak² lg perkara berkaitan aqidah, hukum & fatwa. Takut kita terviral benda yg salah. Tak pasal mendapat saham dosa atas kesilap fahaman pembaca yg menerima berita atau info".
Berfikirlah sebelum paparkan tulisan kita dan berkata² bukan mengikut hasutan atau perasaan. Berfikirlah! 


Silakan
KOMEN || LIKE || SHARE √

Salam sayang 😍
Cikgu iEta
Whatsapp : +60192586141
Blogger Motivator Minda Niaga
FB : Cikgu iEta
FbPage : Kisah Cikgu iEta
IG : Cikgu iEta
Twitter : Cikgu iEta
Minisite : Cikgu iEta
You Tube : Cikgu iEta
Formula Sihat Wanita

19 August 2013

SEARCH ENGINE OPTIMIZATION (SEO) TIPS

As salam. This is auto publish entry. Today I would like to share some tips about Search Engine Optimization (SEO) that I read from my website ping. Every time I ping my entry, one tip from that website must appear. So, I think no matter if I share this with others. Hope useful.

15 August 2013

BLOGGER SEBAGAI KERJAYA?

As salam. 

Entri ini adalah entri auto publih. Pernah ku impikan menjadi blogger sebagai kerjayaku. Tapi tak berani lagi sebab sayangkan ilmu yang ada, patut digunakan untuk mendidik generasi yang akan datang. Lagipun perlu masa untuk meninggalkan kerjaya sebagai guru yang sememangnya menjadi minat dan kerjaya utamaku.

10 August 2013

PANDUAN MENERIMA HOAX ATAU SPAM

As salam.
Entri ini adalah entri auto publish. Pernahkah anda menerima mesej di facebook atau emel HOAX? Saya pernah menerima HOAX. Memang saya tidak tahu itu adalah HOAX sehingga 1 hari saya terbaca komen dari sifu blog saya iaitu +HASRUL HASSAN. Beliau memberi komen ke atas status HOAX saya yang saya paparkan di dalam facebook. Tiba-tiba tergerak hati saya ingin mengetahui maksud HOAX. Inilah hasilnya....

26 July 2013

PLAGIAT DAN CARA MENGELAKKANNYA

As salam.

Tahukah anda apa itu plagiat? Isu ini sudah lama dan mungkin sudah muak oleh para blogger membacanya. Tiba-tiba saya rasa rajin untuk mengeluarkan semula isu plagiat ni kerana saya ada terjumpa dalam blog blogger lain sama dan sebiji entri yang pernah saya buat tanpa beliau menulis sumber ataupun memberikan backlink kepada blog picisan (ayat spastik buat blogger tak glamour macam saya ni) ini.

07 July 2013

LAGI KEBAIKAN DAN KELEMAHAN GUNA KOMEN GOOGLE+

As salam dan sejahtera semua...

Saya baru balik dari family day di Bukit Gambang Resort, Pahang. Biasa-biasa sahaja percutian selama 3 hari 2 malam kali ini. Mungkin di waktu yang bersesuaian, saya akan kongsikan perkara berkaitannya yang bersesuaian.

02 July 2013

CARA MENINGKATKAN PENGUNJUNG KE BLOG

As salam dan sejahtera semua.

Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan pengunjung ke blog kita yang pernah kebanyakan blogger dan saya juga lakukan. Tetapi, cara yang saya jumpa di dalam blog blogger INI memang menarik, mudah dan simple. Berikut adalah caranya. 

25 June 2013

TEMPLATE YANG ASAL

As salam dan sejahtera semua

Puas godek-godek template, akhirnya saya kembali ke template yang asal ketika bermulanya saya dalam dunia blog. Naifnya saya.... Apa pun, header yang dihadiahkan oleh +Tinta Lana kepada saya terus saya gunakan sebab dalam banyak-banyak header yang saya buat sendiri, header hadiah dari +Tinta Lana ni yang paling cantik. Masih berusaha mencari template yang ceria untuk blog saya ni.

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....