Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Segmen ini dianjurkan oleh blogger hebat +HASRUL HASSAN. Segmen Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com adalah satu usaha bagi blogger Malaysia dalam membantah pelancaran laman web yang mempromosikan budaya hidup berzina. Laman web AshleyMadison ini dilaporkan akan dilancarkan di Singapura. Walaupun ia mendapat bantahan menteri Singapura dan orang ramai, belum nampak lagi sebarang petanda ia akan dibatalkan. Malah, pengasas laman web ini yang berpangkalan di Kanada, diberitakan akan merasmikan laman web versi Singapura ini pada 17 November 2013.


Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com kerana blogger wajar menyatakan pendapat melalui kebebasan dan hak bersuara. Seperti diketahui umum, blog merupakan medium ramai blogger menyuarakan pendapat dan apa sahaja yang bermanfaat. Pada pendapat saya, wajarlah pihak berwajib memantau dan menghapus laman web mahupun sebarang laman sosial yang menjadi dalang ke arah kehidupan sosial yang melampau dan mencemar budaya Islam khususnya dan budaya Melayu amnya.  

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com supaya generasi yang bakal memerintah Malaysia dan bumi tercinta adalah generasi yang lahir dari jiwa yang murni, suci dan bersih dari gejala zina. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : "Janganlah kamu menghampiri zina". Ayat ini jelas melarang menghampiri zina dan jelas terbukti jika anda ke laman web AshleyMadison.com, amat jelas bahawa laman web AshleyMadison.com adalah salah satu penyumbang ke arah kehancuran yang menyeru manusia ke arah kehidupan zina yang memang dilaknat oleh Allah SWT dan dibenci oleh semua Blogger Malaysia yang beragama Islam khususnya.

7 comments:

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL  ( Sambungan daripada artikel INI . Kongsi pada 29/12/2023, kemaskini  22/11/20...