Beberapa hari ni sebenarnya ada beberapa perkara yang mendukacitakan hati saya. Saya bersedih sebenarnya. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya saya. Namun... "Kehidupan perlu diteruskan".
BUKAN PERAWAT TAPI SAKSI HIDUP SCAMMER & KEZALIMAN : JAWI, JMB, ahli komuniti residensi, kumpulan ajaran sesat pelampau kalangan guru dan ahli silat, motivator, konsultan, coach self help sebenarnya perawat, dukun ilmu hitam ahli sihir peritual tradisional & moden berprofession tinggi, mengaku jin leluhur sebagai moyang, menunggang agama, nasab keturunan sejarah Raja-Raja Melayu Nusantara. HOBI : Kongsi mutiara kata, tips kesihatan, fakta aqidah dan sejarah.
Showing posts with label Pengalaman hidup. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman hidup. Show all posts
10 June 2014
03 June 2014
KEPENTINGAN MENABUNG WALAU PUN LIMA PULUH SEN
KEPENTINGAN MENABUNG WALAU PUN LIMA PULUH SEN. (Kongsi : 3/6/2014 kemaskini : 9/12/2024).
Sekadar makluman, 1/4/2021 Almarhum Ayahanda beta meninggal dunia. Jenayah siber besar-besaran bermula, 3/8/2021 emak saudara sebelah Almarhum Bonda maklumkan kami darah Raja keturunan Rasulullah SAW. Maaf dah terbiasa guna bahasa diri saya dan beta bersilih ganti. Tak rajin nak edit semua.
Masih ingat tak lagi kali pertama anda bekerja berapakah gaji atau elaun yang anda terima? Oleh kerana dulu-dulu tak mewah. Maka menabung tu wajib jadi rutin harian beta ni.
28 May 2014
IBU KENAPA TAK KERJA KAT RUMAH?
Ada satu hari tu, sebelum tidur anak saya yang ke tiga bertanya "Ibu, ibu kata nak kerja kat rumah. "Ibu kenapa tak kerja kat rumah?"" Hurm... puas gak saya memikir apalah jawapan nak ku beritahu dia ya? Nak tahu apa yang saya jawab?
10 May 2014
Minyak sekarang dah mahal...
"Minyak sekarang dah mahal..." kata cashier di Stesen minyak Petronas bila saya kata padanya "Eh, rasanya baru je 5 haribulan hari tu saya isi minyak kat sini kan?".
22 March 2014
CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI....
As salam dan sejahtera semua. Cuti sekolah kembali lagi... Yang pasti, guru seperti saya tidak bercuti.....
02 March 2014
Catuan Air Peringkat Kedua
"Catuan Air Peringkat Kedua" kali ini melibatkan kawasan yang lebih besar.
25 February 2014
Apa yang saya lakukan bila anak saya demam?
Apa yang saya lakukan bila anak saya demam?
"DEMAM"... itulah yang terjadi pada diri saya selama 3 minggu berturut-turut tempoh hari.
"DEMAM"... itulah yang terjadi pada diri saya selama 3 minggu berturut-turut tempoh hari.
26 January 2014
PANDUAN BILA MENDENGAR KEMATIAN
Assalamu'alaikum
Dalam beberapa minggu yang lalu, saya menerima 5 berita kematian.
Memang amat menyedihkan hati kerana ada di antara berita kematian itu adalah salah seorangnya sahabat saya. Beliau telah pergi meninggalkan alam fana ini di saat sedang membuat persiapan terakhir sebagai seorang pelajar UTMSpace iaitu semasa sedang praktikum.
Kali terakhir saya bertemu beliau tahun lalu,selepas hari Raya Haji. Selepas selesai kuliah, saya lepak-lepak sebentar dihadapan dewan Kuliah DK6. Ketika itu cafe tidak dibuka. Melihat saya yang sedang sarat dan sedang kelaparan, beliau lantas menghidang makanan jamuan yang beliau bawa untuk rakan sekelasnya. Sungguh, saat ini, saya memang mengingatinya. Namun, apakandaya, Allah lebih menyayangi, tidak mahu membiarkan beliau menderita sakit terlalu lama setelah koma selama hampir 5 hari.
Beliau memang seorang yang sangat-sangat baik. Beliau sering memberi kata-kata motivasi buat saya disaat saya dilanda sedikit ujian dunia. Walaupun kami tidaklah terlalu rapat namun, beliau tetap mengelus bahu saya menasihati saya agar bersabar. Tidak saya sangka, itulah saat terakhir saya bertemu beliau. Lantaran kedukaan ini, beberapa hari dunia blogging saya kaku seketika.
Saya tidak berkesempatan menziarahi beliau sewaktu beliau berada di Hospital Selayang. Memang saya rasa ralat namun, tugas saya di sekolah dan tanggungjawab saya untuk menghantar anak-anak ke sekolah membuatkan saya tidak dapat menziarahi beliau.
Hari beliau pergi meninggalkan alam yang fana ini, saya baru selesai berprogram Sambutan Maulidur Rasul anjuran Masjid Al-Akram. Menangis dan pilu saya rasakan seperti menangis dan pilunya hati saya sewaktu arwah emak saya pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya.
Menurut rakan-rakan yang pergi meziarah sahabat saya. Memang wajahnya bersih semasa hari beliau pergi menuju destinasi.
"Portfolio ROS menuju penghujung....destinasi!!!???" Inilah ayat terakhirnya ditimeline facebooknya. Whassap dari group se DPI S2(klik) saya. Sesungguhnya pembaca semua. Mati itu pasti. Cuma kita tidak tahu bagaimana sahaja.
Moga beliau tenang di sana di atas kebaikan-kebaikan beliau yang rajin bersedekah menjamu rakan-rakan setiap penghujung semester.
Sedikit "Panduan Bila Mendengar Kematian" yang ingin saya kongsikan dengan anda, dari pensyarah saya Ustaz Nikmohdzaim Ab Rahim.
Seringkali bila kita mendengar orang meninggal, maka akan ada orang yg mengatakan, "Marilah kita sama-sama menyedekahkan al-Fatihah kepada arwah" ataupun membacakan al-Quran disisi mayat. Bagi yang bermazhab Syafie, anda perlu tahu, adakah itu yang diajarkan oleh Imam Syafie?
Mari kita lihat apa pandangan Mazhab Syafie tentang masalah ini:
Menurut Imam An-Nawawi Asy-Syafi’i rahimahullah berkaitan amalan membaca Al-Qur’an untuk dihadiahkan kepada si mati, beliau telah menjelaskan tentang pendapat jumhur ulamak dalam mazhab Syafi’i iaitu kata beliau:
وَأَمَّا قِرَاءَة الْقُرْآن فَالْمَشْهُور مِنْ مَذْهَب الشَّافِعِيّ أَنَّهُ لا يَصِلُ ثَوَابُهَا إِلَى الْمَيِّت وَقَالَ بَعْض أَصْحَابه : يَصِل ثَوَابهَا إِلَى الْمَيِّت
“Dan adapun pembacaan Al-Qur’an, maka yang masyhur dari mazhab Syafi’i bahawa ianya tidak sampai kepada mayat sedangkan sebahagian sahabatnya mengatakan: Pahalanya sampai kepada mayat.” (Syarah An-Nawawi ‘ala Muslim, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah, 1/25)
Firman Allah Ta'ala:

وَأَنْ لَيْسَ لِلإِنْسَانِ إِلاَّ مَا سَعَى
Maksudnya: “Dan bahawasanya seseorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” (Surah An-Najm: 39)
Antara lain, pendapat dari Al-Hafiz Imam Ibnu Katsir rahimahullah tentang Panduan Bila Mendengar Kematian, beliau berkata:
ومن وهذه الآية الكريمة استنبط الشافعي رحمه الله، ومن اتبعه أن القراءة لا يصل إهداء ثوابها إلى الموتى؛ لأنه ليس من عملهم ولا كسبهم؛ ولهذا لم يندب إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم أمته ولا حثهم عليه، ولا أرشدهم إليه بنص
Maksudnya “Dan melalui ayat yang mulia ini, Imam Asy-Syafi’i rahimahullah dan para pengikutnya mengistinbatkan hukum bahawa pahala bacaan (Al-Qur’an) yang dihadiahkan kepada orang mati tidak sampai kepadanya kerana bukan dari amal mereka dan bukan usaha mereka (orang mati). Oleh kerana itu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah mensunnahkan umatnya dan menganjurkan mereka melakukan perkara tersebut, serta tidak pula menunjukkan kepadanya (menghadiahkan bacaan kepada orang mati) walaupun dengan satu nas (dalil).” (Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah, 7/465)
Al-Haitami rahimahullah yang merupakan ulama dalam mazhab Syafi’i juga berkata dalam kitabnya Al-Fatawa Al-Kubra Al-Fiqhiyah:
الميت لا يقرأ عليه مبني على ما اطلقه المتقدمون من أن القراءة لا تصل إلى الميت لأن ثوابها للقارئ والثواب المرتب على عمل لا ينقل عن عامل ذلك العمل. قال الله تعالى: وَأَنْ لَيْسَ لِلإِنْسَانِ إِلاَّ مَا سَعَى
“Si mati tidak boleh dibacakan apa pun berdasarkan keterangan yang mutlak dari ulama mutaqaddimin (terdahulu) bahawa bacaan (yang pahalanya dikirimkan kepada si mati) adalah tidak dapat sampai kepadanya, sebab pahala bacaan itu adalah untuk pembacanya sahaja. Sedangkan hasil amalan tidak dapat dipindahkan dari amil (yang mengamalkan) perbuatan itu berdasarkan firman Allah (yang bermaksud):
“Dan bahawasanya seseorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” (Al-Fatawa Al-Kubra Al-Fiqhiyah, juz 2, halaman 9; dinukil dari buku Membela Sunnah Nabawiyah, Jahabersa, halaman 61).
Moga Panduan Bila Mendengar Kematian ini dapat bersama kita amalkan. Tiada lagi seruan "Al-Fatihah untuk arwah" kedengaran lagi. Apa lagi Panduan Bila Mendengar Kematian yang anda ketahui? Mari berkongsi dengan saya...
Dengarkan dan bacalah bait-bait syahdu, mencuit hati ini. Moga keinsafan menyelubungi hati nurani kita semua. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin...
"Kadangkala kita rasa kita kuat, tapi sebenarnya tidak... Kadangkala kita perlukan sokongan, tetapi adakalanya sokongan membawa rebah. Kadangkala kata-kata yang diungkap menjadikan kita hilang semangat. Jom pulihkan semangat dengan bergantung harap kpdNYA" Ieta Mat Sa'ad
Dengarkan dan bacalah bait-bait syahdu, mencuit hati ini. Moga keinsafan menyelubungi hati nurani kita semua. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin...
"Ustaz ni cakap bila ada jer sesuatu kematian orang2 kita nih selalu jer sebut 'Al-Fatihah' instead of 'Innalillah wa Innailaihirajiuun'. Bila sebut 'Al-fatihah' x dapat apa2 pon, 'Al-Fatihah' hanyalah nama surah didalam Al-Quran. Tetapi kalau kita menyebut 'Innalillah wa Innailaihirajiuun' automatik kita sudah mendoakan si mati." Sumber
22 January 2014
JIWA YANG TENANG...
As salam semua... Hari ni nak sentuh tentang "Jiwa Yang Tenang". Bagaimana memberi ketenangan dalam jiwa? Firman Allah Surah al-Ra'd ayat 28 yang bermaksud "Sesungguhnya dengan mengingati Allah, jiwa akan tenang".
13 January 2014
Presentation Bahasa Arab
As salam. Baru-baru ini, saya sempat menyiapkan entri Menanam Rasa Kecintaan Kepada Rasulullah s.a.w (klik). Idea mencurah-curah ketika rakan-rakan sedang sibuk membentangkan tajuk pelajaran Sirah Nabawiyyah. Ia menjelma satu-persatu, bertalu-talu... Tak sabar rasanya mengadap komputer untuk menyiapkan tajuk yang berunsurkan dakwah itu. Ahad keesokannya iaitu 12/1/2014, ketika kuliah Bahasa Arab juga menyaksikan 'Presentation Bahasa Arab" dari saya dan rakan-rakan sekuliah untuk menguji sejauh mana pemahaman kami terhadap topik-topik yang telah kami pelajari dan telah kami kaji. Idea mencurah-curah lagi... Otak ni ligat untuk blog. Memang saya blogger yang gila blogging, cuma kesempatan mengadap PC untuk menulis jarang ada dah sekarang ni.
21 December 2013
CERIA INDAH GELAK
Assalamu'alaikum semua... Moga anda "ceria" hari ini... Lupakan sega...la kisah silam yang menyemakkan pemikiran dan menyesakkan otak. Hidup ini jadi mudah andainya anda buatkan ia menjadi mudah.
28 May 2012
CORETAN RINGKAS SEMPENA SUKANEKA SEMPENA HARI GURU DI SEKOLAH
Dari 16 haribulan hari tu sampai 24/5/2012, hadiah sesaje.... Beginilah saban tahun bila hari guru. Tidak kuharap, tidak ku pinta tetapi murid-murid dah beri, maka ku terima seadanya. Terharu rasanya. Alhamdulillah... (Kalo tak garang, sure penuh bonet keta). He2...
Bersukan itu bagus... Puas hati dapat bersukan petang itu dengan murid-murid darjah 1. Seperti biasa "Usah diharap sebarang ganjaran. Laksanakan segalanya mengikut arahan". Akhirnya, aku di gelar "Guru paling komited" dan mendapat tempat pertama dalam acara lari bawa bola pingpong bersama murid kelas darjah 1. Ok lah tu... He2... Berbaloi... Memang berbaloi...
Sesi pertukaran hadiah berlangsung selepas sesi pagi pada 25/5/2012. Yea2...dpt handbag. Yea2...boleh la aku tukar guna handbag lepas ni...
Syoknya jadi guru...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured Post
MEREKA SUDAH TIDAK BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....
-
Atas permintaan, saya nak postkan entri tentang "Panduan Solat Sunat Istikharah" Cara Nabi S.A.W yang saya ambil dari blog Enc...
-
As salam. "Pentingkah Page Rank pada sesebuah blog?" Sesungguhnya, saya tidak pernah mengimpikan yang impian saya akhirnya terca...
-
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ "Kenapa jadi guru tak kerja lain?" Pertanyaan yang sudah beberapa kali ...