السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Perkongsian ini adalah dari rakan whatsapp group UTMSpace. Bagi yang boring2 tak tahu nak buat apa......boleh baca-baca. Bukan apa... takut-takut kita ter'cakap'
"BERGURAU ADA BATASNYA", FIKIR DAHULU SEBLUM BERCAKAP. Ini antara adab bergurau dan antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar :
1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sikit dari nabi. (jatuh kafir)
2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tengok. (jatuh kafir)
3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kafir)
4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kafir)
5- Senyum la sikitt, muke masam je dah macam malaikat mungkar nakir dah aku tgk. (jatuh kafir)
6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kafir)
7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kafir)
8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kafir)
9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh kafir)
10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kafir)
BERGURAU ADA BATASNYA kerana nabi bersabda "Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie
p/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.
Bahaya Nie...baru tau. Masya Allah !
Syirik kecil boleh jadi macam ni. Situasi:
1) Ammar sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya, Farhan berkata. "Nanti hujanlah". Haa, tu boleh jadi syirik kecil.
2) Azlie bertanya kpd Ahmad. "Awak dah solat zuhur? Ahmad mjwb, "Dah, semalam."
Haaa perkara kecil sebegitu pun boleh jadi syirik dari setiap percakapan kita tanpa kita sedar. Ini kerana dia memperlekehkan amalan wajib lima waktu. kita tak tahu pada mulanya, sekarang dah tahu kan? So copypaste laa. Ilmu untuk dikongsi bukan utk dijual beli. Tolong SHARE sekiranya input ini berguna untuk anda. Mungkin berguna juga untuk orang lain. Sumber 'Usrah' tv TV9 .
BERGURAU ADA BATASNYA kerana jika terlalu bergurau, boleh rosak aqidahnya. BERGURAU ADA BATASNYA kerana jika terlebih bergurau, rosak imannya.
Jangan lupa ya berdoa untuk MH370...
"Ya Allah Ya tuhan kami, Sekiranya mereka di udara, kau turunkan lah mereka, sekiranya mereka di laut kau timbulkanlah mereka dan sekiranya mereka di darat, kau tunjukkanlah mereka. Andai mereka terbelenggu, walau di mana bebaskanlah... Kami mohon agar doa kami hambamu dimakbulkan oleh mu Ya Allah. Dan kami mohon padamu Ya Allah, agar misi menyelamatkan mereka dipermudahkan. Bukakanlah hijab andai ada yang terhijab. Leraikanlah kekusutan ini Ya Allah... Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penyelamat. Amiin Ya Rabbal 'alamiin..." ieta mat sa'ad
Assalamualaikum kak ieta. nice sharing. kadang tu tanpa sedar bercakap boleh jatuh kafir kan.. semoga sentiasa dalam perlindungan Allah Taala... in shaa Allah ~~~
ReplyDeleteAssalamualaikum... selamat pagi, sheila singgah sini ~~~
DeleteBenar sebab itu Perlu berhati-hati . Tenma kasih sudi berkunjung . Baru habis final exam :)
DeletePeringatan yg baik utk renungan kita semua.. bergurau biarlah kena pada topik, tempat & waktunya...
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan segala usaha menyelamat MH370 & diberi ketabahan kpd keluarga mangsa dlm menghadapi situasi sukar ini... aamiin.
Amiin...
Deletekalau boleh kita elakkan bergurau melampau....supay tidak menyinggung perasaan orang lain....
ReplyDeleteyeap betul tu. segalanya perlu berhati-hati... terima kasih Puan sudi berkunjung :)
DeleteKena ajar lah budak2 dari kecil supaya tahu benda ni... sebab budak2 kan suka bergurau
ReplyDeleteOrang dewasa pun kadangkala terdengar juga bergurau sebegini. Sebab itu saya highlightkan dalam blog saya bila ada rakan kongsikan. Terima kasih sudi berkunjung :)
DeleteKena berhati-hati bila bercakap, takut-takut tak sedar terungkap perkara-perkara syirik.
ReplyDeletebenar tu tuan. takut sangat
Deletesangat setuju dengan entri ini,, berfikir sebelum berbicara, bergurau ada batasnya... terima kasih peringatannya
ReplyDeleteTerima kasih kembali :)
DeleteIslam melengkapi segala-galanya.
ReplyDeleteKesimpulannya, bersederhana dalam kehidupan.
Benar tu :)
Deletebab hujan jika sora tak sedap,menyanyi tu...biasa sgt didengar...
ReplyDeleteMemang pun :)
Delete