Dalam bonet hari-hari bawa ke mana-mana. Bila lapang, senang nak tanda ^___^ Cuti sekolah kembali lagi... Guru, teruskan tugas hakiki tapi jangan lupa tanggungjawab pada famili |
Rutin harian saya ialah mengajar pagi dan petang. Selepas 11.15 pagi setiap hari saya balik ke rumah mengambil anak pra sekolah, kemudian menghantar anak saya yang darjah 1 ke sekolahnya. Selalu terlewat balik, menyiapkan kerja di sekolah sekadar termampu.
Jam 2 petang atau sebelum jam 2 petang, saya bergegas pula ke sekolah untuk sesi petang. Hingga 5.30 petang. Selalu jam 6 lebih baru saya balik. Siapkan Ringkasan Pengajaran Harian (RPH) dahulu. Jika mood ada, saya akan siapkan untuk seminggu terus. Jika mood lari, saya hanya siapkan untuk esok yang nak mengajar sahaja.
Sebut RPH, bagi mereka yang bekerja sebagai guru, buku ni memang WAJIB ditulis setiap hari. Menyalahi etika kerja jika tidak menyiapkannya dan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Ha.... jangan main-main..... Ingat senang ke...? Nak tulis perkara yang sama setiap hari. Macam menulis dalam blog juga, perlukan mood menulis. Sebab tu bila mood saya baik, siap terus untuk seminggu RPH saya.
Untuk memastikan mood saya baik, saya pastikan saya sentiasa bertenang dalam mengatasi apa jua permasalahan melanda.
Cuti sekolah kembali lagi... Dalam minda, ada banyak perkara sudah terancang. Tinggal nak di siapkan secara berperingkat mengikut masa terluang dikala lapang. Berblogging tetap diteruskan juga mengikut ruang yang senggang. Yeaaayyyyy.... Cuti sekolah kembali lagi... Walau saya tak cuti, Cuti sekolah memang antara yang saya nanti-nanti. Anda bagainana....? Apa rancangan anda cuti kali ini?
Happy blogging. Masih ber DOABUATMH370...
Assalamualaikum kak ieta. best tak hadap kertas2 ni? hihiiii
ReplyDeleteBest.... memang best sgt2 sbb di situ kita dpt nilai pnp kita berkesan / tidak
DeleteBe strong ;)
ReplyDeletePengorbanan guru memang luar biasa. Tiada guru maka tiadalah manusia yang bijak pandai.
Always strong... demi anak2 dan rezqi yg halal... ^___^
DeleteSelamat bercuti sekplah dan jangan lupa kerja bertambung sebagai seorang guru. Moga ada waktu untuk pergi bercuti bersama keluarga ke mana-mana destinasi untuk merehatkan minda.
ReplyDeleteIn Shaa Allah... Terima kasih en. Kamil
DeleteAll the best Ieta... slmt bercuti & salam ceria selalu.. :)
ReplyDeleteTerima kasih...
DeletePergh!!! Banyaknya kertas kena tanda...
ReplyDeletetu la... biasa dah ni... cuti tak cuti
Deleteselamat bercuti buat guru-guru semua, nampak tinggi jugak nak nenanda kertas periksa tu...
ReplyDeletetu lah. moga sempasiap b4 buk tekolh. nak key in markah lgi nnt ni
DeleteSelamat bercuti kak eita... Mmg itu hakikat cikgu.. Cuti mngajar je..kerja lain kna buat juga..
ReplyDeletebetul tu... :)
DeleteSelamat bercuti kak eita... Mmg itu hakikat cikgu.. Cuti mngajar je..kerja lain kna buat juga..
ReplyDeleteDemi amanah dan tanggungjawab :)
Deleteselamat bercuti kak eita :D tu lah kesian dgn ckgu2 ni.. byk keje walaupun musim cuti.. pakcik makcik sy ramai cikgu.. kalau g umah mereka, bertingkat2 buku budak2 yg perlu disemak
ReplyDeletehehe.. bertingkek-tingkek tu biasa Ain...
Deletealahai kesiannya cikgu..
ReplyDeletebawak-bawak berehat sama
Amanah dan tanggungjawab perlu dilaksana prof :)
Delete