As salam. Beberapa hari lalu, ada rakan facebook yang tag saya berkenaan cara menghilangkan tatu. Saya tidak menjawabnya kerana saya tidak suka menjawab perkara yang di luar bidang saya tanpa dalil dan hukum yang jelas. "Tatu tidak wajib dihilangkan Jika Menyiksa Mayat". Inilah tajuk yang saya terbaca di dalam Iman, majalah keagamaan.
Berkaitan Tatu tidak wajib dihilangkan Jika Menyiksa Mayat ni, ustaz saya pernah memberitahu bahawa hukum mentatu badan dan anggota badan adalah haram. Haram ialah perkara yang Allah larang lakukan. Tatu diharamkan kerana ia bersifat merubah kejadian Allah dan menyakitkan tubuh badan. Perkara yang haram, bila dilakukan adalah berdosa besar dan akan disiksa akibat melakukan perkara-perkara yang Allah haramkan. Perkara yang haram juga bermaksud ia dibenci oleh Allah dan rasulnya.
Berkaitan perkara haram, terdapat sebuah hadis daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir Radhiallahu 'anhu katanya:
"Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan diantara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yangmemelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram...." (Hadis Riwayat BUKHARI MUSLIM)
Tahukah anda, bahawa Tatu tidak wajib dihilangkan Jika Menyiksa Mayat. Selanjutnya lagi tentang Tatu tidak wajib dihilangkan Jika Menyiksa Mayat, anda boleh besarkan keratan majalah di bawah dan baca dengan teliti.
|
Tatu tidak wajib dihilangkan jika menyiksa mayat. Buat mereka yang masih hidup, ada panduannya di dalam print screen gambar ini. |
Mohon pencerahan dan pembetulan jika saya tersilap. Sudi-sudikan untuk kongsikan pengalaman anda tentang tatu di ruangan komen entri ini. Terima kasih ya. Moga bermanfaat ^__^
nice nice nice
ReplyDelete^__^ thanks visit here ^__^
DeleteNice sharing. Tapi, zaman sekarang ni pelik sebab xkisahlah wanita atau laki suka sangat pakai cover hand yang ala2 tatu tu. Honestly, kita just nampak in negative view, even it just a style.
ReplyDeletememang pelik kan Tieyz? ^__^
Deleteterima kasih berkgsi sis =)
ReplyDeleteSama2 Nuyui ^__^
DeleteTq sis share menda ni..menambahkan ilmu penetahuan (Y)
ReplyDeleteSama2 Mastura ^__^
Deleteyg penting kena taubat sungguh2.
ReplyDeletekalau dah taubat, mcm lahir seperti bayi. apa yang ada kat badan x kisah..
Ya betul tu Petak Bunga ^__^
DeleteTapi eloklah jangan dibuat awal2.
ReplyDeletetak buat lg bagus kan? siksa badan...
DeletePerkongsian ilmu yg bermanfaat.. t kasih Ieta..
ReplyDeleteSama2 Yeop... ^__^
DeleteDulu kompius Yeop Khairil Mazri dgn Khir Khalid..sorry...
DeleteCara menghilangkan tatu pd badan...tetapi sedikit menyakitkan...
ReplyDeleteCaranya...terlebih dahulu mengikis bahagian yg ditatu dgn sebarang alat dan ini melukakan bahagian kulit tersebut sehingga mengeluarkan darah...ambil kapur makan ( kapur sirih ) lumurkan pada bahagian tersebut dan biarkan sehingga sembuh ( jangan kena air ).
Cara begini akan menyakitkan sedikit. Bila sembuh akan kelihatan bahagian kulit yg dilumur kapur tadi sedikit timbul ( macam kesan suntikan BCG) ...namun seperti fatwa yg dikeluarkan...tidak wajib sekiranya menyakitkan dan memudharatkan...atau mencacatkan anggota. Wallaahu a'llaam
Terima kasih sudi berkongsi pendapat ya Tuan.
Delete