Syukur Alhamdulillah...

As salam. "Syukur Alhamdulillah...". Kita kena sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang kita dapat. Rezki ni datang dalam pelbagai bentuk... Kesihatan juga merupakan rezki selain nikmat iman dan Islam serta wang ringgit.

Hari ini saya tak putus-putus ucapkan Syukur Alhamdulillah... Kerana tiga sebab berikut :

1)  Syukur Alhamdulillah... Baby saya Abdul Latiff telah sembuh dari demam panas walau masih meragam, syukur hari ini saya dapat bekerja dan meraikan pertukaran hadiah antara guru dan kakitangan sekolah saya walaupun semalam saya tak hadir join sukaneka sempena Hari Guru. Terima kasih semua rakan-rakan yang sudi mendoakan kami anak beranak. Syukur...

2)  Syukur Alhamdulillah... saya menang tempat pertama Giveaway anjuran sifu Hasrul Hassan. Terima Kasih sifu... Moga Allah murahkan lagi rezki sifu. Amiin...

INI (Klik) link GA saya. Dan INI (Klik) link GA blog Sifu Hasrul Hassan yang mengumumkan senarai pemenang GA yang dianjurkannya tu.

Rezeki Allah yang beri... Saya hanya berusaha untuk melebarkan rangkaian blogging melalui aktiviti blogwalking seperti biasa dan memang sedapat mungkin, saya akan tinggalkan jejak melalui komen sekadar mampu.

Oh ya, teringat saya kepada kata-kata mantan Bos saya, Ustazah Zaina Othman, katanya :
"Rezki samada gaji atau duit dan apa sahaja yang kita dapat sebenarnya sebahagiannya adalah milik orang lain... Bersedekahlah walau sepuluh sen". Demikian kata-kata beliau yang sentiasa saya pegang sampai bila-bila.
Jadi, apa yang sifu Hasrul Hassan buat untuk Giveaway beliau dari hasil beliau berblogging tu memang bertepatan dengan apa yang mantan bos saya katakan di atas. Tahniah sifu Hasrul Hassan ^__^

Kisah blogger, KISAH GURU, Pengalan guru, Syoknya jadi guru, Syukur Alhamdulillah..., Kesihatan, Nikmat Iman, Nikmat Islam, Wang Ringgit, Baby, pertukaran hadiah antara guru dan kakitangan sekolah, Hari Guru, Terima kasih, Syukur, Menang Giveaway, Terima kasih sifu, rajin blogwalking, Ada komen, Hadiah Hari Guru, Guru Paling Ceria, Saya rasa sangat-sangat suka, kerjaya saya sebagai guru, blogwalking, Rezki Allah, sukaneka hari guru, game hari guru
Syukur Alhamdulillah... Sebahagian rezki Hadiah Hari Guru dari murid-murid saya. Yang kotak merah tu, hadiah pertukaran antara kami guru-guru dan kakitangan sekolah.

2) Syukur Alhamdulillah... Tahun ni saya dipilih sebagai Guru Paling Ceria. Saya rasa sangat-sangat suka.... Yipppiiiiii.... Ini merupakan Doa tau... Moga saya akan terus ceria untuk rumahtangga dan kerjaya saya sebagai guru.

Sebenarnya bukanlah hadiah yang saya pinta. Namun sudah menjadi tradisi hari guru disambut setiap tahun maka, murid-murid saya tanpa disuruh pastuakan menghadiahkan saya pelbagai hadiah. Di sini, saya terharu okay... :'( Dipilih dan dianugerahkan sebagai apa pun, bukanlah menjadi kebanggaan saya tetapi, pilihan dan setiap anugerah yang saya terima itu amat memberi perangsang dan semangat untuk memberikan yang terbaik dan semampu yang dapat untuk anak-anak didik yang amat saya sayangi seterusnya meningkatkan prestasi kerjaya saya sebagai seorang guru. Uish, semangat gitu... Ya... Hidup memang perlu sentiasa bermotivasi dan bersemangat walau badai dan onak duri sedang dihadapi... ^__^

Berbalik kepada menang GA tadi, Syukur Alhamdulillah...  Jika anda semua nak tahu... Tak nak tahu pun, saya nak beritahu juga. :D Menang GA tu kan, 3 kali saya buka senarai pemenang yang sifu telah umumkan tu tau. Macam tak percaya je sebab dah pernah join banyak GA tapi tak pernah menang. Sesungguhnya tak pernah terniat untuk menang just suka-suka je blogwalking. Tak sangka boleh menang. Random yang digunakan oleh sifu tu untuk mencari pemenang, memang misteri... Apapun, syukur kepada Allah dan terima kasih juga kepada sifu sebab sudi buat GA tu yang kebetulannya saya sempat join dan blogwalking dengan baby yang kuat meragam. Rezki Allah memang luas dan tak terjangka... Syukur Alhamdulillah... :)

Anda juga pasti pernah menang mana-mana GIVEAWAY, Segmen Contest atau peraduan kan? Jom kongsikan di ruangan komen pengalaman berharga anda tu ^__^

17 comments:

  1. tahniah yer..rezeki kita tiada sapa tahu..alhmdullah..

    ReplyDelete
  2. as salam sis ieta =)

    usaha pastinya Allah balas dgn kebaikan. moga sis terus ceria dan terus sukses.

    tahniah yer sis. terbaiklah!

    ReplyDelete
  3. 2 kali menang masuk dlm bloglist ... tu jer . alhamdulillah .

    ReplyDelete
  4. Tahniah, semoga dipermurahkan rezeki selalu. :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah kak..semoga dimurahkan rezeki sentiasa oleh Allah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ya ^__^
      Salah 1 lg punca tak bnyk komen ialah nk komen kna taip robot text/word verification /captcha word. Jadi, nak lagi bagus, buang robot text / captcha word ya. Kita bukan robot nak taip2 robotext. :D

      Delete
  6. Nor Nazliana : betul tu. Usaha je ^__^
    Hafiz MD : Syukran Hafiz coz selalu memberi semangat utk akak ^__^
    Qaseh Vee : Waa... itu pun ok gak tu... Rezki tu... ^__^
    Bahrain : Terima kasih Encik Bahrain ^__^
    Ewanthology : Terima kasih juga sudi ke mari ^__^
    Aspire Angel : Amiin.. Terima kasih ya ^__^

    ReplyDelete
  7. Tahniah... Meh BW ke blog saya pulak ^_^

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.. rezeki Allah itu luas.. tahniah anak dah elok demam, tahniah menang GA yg dianjurkan sifu SEO malaysia, tahniah menang award guru ceria.
    semoga terus maju jaya ye !!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah 1 lg punca tak bnyk komen ialah nk komen kna taip robot text/word verification /captcha word. Jadi, nak lagi bagus, buang robot text / captcha word ya. Kita bukan robot nak taip2 robotext. :D

      Delete
  9. assalammuaikum

    alhamduliLLAH tahniah cikgu :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah rezeki...tahniah ieta

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL  ( Sambungan daripada artikel INI . Kongsi pada 29/12/2023, kemaskini  22/11/20...