IBU KENAPA TAK KERJA KAT RUMAH?

Ada satu hari tu, sebelum tidur anak saya yang ke tiga bertanya "Ibu, ibu kata nak kerja kat rumah. "Ibu kenapa tak kerja kat rumah?"" Hurm... puas gak saya memikir apalah jawapan nak ku beritahu dia ya? Nak tahu apa yang saya jawab?

Ibu kenapa tak kerja kat rumah? Sekarang ni, anak nombor empat pun dah selalu bertanya macamtu. Memang susah nak jawab. Fikir punya fikir, saya jawab begini je lah akhirnya... "Kalau ibu kerja kat rumah, sape nak bagi duit kat ibu? Ibu kerja kat luar untuk tolong ayah... nak belanja Te ah, adik dan abang ke sekolah. Nanti ya, ibu kumpul duit banyak-banyak dulu baru ibu buat kerja kat rumah tapi ibu kena cari dulu kerja yang boleh ibu buat kat rumah..." Alhamdulillah dia faham. Alangkah seronoknya jikalau dapat saya kotakan apa yang telah saya katakan... 

Nur Fatihah ni memang suka kalau saya duduk rumah melayan karenahnya. Begitu juga anak-anak yang lain. Saya pun suka sebenarnya... tapi apa nak buatkan... tanggungjawab terhadap masyarakat juga perlu dilaksanakan.

LUAHAN RASA, PENGALAMAN hidup, Kisah Anak, Kerja di rumah, Ibu kenapa tak kerja di rumah?
Ni masa dia umur 4 tahun. Comel... Sekarang dah 6 tahun... kadang-kadang comot. he... :D

Bagi ibu-ibu bekerjaya macam saya ni, tentu sekali ada sekali sekalanya berkeinginan untuk duduk di rumah, membesarkan anak-anak di hadapan mata, menyuap anak-anak makan dan membuat urusan rumahtangga tanpa keluar rumah kan? Tapi... zaman sekarang yang segalanya-galanya memerlukan wang, mana mungkin itu berlaku... RM50 sekarang ibarat RM5 sahaja. Duit macam air, mengalir begitu pantas sekali dan tak mungkin kembali jika ia telah dibelanjakan. Suami dan isteri harus bersama-sama dalam segala hal terutamanya dalam hal perbelanjaan seisi rumah, persekolahan anak-anak dan bantu membantu menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Mungkin boleh, andai pendapatan salah seorang suami isteri mencecah RM10,000.00 dan anak-anak sudah punya kerjaya sendiri. Mungkin juga boleh jika sudah jumpa lubuk duitnya dari affiliate atau bisnes online.

Namun demikian, itu semua bukanlah perkara yang boleh membantutkan minat saya sebagai guru mendidik dan meneruskan perjuangan yang tidak pernah selesai... Ibarat kata-kata fasilitator saya suatu waktu dahulu semasa mengikuti program keagamaan "Adik adalah Warathatul Ambiyak..." mendalam maknanya tu... Apakah saya mampu menjadi seperti apa yang fasilitator saya itu ungkapkan? Ia adalah bergantung kepada kemampuan saya dalam menguruskan keluarga, rumahtangga dan kerjaya seterusnya menguruskan BLOG saya ini... Kerana, inilah antara peralatan teknologi dalam usaha menyampai, menyebar seterusnya menjana pendapatan darinya. 
Mudah-mudahan saya berjaya. Amin Ya Rabbal 'Alamain...

Bila anak bertanya lagi Ibu kenapa tak kerja kat rumah? Terfikir pula, best juga andai jadi bagai dikata oleh blogger ni >> Macam mana rasa jadi blogger terkenal? Takde dah la soalan menyusuk kalbu Ibu kenapa tak kerja kat rumah? kan? ^__^

6 comments:

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL  ( Sambungan daripada artikel INI . Kongsi pada 29/12/2023, kemaskini  22/11/20...