Harga segugus kunci


Ini kisah beli rumah... Beli 2003. Pemaju kata siap 2004. Tapi 2013 baru siap. "Harga segugus kunci" di sebuah apartment yang terbengkalai di Hulu Kelang ini RM1200.00 termasuk deposit api air, cukai pintu, cukai tanah dan servis caj.

Search Description Kisah benar, BAJET KERAJAAN, EMAIL DARI PEMBACA BLOG, Kisah beli rumah, Harga segugus kunci, gugusan kunci, apartment yang terbengkalai di Hulu Kelang, Ukay Bistari
Harga segugus kunci memang mahal bagi golongan berpendapatan sederhana dan anak ramai ditambah dengan kos sara hidup yang makin meningkat sekarang ni.

Kisah rumah terbengkalai ni sudah masuk TV3 banyak kali dah... Sudah ada yang merampas gugusan kunci mereka dari pihak pemaju dek tidak tahan terlalu lama menanti rumah mereka siap.

Rakan saya ini tiada masa berbuat demikian. Kebetulan ada rezeki lebih, beliau pergi ambil kunci rumah dari pihak pemaju semalam. Staff  Intel Best Corporation ni sombong... perungus sangat. Sebab nak cepat selesai, malas beliau nak bertekak dengan cina ni. Semasa membayar duit kunci, rakan saya sempat bertanya tentang CF. Jawab staff Intel Best Corporation Mr. Thkoon, CF tak dapat lagi tapi dah ramai yang duduk. Pemaju wat dono je bila lembaga perumahan cakap bukan pembeli yang sepatutnya perlu tanggung bayar sume cukai2 tu.

Dek malas nak fikir dah setelah 10 tahun menunggu... maka rakan saya ni pun bayar je lah kunci tu... seb pi tengok lepas dapat kunci tu, rumah ok tak de retak2 macam rumah2 terbengkalai lain. Menurut kontraktor perumahan di situ, kena pasang grill, awning, plaster siling yang tak ditampal elok, pasang lampu kipas dan cuci rumah... semua RM9,600.00... 
"Tak tau lah lagi bila dapat duduk situ..." Katanya...
Kisah Harga segugus kunci  ini adalah email dari rakan saya, pembaca blog ieta.  Ada rakan-rakan yang mencadangkan rakan saya ini menceburkan diri dalam perniagaan emas. Mana nak cekau duitkan...? Rakan-rakan beliau telah mencadangkan buat loan bank. Pertanyaan beliau, bijakkah gali lubang tapi lubang tetap terbuka tidak tertutup-tutup? Sampai bila nak hidup berhutang hanya kerana nak mendapatkan pulangan berganda dari hasil berhutang? Saya hanya mampu mendoakan mudah-mudahan beliau dapat duduk segera di rumahnya itu dan dipermudahkan segala urusannya. Sesungguhnya, seseorang itu sanggup buat apa sahaja demi membayar harga segugus kunci. Betulkan?


Pesan saya... Jangan kita sombong dan anggap semua orang mampu seperti kita... Tak perlu perli-perli menambahkan dosa jika orang tak mahu menuruti kita.


#pleasekeep #prayforGhaza, #prayforMH17, #prayforMH370 & #SaveAllMuslimInTheWorld.


Entri berkaitan : 



1 comment:

  1. Entri ni ada 1 je komen dari blogger kat komen G+ tu... Yang sedihnya... 26 komen lagi dari Anonymous, semuanya spammer... huhuhu... :'(

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL  ( Sambungan daripada artikel INI . Kongsi pada 29/12/2023, kemaskini  22/11/20...