Resepi Pengat Pisang Sempoi ieta

As salam. Hai semua... sihat hendaknya hari ini ya?  Hari ni saya teringin nak buat Resepi Pengat Pisang Sempoi ieta

Teringin lama dah nak makan Pengat Pisang ni. Hari ni cuti... Peluang keemasan sangat nak menjamu suami dan anak-anak dengan hasil masakan sendiri. Kami bertujuh sahaja jadi 2 sisir pisang tu cukuplah ^__^

Sempoi dan mudah sahaja bahan-bahan Pengat Pisang ni. Bahan-bahannya ialah :
  1. Sagu setengah cawan.
  2. Air.
  3. Pisang yang masak ranum.
  4. Gula Kabung seketul bulat ditumbuk halus.
  5. Gula Merah dihancurkan.
  6. Gula Pasir 3 sudu MC D.
  7. Santan pekat sepeket.
  8. Garam secukup rasa.
RESEPI, Resepi Ramadhan, Resepi Pengat Pisang, Pisang, Masak, Pengat Pisang, Pengat Pisang Sempoi ieta, Pengat Pisang Sempoi, Sempoi dan mudah, Bahan-bahan Pengat Pisang
Bahan wajib ada untuk Resepi Pengat Pisang sempoi ieta ni. Dari kiri, Pisang nangka, Gula Kabung, Gula pasir, daun pandan, gula merah dan Santan.
RESEPI, Resepi Ramadhan, Resepi Pengat Pisang, Pisang, Masak, Pengat Pisang, Pengat Pisang Sempoi ieta, Pengat Pisang Sempoi, Sempoi dan mudah, Bahan-bahan Pengat Pisang
Bahan tambahan untuk resepi pengat pisang ini namanya Sago atau sagu mata ikan.
CARA MEMASAK Pengat Pisang Sempoi ieta
RESEPI, Resepi Ramadhan, Resepi Pengat Pisang, Pisang, Masak, Pengat Pisang, Pengat Pisang Sempoi ieta, Pengat Pisang Sempoi, Sempoi dan mudah, Bahan-bahan Pengat Pisang
Rebus bagi kembang dulu sagu ni ya. Kemudian, ikut sahaja step nombor 1 di bawah.
RESEPI, Resepi Ramadhan, Resepi Pengat Pisang, Pisang, Masak, Pengat Pisang, Pengat Pisang Sempoi ieta, Pengat Pisang Sempoi, Sempoi dan mudah, Bahan-bahan Pengat Pisang
Setelah masukkan santan, gula kabung, gula merah, gula pasir, pisang dan sedikit garam, masukkan pisang dan daun pandan sekaligus.
  1. Sagu dibasuh dahulu... Kemudian rendamkan dalam 3 minit, toskan dan rebus seketika dan buang airnya.
  2. Masukkan air setengah periuk ke dalam periuk yang berisi sagu tadi.
  3. Masukkan pisang dan santan, gula kabung, gula merah, gula pasir dan garam secukup rasa.
  4. Kacau sekali-sekala supaya tidak pecah minyak.
  5. Setelah menggelegak, tutuplah api... Dah siap... 
RESEPI, Resepi Ramadhan, Resepi Pengat Pisang, Pisang, Masak, Pengat Pisang, Pengat Pisang Sempoi ieta, Pengat Pisang Sempoi, Sempoi dan mudah, Bahan-bahan Pengat Pisang

RESEPI, Resepi Ramadhan, Resepi Pengat Pisang, Pisang, Masak, Pengat Pisang, Pengat Pisang Sempoi ieta, Pengat Pisang Sempoi, Sempoi dan mudah, Bahan-bahan Pengat Pisang
Ha... inilah hasilnya... Tak sabar anak yang umur setahun setengah nak makan.
RESEPI, Resepi Ramadhan, Resepi Pengat Pisang, Pisang, Masak, Pengat Pisang, Pengat Pisang Sempoi ieta, Pengat Pisang Sempoi, Sempoi dan mudah, Bahan-bahan Pengat Pisang
Gambar dekat, berasap lagi...Oh ya, jangan terlalu lama atas api sebab pisang ni dah masak. Nanti hancur pula... 

Setengah jam siap dah masak Pengat Pisang Sempoi ieta ni. Lambat gak ni... Tak mengapalah. Puas hati, masak sendiri. Ingat sebentar lagi nak goreng kotiaw plak. Syoknya kalo jadi suri rumah je kan? Saya ni jarang-jarang dapat masak. Pergi kerja pagi. Tengahari hantar anak sekolah. Balik, hari biasa dah nak maghrib baru sampai rumah dok bergelut dengan jem... Waktu cutilah peluang ni saya gunakan untuk masak. Sempoi ja... Inilah sahaja resipi Pengat Pisang Sempoi ieta yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. Anda bagaimana? Masak apa hari ini?

Kredit untuk Sis Vee


16 comments:

  1. fuhh..

    bak sikit nak rasa..

    ReplyDelete
  2. silap plak baca entry ni pagi2 haha

    ReplyDelete
  3. Faveret saya ni tp susah dapat pisang nangka atau tanduk nk buat pengat ni..sejak puasa sekali pun tk penah jumpa org jual...

    ReplyDelete
  4. Ooo...ini feveret en. suami idah nie... bubur kacang dia tak suka... pisang dia suka...
    idah pulak terbalik... :D

    Follower #1227

    ReplyDelete
  5. sedap pengat pisang ni hehe

    ReplyDelete
  6. Masuk blog kak ieta ni kan memang lapor kita di buat nya sebab ada pic makanan kegemaran kita hehe.. lama tak makan pengat kak ieta ..beli pisang buat cekodok atau kek je hehe

    ReplyDelete
  7. kak ieta,saya jengah balik resepi ni,ada kawan wechat minta,jadi saya ambil link ni ya share kt wechat saya kak ieta

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL  ( Sambungan daripada artikel INI . Kongsi pada 29/12/2023, kemaskini  22/11/20...