Showing posts with label Tips Blogging. Show all posts
Showing posts with label Tips Blogging. Show all posts

11 August 2014

Networked Blog

Huh, lamanya... tak update blog ni... Banyak benar entri duduk dalam deraf... Idea banyak tapi  dok deraf je la... 

Buka email, nampak "Networked Blog" apa yang dibaca oleh Chepah Ila Hussein ni ha... Dah lama saya follow blog beliau. Jadi silent reader blog Chepah gitu... hehe...

04 October 2013

Bagaimana cara saya update blog?

Bagaimana cara saya update blog?
Bagaimana cara saya update blog?, SIAPA BLOGGER ieta?, cara saya update blog, PANDUAN BLOGGING, SEO TIPS, Tips Blogging,
Bagaimana ya? Ramai yang hairan. Hehe...
Kawan-kawan hairan bila masa saya update blog?

Beberapa orang rakan sering bertanya kepada saya bagaimana cara saya update blog? Sebenarnya, saya pernah kongsikan di dalam entri SIAPA BLOGGER ieta? secara ringkas. Mungkin sebagai panduan buat blogger baru maka, saya kongsikan bagaimana cara saya update blog.

Ada beberapa cara saya update blog. Oleh kerana dahulunya saya tidak memiliki smartphone (jujur gitu... hehe...) dan sekarang ni PC pula rosak, maka inilah kaedah yang sering saya gunakan.

10 cara update blog.
  1. Postkan ke dalam facebook dahulu apa sahaja yang berada diminda.
  2. Savekan apa sahaja yang berada dalam minda ke dalam ruang nota dalam handphone kemudian e-melkan ke dalam mana-mana akaun e-mel saya kemudian, copy paste ke dalam blog dan update hingga sempurna entri tu.
  3. Teruskan menaip di PC tanpa buat apa-apa deraf untuk buat entri terkini..
  4. Buat pelbagai entri seminggu sekali dan setkan tarikh untuk dipublish secara auto publish (schedule entry). Yang ni, memang selalu saya buat lebih-lebih lagi bila saya sibuk dengan baby atau final exam dan bercuti. Entri blog ni boleh schedule tau. Entri kita akan publish pada masa tertentu. 
  5. Saya tidak menaip entri blog semasa bekerja. Nanti ada masa, saya Printscreen yang schedule tu. Jika saya update entri tengah malam, kebiasannya saya akan schedule entri itu publish pada waktu pagi. Cuma yang kurang bagusnya enti scedule ni, g+ lambat kesan.
  6. Update entri waktu anak-anak dah tidur.
  7. Update entri atau derafkan dahulu entri waktu balik tengahari sebelum kembali ke sekolah di sesi petang. Bila free, edit dan publish.
  8. Update bila saja rasa nak update, pastikan dengan niat yang tulus ikhlas.
  9. Update sambil-sambilan menyiapkan assignment dan sambil-sambilan study. Sayakan blogger part time... so, pandai-pandailah nak hidup... he... tapi saya bukan reporter tau...
  10. Terkini, saya gambarkan dan tulis di instagram. Best tau ^__^
Apapun, yang penting ialah berfikirlah sebelum publishkan sesebuah entri yang ingin dipaparkan agar tidak menjadi bahan tohmahan dan menyusahkan diri sendiri. Keep up blogging :) Beginilah cara saya update blog? Anda bagaimana?



28 August 2013

BILA NUFFNANG MERAJUK...

As salam. 

Sambil menyiapkan assignment, belek akaun Nuffnang. Rasanya saja-saja je baru 3 hari lepas saya letak iklan dari syarikat yang pernah offer iklannya ke dalam blog saya ni. Tup-tup, Nuffnang telah merajuk dan menyahkan status Glitterati saya. Duit elok-elok dah masyuk... Tiba-tiba... Non-Glitterati... Haishla... Iklan dari Weeclicks tu tak terpapar pun... Sensitifnya Nuffnang ya?

22 August 2013

BERFIKIRLAH SEBELUM PUBLISH

Sekadar peringatan bersama. "Berfikirlah sebelum publish". Renung-renungkan....
Berfikir, Berfikir sebelum publish, minda, gunakan akal, Usahlah kerana nila yang setitik, merosakkan susu sebelanga, PANDUAN BLOGGING, PANDUAN HIDUP, Tips Blogging
Berfikirlah sebelum publish
Berfikirlah sebelum publish. Tidak semua yang berlaku dalam kehidupan kita perlu dikongsi kepada umum. Lebih-lebih lagi hal ehwal rumahtangga dan perkara yang mengaibkan. 
Kadangkala, kita rasa kita benar. Kadangkala kita rasa kita hebat. Namun sebaliknya kita hanya diperlekehkan dan ditertawakan. Malahan ada yang mengeji dan mencaci. Tanpa ingin berbaik sangka dengan kita atau mengkaji sebab musabab apa yang distatus atau ditulis oleh kita..
Sama-sama kita muhasabah diri. 😊

Jadi, ingat ini
"Usahlah kerana nila yang setitik, merosakkan susu sebelanga Berfikirlah sebelum menaip dan publishkan sesuatu yang terulit di dalam minda."
"Kesilapan yang sedikit, pasti meninggalkan ingatan dan kesan yang berpanjangan lagi berkekalan".
Gunakan akal tanpa menurut hawa nafsu melulu. Berhati-hatilah berkongsi apa sahaja dilaman sosial yang ada... 
"Hati-hati juga bila buat status atau berkata-kata. Jangan sampai memperlekehkan hukum agama pula... Tak tahu, lebih baik diam sahaja".  
Hati-hatilah pada status yang semua orang membaca. Jangan sampai nanti menimbulkan fitnah pula.  Jangan sampai orang berkata-kata.  Dan membuat pelbagai telahan dan tohmahan pula.
Ingat pesanan ini...
"Yang membaca ada yang suka mengadu domba. Tak fikir dosa dan pahala. Tak fikir sebenarnya kita semua sama sahaja. Tak lepas dari salah dan alpa".
Berfikirlah sebelum publish. Berfikirlah sebelum mengeluarkan kata² agar tidak mengaibkan sesiapa dan sampai hilang hormat orang kepada kita juga tidak mengguris hati sesiapa... Dan tidak menimbulkan sengketa... Dan tak dikatakan hilang akal pula... Jumpa berdepan bukan hentam mengaibkan di khalayak ramai mahupun dalam kumpulan.
"Berhati² sebelum publish, share sesuatu. Kaji dan selidik dahulu susur galurnya betul ke tidak. Hadithnya, soheh ke tidak. Ejaan ayat Al-Quran / hadith, betul ke tidak. Jangan pakai share je buta tuli. Nak² lg perkara berkaitan aqidah, hukum & fatwa. Takut kita terviral benda yg salah. Tak pasal mendapat saham dosa atas kesilap fahaman pembaca yg menerima berita atau info".
Berfikirlah sebelum paparkan tulisan kita dan berkata² bukan mengikut hasutan atau perasaan. Berfikirlah! 


Silakan
KOMEN || LIKE || SHARE √

Salam sayang 😍
Cikgu iEta
Whatsapp : +60192586141
Blogger Motivator Minda Niaga
FB : Cikgu iEta
FbPage : Kisah Cikgu iEta
IG : Cikgu iEta
Twitter : Cikgu iEta
Minisite : Cikgu iEta
You Tube : Cikgu iEta
Formula Sihat Wanita

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....