سبحان الله... sungguh unik & menarik ciptaan Allah ni... |
|
|
|
|
|
Udachnaya Pipe, Russia |
Udachnaya Pipe adalah lombong berlian di Rusia. Pemilik
lombong menghentikan operasinya pada 2010 – untuk melaksanakan
perlombongan bawah tanah. Lombong ini ditemui pada tahun 1955 dengan
kedalaman mencapai 600 meter.
|
Chuquicamata, Chile |
Chuquicamata adalah lubang galian lombong terbuka di
Chile. Lombong dengan jumlah pengeluaran tertinggi di dunia – walaupun
ini bukan lombong terbesar. Lombong ini sedalam 850 meter.
|
Diavik Mine, Canada |
Diavik Mine adalah lombong di wilayah barat laut Canada.
Lombong ini dibuka pada tahun 2003, menghasilkan 8 juta karat atau
sekitar 1600 kg (3500 lb) berlian setiap tahun.
|
Sink hole, Guatemala |
Pada tahun 2007, sebuah lubang runtuh sedalam 300 kaki
menelan banyak rumah di Guatemala – membunuh 2 orang dan mengakibatkan
ribuan dipindahkan. Lubang ini terjadi kesan hujan dan aliran
pembentungan bawah tanah.
|
Great Blue Hole, Belize |
Great Blue Hole adalah lubang jurang bawah air di pantai
Belize. Lubang ini memiliki diameter 1000 kaki dan kedalaman 400 kaki.
Lubang ini terbentuk sebagai gua batu kapur sejak zaman ais.
|
Kimberley Diamond Mine, South Africa |
Kimberley Diamond Mine (juga dikenal sebagai Big Hole)
memiliki jolokan lubang buatan tangan terbesar di dunia (masih
diperdebatkan). Sejak 1866 sehingga 1914, 50,000 perlombong menggalinya
dengan menggunakan cangkul dan penyeduk, menghasilkan 2,722 kg berlian.
|
Monticello Dam, California |
Monticello Dam adalah jurang di Napa County, California, sangat terkenal di Amerika kerana pintu masuknya yang berbentuk unik.
|
Bingham Canyon Mine, Utah |
Bingham Canyon Mine adalah lombong di pegunungan
Oquirrh, Utah. Lombong ini memiliki kedalaman 1.2km dan lebar 4 km.
Merupakan lombong penggalian terbesar di dunia.
|
Mirny Diamond Mine, Siberia |
Mirny Diamond Mine memiliki kedalaman 525m dan diameter
1200m. Merupaka salah satu lombong berlian pertama dan terbesar di
Rusia. Kini tidak beroperasi lagi. Sewaktu masih beroperasi, 2 jam
diperlukan untuk lori melintas dari atas hingga ke dasar lombong.
|
Darvaza Gas Crater, Turkmenistan |
Pada tahun 1971, ahli geologi menemui gas bawah tanah
yang sangat besar di tempat ini. Ketika melakukan penggalian untuk
mendapatkan gas, menara bor runtuh dan meninggalkan lubang besar. Untuk
mencegah gas beracun keluar, lubang ini dibiarkan terbakar. Sampai
sekarang masih terus terbakar tanpa pernah berhenti.
SUMBER
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.
Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.
Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com