Saje2 menaip lepas siapkan RPH

Hari isnin haritu, aku telah memaksa diriku utk hadir mngajar sesi ptg,dlm keadaan kpl pening2 lalat(kesan migrain)&batuk berkahak. Sod ba ro je la... 
Alhamdulillah, sakit kepala beransur sembuh tapi sekali sekala, pening n loya je. Xtau ar kenapa... Hari Rabu haritu dah p klinik. Doktor cakap xde darah tinggi. Mungkin sbb batuk teruk aku tu menyebabkan sakit kepala katanya. Orang bercuti sukaria. Aku bercuti dlm keadaan xsihat. Sobar je la...
Malam tadi, batuk dari pukul 2.45 pagi sampai ke pukul 7lebih. Lambat aku ke sekolah harini. Alhamdulillahnya, masa pertama mmg aku free hari ni. Sampai sekolah, kepala pening... melelong2 aku berjalan. Ntah hape kena ntah la dgn aku ni.....
Assignment pun xsiap2 lagi edit...Alhamdulillah esok kuliah batal. Ahad ada kuliah. Nasibla...cuti maulidurrasul pun ada kuliah gak...musykil gak aku, lecturer Al-Quran Wa Hifzuh xkan xtau hari tu hari cuti umum? Tengoklah camner? Kalo aku sihat aku p kuliah. Kalo x, berehat je la dirumah.... Bukan aku nak sakit2 ni... Tapi...harap2 aku sihatlah hendaknya selepas ini....
Semalam, Adilah balik dlm keadaan bad mood...xmo p skola esok katanya sbb takut cikgu Math marah dia lg xsiap homework. Jenuh aku memujuknya, akhirnya dia dh xnangis, kerja skolanya pun disiapkan. So, hari ni, dia p sekolah.... O ya, balik semalam, aku yg dh beransur sihat, dapat masak. Seronoknya....dpt masak even simple je masakan malam tadi. Korang nak tau apa aku masak? (Lupa la nak snap pic...) Ala...simple sgt2...nasi, telur dadar bercili&bawang dan gobis masak lemak. Akmal nak telur mata, aku buat je la utknya. Dia makan nasi dgn telur mata n kicap. Mmg itu fevret dia. Kami makan bersama2 sekeluarga. Seronok sgt melihat anak2 n suami aku bertambah makan even lauk simple. Syukur Alhamdulillah...walau penat n letih badan mengangkut buku ke kelas, lihat anak2 n suami makan hasil tanganku sendiri, puas hati rasanya. Ingat nak masak lala tp suami cakap "dlm peti ais, xkeluarkan awal, masak simple dah la..." So, itu jelah yg dpt aku masak utk mereka. Alhamdulillah...Siti Nazihah makan suap sendiri. Kelakar, punyalah bercomotnya, sampai ke kepala nasinya...hehe...Nur Fatihah plak makan sepinggan ngan ayahnya. Sbb dia dh minum susu botol, xlah banyak dia makan malam td. Tapi aku xkisahlah, jnji dia nak makan. Nur Adilah plak, suap makan sendiri dlm pinggan...telur dadar ngan kicap. Mmg fevret dia. Sgt2 puas hati malam td sbb dpt msk sendiri n makan bersama2 keluarga.
Sebelum tidur, rutin biasa aku, siapkan pakaian anak2 dlm bag utk ke rumah pengasuh keesokan hari. Mata agak mengantuk sbb makan ubat batuk...tp, dapatla edit sikit power point assignment psiko...
Sesi pagi persekolahan hari agak hambar...sunyi je rasa disekolah hari ni. Semua org ntah ke mana lps tamat waktu belajar. Namun demikian, aku mengajar seperti biasa...subjek kegemaranku, tetap ku ajar sambil menyanyi...Best ho...subjek bhs arab... 
Aku rasa sampai sini jelah ye perkembangan terkini aku... Silalah layan citer ni ek...:)

www.youtube.com
Hafalan Salat DELISA-kisah nyata Gempa Tsunami di Aceh


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL  ( Sambungan daripada artikel INI . Kongsi pada 29/12/2023, kemaskini  22/11/20...