Showing posts with label KISAH GURU. Show all posts
Showing posts with label KISAH GURU. Show all posts

03 June 2014

KEPENTINGAN MENABUNG WALAU PUN LIMA PULUH SEN

KEPENTINGAN MENABUNG WALAU PUN LIMA PULUH SEN. (Kongsi : 3/6/2014 kemaskini : 9/12/2024).


Sekadar makluman, 1/4/2021 Almarhum Ayahanda beta meninggal dunia. Jenayah siber besar-besaran bermula, 3/8/2021 emak saudara sebelah Almarhum Bonda maklumkan kami darah Raja keturunan Rasulullah SAW. Maaf dah terbiasa guna bahasa diri saya dan beta bersilih ganti. Tak rajin nak edit semua.  

Masih ingat tak lagi kali pertama anda bekerja berapakah gaji atau elaun yang anda terima? Oleh kerana dulu-dulu tak mewah. Maka menabung tu wajib jadi rutin harian beta ni.

27 May 2014

Syukur Alhamdulillah...

As salam. "Syukur Alhamdulillah...". Kita kena sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang kita dapat. Rezki ni datang dalam pelbagai bentuk... Kesihatan juga merupakan rezki selain nikmat iman dan Islam serta wang ringgit.

22 May 2014

Baru siap satu...

"Baru siap satu..." Ada lagi 12 set... Kelas pagi ok lagi, sebab tak ramai. Kelas petang... ramai...

20 May 2014

Ayah marah guru kelas

Ayah marah guru kelas.

Teringat satu kisah tak berapa lama dahulu. Seorang ayah marah guru kelas anaknya disebabkan guru tersebut menampar anaknya atas sebab tak tahu diam dan bising sepanjang guru tu mengajar. Actually, anaknya tu pernah menjadi murid saya semasa dalam darjah satu.

22 March 2014

CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI....

As salam dan sejahtera semua. Cuti sekolah kembali lagi... Yang pasti, guru seperti saya tidak bercuti.....

12 November 2013

BUKU PROGRAM, IKLAN DAN BLOG

As salam. Sebenarnya saya sedang menyiapkan buku program, iklan dan blog. Sebenarnya juga saya jadi tak keruan, yang mana satukah harus saya siapkan dahulu....

20 August 2013

AUDIO SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR DI SEKOLAH

As salam. Entri ini juga, entri Auto Publish.  Ini adalah Tugasan Individu saya bagi Subjek Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran bertajuk : Audio sebagai Bahan Bantu Mengajar di Sekolah pada semester 5 awal tahun 2013.  

02 August 2013

KASUT BURUK


Pesan ibu itu..."Ingat nak... jangan sesekali ceritakan kesusahan kita kepada orang. Kalau cikgu nak pukul, serahkan sahaja tangan tu". 

29 June 2013

APA YANG MURID DARJAH 6 INGIN TAHU

As salam.

Setelah 2 hari berkongsi entri BERLARI KE BULAN?, saya tidak berkesempatan berkongsi sebarang maklumat ataupun coretan pengalaman saya. Hari ini ingin saya berkongsi apa yang selalunya Murid Darjah 6 Ingin Tahu. Ini adalah hasil kajian yang telah saya lakukan terhadap murid tahun 6 saya 2 tahun yang lalu sebelum saya membentangkan tajuk yang bersesuaian bagi mereka sebelum meniti usia remaja.

16 May 2013

22 April 2013

07 March 2013

MENGAPA SAYA SUKA MENJADI GURU?

As salam. 

Mengapa saya suka menjadi guru?
Jawapannya ada di bawah ini
Iaitu murid yang mengamalkan ilmu yang diajarkan oleh gurunya.
Kerana saya tahu, saya kurang amalan.
Saya kurang segala-galanya.
Ilmu itulah yang menjadi bekalan saya nanti di akhirat.
Apabila murid-murid saya mengamalkannya, 
itulah sebagai saham saya di SANA nanti
Lebih-lebih lagi, ilmu agama

Sebelum ini pernah buat entri KENAPA PILIH KERJAYA GURU



Ini entri ke tiga hari ini
Entri 1 => TALIBESEN

24 December 2012

KENAPA PILIH KERJAYA GURU?

اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ

"Kenapa jadi guru tak kerja lain?" Pertanyaan yang sudah beberapa kali orang tanya padaku disebabkan aku punya sedikit kemahiran di bahagian pentadbiran pejabat dan ada kemahiran dalam bidang komputer (sikit-sikit gak...) Tiada apa yang harus dibanggakan kerana semuanya adalah pinjaman sementara hidup di dunia ni sahaja.

Sebenarnya, mejadi guru bukanlah mudah seperti yang ramai menyangkakannya. Kadangkala jika ada ibubapa tidak berpuashati, mereka nak tuding-tuding jari, mereka nak sumpah seranah, mereka nak memaki hamun atau marah-marah, mereka nak tuduh macam-macam. Guru terpaksa telan walaupun guru itu tidak bersalah dalam hal yang menjadi isu tertentu (teringat kes murid fitnah diri ini) Sabar je la... Tak berdendam tapi, bila teringat balik tu, dalam hati "Sampainya... hati..." Mudah-mudahan beliau berjaya ke akhir hayat. Ku halalkan ilmuku dunia & akhirat untuknya.

Tetapi, kenapa masih memilih kerjaya ini?

Sebab utama ialah, aku MINAT. Tak tahulah bila dan kenapa tapi, walau ada juga tawaran bekerja di pejabat, aku rasa, lebih elok dan lebih baik aku bekerja sebagai guru.

Tahun 2009 merupakan tahun yang paling menyeronokkan aku sebagai seorang guru. Boleh baca di entriku Ini dan Ini. Mungkin itu semua adalah perkara biasa-biasa sahaja tetapi itulah yang menambahkan minat dan sukanya aku menjadi seorang guru. 

Biarpun guru yang dipanggil Ustazah, aku juga seperti orang lain, punya naluri, punya perasaan dan punya keinginan yang pelbagai. Ye lah kan... tak seorangpun di dunia ni yang sempurna... pasti ada kesalahan dan dosa yang dilakukan. Sebab itulah aku ingin teruskan kerjaya guru yang dalam bahasa arabnya Ustazah atau ustaz dalam bahasa Inggerisnya, teacher... cuma untuk sentiasa mengingatkan diri ini supaya tidak lupa dan leka dengan segala-gala urusan keduniaan semata-mata termasuklah berblogging ni. Apapun, sebagai guru memang kesabaran yang tinggi amat diperlukan di dalam menangani sebarang permasalahan yang timbul... Sabar itu separuh daripada iman... :) Tidak dinafikan ada juga guru yang bersikap sambil lewa. Tetapi aku sentiasa cuba berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk semua. Walaupun aku ni tak sesempurna mana...

Lihat maksud tersurat di sebalik yang tersirat...
Buat semua guru-guruku terima kasih tak terhingga, 
tanpa kalian semua mungkin diri ini tidak menjadi  manusia yang berguna. 
Buat abah dan arwah emak (al-Fatihah) terima kasih hantar kaklong ke pondok dulu walau kaklong tak suka. 
Buat adik-adik, mertua, ipar duai, suami dan anak-anak, terima kasih terima diri ini yang seadanya. 
Buat rakan-rakan sekerja, terima kasih atas jasa kalian tatkala masalah menimpa. 
Buat rakan blogger, anda memang hebat kerana masih sudi ke blog saya yang tak seberapa 
dan terkadang menulis entah apa-apa....

Kenapa anda memilih kerjaya anda sekarang? Suka dan bahagiakah anda dengannya? 

20 December 2012

SUSAH KE JADI STUDENT PART TIME ATAU PJJ?

SUSAH KE JADI STUDENT PART TIME  ATAU PJJ?

اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ

 KISAH GURU, PANDUAN, PENGALAMAN, cara menguruskan masa sebagai pelajar sambilan, pelajar Pengajian Jarak Jauh, Part time study, SUSAH KE JADI STUDENT PART TIME / PJJ?, bagaimana boleh menjadi student PJJ di UTM, Universiti idaman, Universiti Teknologi Malaysia, Diploma Pendidikan, Diploma Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam), Diploma Komputer & Pengurusan, College University of Information Technology COSMOPOINT, list down, pengurusan masa, happy sewaktu belajar, classmate semua otak gila-gila, bijak manage masa, cara blogger sambilan yang dah bekeluarga macam aku bersosial dan belajar
Permintaan rakan blogger untuk saya kongsikan pengalaman sebagai student part time.
Rentetan dari perkongsian tentang part time study dalam entri Miss Zahirah, terasa nak berkongsi pengalaman  bagaimana boleh menjadi student PJJ di Universiti Teknologi Malaysia hingga sekarang ni.

Sebenarnya, UTM merupakan Universiti idamanku dari kecil lagi. Memang tak sangka dapat juga menjejakkan kaki untuk belajar di sini. Kebetulan pula pihak Jabatan telah mengarahkan supaya guru yang belum mempunyai Diploma Pendidikan supaya mengambilnya, maka tahun 2011 termetrailah sudah diri ini sebagai Mahasiswa PJJ dalam bidang Diploma Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) walaupun sudah memiliki Diploma Komputer & Pengurusan dari College University of Information Technology COSMOPOINT terlebih dahulu sebelum menjadi guru. Kiranya, membuat keputusan belajar ni, atas arahan Jabatan lah kiranya...  Demi masa depan, sekurang-kurangnya, dapat juga menambahkan ilmu. Redah je... hehe... Diam tak diam, semester ni sudah semester ke 5. Tinggal lagi 2 semester sahaja lagi... Ada rezqi, In Shaa Allah sambung lagi ke peringkat tertinggi :)

Menjadi pelajar Pengajian Jarak Jauh (PJJ) atau Part time study ni tak susah, senang je sebenarnya. Cuma kena pandai bahagi masa. Selalunya list down samaada melalui facebook atau di akhir entri blog takpun di dalam diary management, apa yang perlu dibuat untuk esok hari, amat membantu dalam pengurusan masa ni. Kerana telah berumahtangga, suamilah yang sudah tentunya banyak memberi sokongan & dorongan. Waktu sibuk belajar  ni, suami memang banyak memberi sokongan padu buatku. Contohnya, sewaktu ke kelas untuk belajar, suami lah yang akan uruskan anak-anak yang berumur 8, 5, 4 & 2 tahun (22/2/2015, 10, 8, 7, 6 & 2 tahun). Terima kasih tak terhingga buat suami tersayang :)

Waktu dalam kelas, memang waktu yang amat menyeronokkan sebab : classmate semua otak gila-gila. haha... Memang release tension. Kesakitan dan kepenatan yang ada pun hilang sebab selalu gelak-gelak masa sedang belajar, ditambah pula dengan pensyarah-pensyarah yang suka buat kelakar waktu mengajar. Tak kering gusi dibuatnya walau ada juga pensyarah yang strict kami tetap happy sewaktu belajar. 

Ada masalah? Ada... tapi semua dapat diselesaikan jika bijak menguruskannya.
  1. Penat. Memang penat... sbb mana nak handle waktu kalutnya nk siapkan assignment, mana nak handle anak-anak dan mana lagi nak handle kerja sebagai guru. Pasti ada salah 1 yg terlewat disiapkan ataupun terlupa nak siapkan takpun, keciciran.  Mana nak blogging lagi... hehe... Tu sendiri kena manage tau... Sebab itu,  pentingnya pengurusan masa yang bijak... :) 
  2. Waktu nak siapkan assignment, berebut komputer dengan anak-anak dan sering tidak cukup tidur adalah perkara biasa. Sebab tu buat assignment kena pandai set masa. Masa bila siapkan assignment? Biasanya, waktu anak-anak leka dengan mainan mereka ataupun waktu mereka sedang leka menonton tv takpun, masa mereka semua sudah tidur. Tapi, selalunya buat assignment tak kira masa pun... main redah je... Kerja kalau ditangguh, semakin banyak. Jadi, siapkan yang mana satu dulu bergantung pada keperluan dan jangan lupa... rujuk list down yang telah dibuat :)
  3. Terkadang tu, masalah bila buat tugasan berkumpulan. Cari isi bersama, bahagian slide power point, memang kerjaku. Kalo ahli group hantar isi kepada editor lambat, lambatlah siapkan slide. Pernah dalam masa 3 hari menyiapkan slide yang 39 40 page (sikit je tu...) sebab lambat dapat isi. Tapi, kalo dah jadi student part time ni... alah tegal dek biasa dah... Kebetulan aku memang minat bab2 grafik ni... selalu slide presentation yang ku buat, mmg lecturer salute dan puji kaw2... punya... (takde la nak bangga... cuma nak cerita je... Maaf ye...)
Ada masa ke dengan keluarga ataupun nak bersosial dan bersantai?
Bab ni juga kena pandai uruskan. Contoh :
  1. Macam hari ni, sempat juga bersama suami dan anak-anak ke Aquaria dan ronda-ronda di KLCC sampai letih dan tak larat dah nak berjalan. 
  2. Kenduri-kendara pun sempat juga pergi. Takmo kena sindir atau dibebel oleh pensyarah (yang mana strict la), pergi ke kenduri awal dari kebiasaan.
  3. Membeli belah pakaian sekolah anak-anak pun dah siap... 
  4. Nak pergi ke oversea atau melancong? Boleh je... Baru-baru ni, kawanku yang juga dah bersuami tapi belum punya anak, baru balik dari China. Boleh pun... Cumanya, agak-agakla kan... jikalau macam aku ni, anak-anak kecil-kecil lagi... kalau rasa payah.... jalan-jalan dipersekitaran berhampiran pun, boleh juga... 2 orang yang kecil tu, tinggalkan sekejap di rumah pengasuh. Janji dapat quality time macam dalam entri yang pernah ku buat ni.
  5. Nak jumpa kawan-kawan pun boleh... Jumpalah waktu lunch hour hari bekerja. Takpun, berhubung dengan lain-lain cara. Fb ke, twitter ke dan lain-lain laman sosial pun boleh juga....
  6. Yang paling best... sempat lagi berblogging... 
Bila masa baca buku untuk exam?
Bila-bila masa yang terluang. Selalunya dekat-dekat nak exam baru baca buku sebab baca awal-awal selalu terlupa. Selalunya juga, study group last minute juga banyak membantu waktu nak exam. Selalu jugakla esok nak exam malam ni baru buat nota ringkas yang cuma diringkaskan ayatnya sahaja. Maklumla, aku ni memang tak pandai buat nota ringkas.... Tapi ada gak rakan sekuliah yang ambil nota tu untuk buat rujukan. Bolehlah kan... Dari tak study langsung.... Hehe....

Biasanya pensyarah tidak kedekut bagi markah lulus kepada pelajar part time tapi, atas daya usaha pelajar jugakla kan... Sesungguhnya belajar sambil bekerja apatah lagi jika dah bekeluarga, lebih mudah lulus daripada masa dulu-dulu. Sebab dulu masa belajar, tak berapa matang lagi....

SUSAH KE JADI STUDENT PART TIME ATAU PJJ? Tak susah jika kita bijak manage masa. Inilah cara blogger sambilan yang dah bekeluarga macam aku bersosial dan belajar... Sekian, terima kasih kerana sudi membaca kisah SUSAH KE JADI STUDENT PART TIME / PJJ? dan  jangan lupa komen tau.... :)
Nota : LIFE IS EASY, WHEN YOU MAKE IT EASY.... :)

03 December 2012

PBS SANGAT MEMBEBANKAN ATAU MENGUNTUNGKAN?

Salam...
Google2 nak siapkan assignment... jumpa plak link ni >>> http://www.aduanrakyat.com.my/pbs-sangat-membebankan Bacalah sendiri ya.. haiyyaaaa.... Ish3....

Nota : 
Akhirnya, siap sudah assignment individu subjek Pengukuran dan Penilaian saya... Alhamdulillah....

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....