SELESAI SUDAH... EXAM. BELUM SELESAI...UPDATE APPEARANCE BLOG...

Tak kisah tak banyak pengikut dalam blog pun...apa yang penting, aku dapat menyuarakan isi hati seterusnya menyebarkan da'wah atau ilmu yg menjadi tanggungjawab setiap mukallaf. Untuk hari ini, aku masih terkial-kial mencari cara2 nak buat sitemap bagi memudahkan aku & sesiapa pun yg secara sengaja atau tidak sengaja membelek blog aku ni. Hidup bukan untuk glamour tetapi demi kepuasan diri sendiri. Ikut Suka Aku (ISA) apa yg aku nak buat, janji aku berpuas hati & sukahati dengan apa yg nak ku buat.
Hari ini juga, selesai sudah peperiksaan subjek Usul Fiqh 2 hari ini...الحمدلله aku dapat menjawab dengan lancar walau ada beberapa kesilapan dek kekeliruan menjawab. Mudah2an aku lulus dengan baik subjek ini. Amin.
Sekadar renungan.... "Hari ni dia merasa bangga sbb dijulang2 olh org ramai...esok belUm tentu dia akan dijulang,..mungkin juga allah akan menguji dia,apabila dia sendiri akan diperkotak-katikkan oleh orang ramai juga...Hidup tak selalunya berpihak kpd kita,sesekali allah akn menguji kepandaian kita...dan akhirnya kita sendiri akan merasa menyesal atas tindak tanduk kita dimasa 2 yg lalu... oLEH itu, Jgn suka menghina,memperlekehkan atau kondem apa sahaja yg org lain buat walau kita lebih hebat atau merasa rendah diri kerana kita tidak hebat kerna, kita sememangnya hebat di antara yg hebat".
Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: "Tunggu dahulu;" lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."  
Apa kena mengena pula lagu di bawah ni dengan tulisan aku hari ni ya? Takde apa pun...saja2 je... chorusnya yg best. So, layan....
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA.

  BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA . (Kongsi di facebook pada 30/3/2021 . Kemaskini ke blog 21/1...