Salam,
Hari ini, rakan blog masih 9 orang. Tak kisahlah tu, janji aku setia menaip dalam blog aku ni. Sebab memang aku minat...
Kepada semua yang sudi menjengah blogku, ribuan terima kasih ku ucapkan... Anda memang hebat sudi memberi komen membina kepada penulisan saya & sudi menjadi rakan blog saya. Terima kasih sekali lagi.
Kepada semua yang sudi menjengah blogku, ribuan terima kasih ku ucapkan... Anda memang hebat sudi memberi komen membina kepada penulisan saya & sudi menjadi rakan blog saya. Terima kasih sekali lagi.
Minggu ni minggu kalut... Kalut tanda kertas periksa bahasa arab darjah 4 & darjah 1, 6set x 2kelas, 2set khat darjah 1&4 dan 1set al-quran darjah 1. Nak habiskan syafawi lagi n siapkan buku cenderahati program Khatan Al-Quran & Hari Anugerah Cemerlang tahun ini yang bakal berlangsung pada 8/11/2012 nanti.... Bz2... Memang bz....
الحمدلله, siang tadi dapat siapkan menanda kertas objektif untuk seramai 340 orang murid (Kertas objektif subjek Bahasa Arab darjah 4=143 orang, darjah 1=170 orang & kertas objektif Al-quran darjah 1=27orang). Now, sudah mula menanda kertas subjektif untuk 2 kelas dahulu. Esok dan seterusnya, insyaallah akan cuba sedaya upaya menyiapkan hingga selesai kesemuanya.... sebelum 5/11/2012 sebab kalut nak siapkan buku cenderahati pula.
Cumanya.... kertas Khat tu la... malas sangat aku nak menandanya sebab aku ni kalau bab tulisan, memang aku cerewet... memang payah murid aku nak dapat A sebab tulisan mereka kebanyakannya tidak mengikut format penulisan Khat yang ditetapkan oleh skema... Skemakah aku...? He3... tak juga... Tengoklah bagaimana nak ku buat nanti... Senang je tu...
Oh ya, configure HTML dalam blog aku dah ok...tadi dah cuba masukkan widget الحمدلله dah boleh dah. Nantilah bila2 ada masa, aku kan cuba lagi meneruskan untuk buat sitemap blog aku ni...
Akhirul Kalam...
Kata2 ini ku petik dari wall facebook adikku. Renungilah ya.... dan selamat beramal...
"Ilmu yang bermanfaat,ibarat kawan yg setia.Sentiasa disisi bila diperlukan".
Kita akn merasa diri terlalu kecil bila org mempertikaikan kerja2 kita.Oleh itu,berusaha utk meningkatkan prestasi adalah lg baik dari terus menerus menghentam atau terasa hati bila ditegur. Bukankah kita belajar dari kesilapan? Tuntutlah ilmu walaupun sezarah. Banyak manfaat..Senyum selalu dan open minded..
Kita akn merasa diri terlalu kecil bila org mempertikaikan kerja2 kita.Oleh itu,berusaha utk meningkatkan prestasi adalah lg baik dari terus menerus menghentam atau terasa hati bila ditegur. Bukankah kita belajar dari kesilapan? Tuntutlah ilmu walaupun sezarah. Banyak manfaat..Senyum selalu dan open minded..
Salam ceria buat semua...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.
Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.
Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com