Salam... apa khabar semua...? Sihat dan ceria hendaknya kalian ya... Achewwah...macam nak tulis suratlah pula intro entri aku hari ni... haha...sori lah ya... daku memang tak pandai nak tulis tulisan berskema-skema ni... Tak enjoy rasanya menulis.
Banyak juga nak kukongsikan bersama tapi tak tau mana satu nak mula dulu. Rasanya mula dari yang ni dulu kowt...
KISAH STUDY
Sabtu baru ni, cadangnya nak ke kuliah menaiki kenderaan awam je. Tapi... dek kerana kurang kedaya-upayaan (ada ke bahasa camni weh...). Terus menerus ku pandu keretaku ke destinasi kuliah.
Melilau juga mencari tempat parking. Alhamdulillah ada juga akhirnya tapi... menurut kata isteri Guard di belakang bangunan KLMU tu "berhati-hati, jangan ke situ seorang diri... kawasan ni black area". Memang bahaya weh... Masa nak balik tu, rakan sekuliah menemaniku kebetulan dia nak turun di Putra LRT berhampiran. Alhamdulillah dia temani daku... ada sorang lelaki India asyik mengekori dan memerhati kami dari mula kami nak melangkah ke kawasan parking, hinggalah aku hidupkan enjin kereta. Patutlah dia dok sebut "Rasa tak sedap hati je" sepanjang nak ke kawasan parking tu. Hish, andai aku berseorangan di kala itu, ntah hape kan terjadi. Harapnya, selepas ni kuliah ditempat lain lah hendaknya. Amin...
O ya, berkenaan dengan kuliah, hari itu, kami belajar subjek Pengukuran dan Penilaian. Mula tu agak blur gak la. Biasala... kelas pertama kali bermula bagi sem ke 5 ni... Akhirnya, Pensyarah memberikan Assignment individu 1 dan assignment kumpulan 2. Huhuhu... Nak muntah juga rasanya bila semalam 25/11/2012 ku mula menggoogle bahan-bahan dari encik google yang memang amat berguna bila nak buat assignment...
BAB MENCARI BAHAN TUGASAN
Dah semalam bagai nak termuntah mencari bahan dalam pelbagai sumber, hari ni aku pergi menjelajah ke Perpustakaan pula...
Gambar ni ambil dari encik google je... Jenuh weh... 4 tingkat... slow2 aku mendaki tangga dengan anak sulungku yang merupakan assistantku sekarang ni. Maklum je lah kan...
Ni antara deretan-deretan buku yang ada (pun amik dari encik google juga hehe...)
Alhamdulillah, dapat 3 je buah buku. Jadilah kan... Bahan dari web semalam boleh diedit sebagai bahan tambahan....
BAB MAKAN
Dah penat-penat menjelajah library laparlah pula... so makan dulu di Cafe... sORRY... Makan memang takde gambar. Malas ah semua nak appear sini... hehe... Rezqi hari ini, ada kakitangan UTM yang tak ku kenali tolong bayar makananku dan anakku. Nak tau kenapa? Sebab duitku tercicir RM50 ntah ke mana tak tau la... Ish3... duit dah makin nipis sekarang ni... Moga dimurahkan rezqi dan dipermudahkan segala urusan beliau. Allah memang maha pemurah lagi penyayang pada hamba-hambanya....
Setibanya aku ke rumah, terus on PC dan menaip blog dan meneruskan mengedit bahan-bahan untuk assignmentku... Buatlah mana yang termampu...
Nota kaki :
Jika kita permudahkan urusan orang lain, ALLAH juga sentiasa memberi ruang mempermudahkan urusan kita tanpa disangka-sangka. Sentiasalah bantu membantu walau tidak minta dibantu.
Sekian, Wassalam untuk kali ini... Terima kasih kepada semua yang sudi menjadi rakan blogku yang seadanya ini.
hihihi.. satu2 bca tajuk entry..
ReplyDeletecam bru blaja mengeja plak..
tp gmbar no 2 tu cam kt library utm jalan semarak laa.. ;)
hehe... memang saje buat camtu, nak bagi pembaca enjoy dgn apa yg mereka baca. Saya ni tak reti buat entri, begitulah yg seadanya je... Memang kat situ pun... hehe... Terima kasih ziarah
ReplyDeletestudent utm ke? sya student part time kt utm..
ReplyDeletetp klas slalu kt jln tun razak.. sblh ampang park tu..
Sy student part time gak tp kelas tak menentu, Sem 4 lepas kelas di UTM Semarak tp kali ni, mungkin sll di KLMU. Sabar je la...C2 susah parking n bhy
ReplyDeleteowh.. kelas sya every week..
ReplyDeletemmg kt tun razak tu je...
nk parking pn berebut2..